PAS menang di DUN Bandar dengan kelebihan undi sebanyak 158 undi. DUN yang dijaga oleh PAS Kelantan ini berjaya menambah undi dan memenanginya berbanding PRU12 yang lalu dimana DUN ini dimenangi oleh BN.
Tindakan PAS Kelantan yang berkampung sejak 2 minggu sebelum penamaan calon lagi telah membuahkan hasil yang membanggakan apatah lagi istiqomah yang tinggi dari kalangan petugasnya bersama dengan MTD dan UPU di DUN Bandar.
PAS telah menang di UPU:
1. Losong Masjid: PAS – 649 BN – 261 Maj: 388
2. Hiliran Masjid: PAS – 631 BN – 474 Maj: 157
3. Cabang Tiga: PAS – 731 BN – 424 Maj: 307
4. Tok Ku: PAS – 1017 BN – 715 Maj: 302
5. Pantai Terengganu: PAS – 861 BN – 761 Maj: 100
Manakalan BN menang di UPU:
1. Pulau Kambing: BN – 1223 PAS – 958 Maj: 265
2. Paya Bunga: BN – 969 PAS – 759 Maj: 210
3. Pejabat Bandaran: BN – 845 PAS – 681 Maj: 164
4. Kg China: BN – 1125 PAS – 668 Maj: 457
Jumlah undi PAS : 6955 undi
Jumlah undi BN : 6797 undi
Majoriti PAS : 158 undi.
Walaupun BN menang di UPU-UPU tersebut, tetapi hanya UPU Kg China sahaja yang berlaku pertambahan undi manakala UPU yang lainnya BN mengalami kemerosotan undi.
TERKINI Keseluruhan PAS boleh memenangi PRK ini dengan majoriti 400 hingga 2000 undi.
Tinggalkan Jawapan