Posted by: manjanik | Februari 26, 2009

Derita Rakyat Di Kawasan DUN BN/UMNO

miskin-prk

SUNGAI MANIK: “Saya malu mendedahkan hal ini tetapi saya tidak berdaya apabila menatap wajah anak yang kelaparan terutama mereka yang bersemangat ke sekolah walaupun tanpa diberikan wang saku,” kata Mohd Sekak Daud, 49, yang hidup daif bersama keluarganya di Jalan Melor, Kampung Attaduri, Langkap.

Mohd Sekak bekerja sebagai buruh kontrak dengan pendapatan bulanan RM200 dan dibantu isterinya, Jaliah Tasmin, 36, yang bekerja sebagai pembantu kedai di Langkap dengan pendapatan RM150 sebulan.

“Dengan pendapatan saya dan isteri, kami berjimat cermat membesar enam anak tetapi dengan tiga daripada mereka di bangku sekolah, pendapatan ini tidak mencukupi menyebabkan kami sering terputus bekalan makanan. Keadaan ini juga memaksa dua anak kami berhenti sekolah,” katanya.

Pasangan itu mempunyai enam anak dengan tiga daripadanya, iaitu Mohd Muzamil, 16, dan Mohd Shahrir Azlan Shah, 14, masing-masing pelajar tingkatan empat dan dua Sekolah Menengah Datuk Sagor, Langkap manakala Norzaini, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Seri Langkap.

Seorang lagi anak mereka Mazlan pula berusia empat tahun.

Bagaimanapun, Mohd Sekak berkata, yang menyedihkan nasib dua anaknya iaitu Norain, 18, dan Mohd Khairul, 17, yang terpaksa meninggalkan sekolah ketika sepatutnya di tingkatan empat.

Mohd Sekak juga terpaksa menanggung ibu mentuanya, Aminah Jundi, 80, yang mengalami sakit lelah.

Oleh Abu Bakar Al Sidek
am@hmetro.com.my

Sungai Manik terletak di dalam DUN Sungai Manik yang di wakili oleh Ketua  Pemuda UMNO Perak yang kini zainolfadzitajudin-pasir-salakdilantik menjadi EXCO HARAM Kerajaan Perak,  Zainol Padzi Paharuddin. Manakala Ahli Parlimennya(Pasir Salak yang suka menyalak di Parlimen) ialah Tajudin Abdul Rahman.

Di mana MUKA mereka ini apabila sebegini nasib yang dialami orang yang berada di bawah mereka?

Bercakap dan bersyarah berdegar-degar mengenai nak menghapus kemiskinan dan UMNO nak tolong orang melayu. Sekarang terbukti TIPU belaka. Rakyat juga jadi sengsara. Janji kepada mereka entah ke mana.

Jadi, tolonglah orang-orang yang teraniaya di kawasan kamu dahulu sebelum kamu nak bercakap soal Malaysia negara maju. Memalukan….





Responses

  1. Kalau di kaji dari segi Sejarah, UMNO dan BN telah hampir 53 tahun mentadbir dan memerentah Malaysia. Perjuangan UMNO adalah untuk membela orang-orang Melayu yang terpinggir dan miskin. Disamping itu mengisi kemerdekaan dengan melaksana pembangunan untuk rakyat.

    Setelah hampir 52 tahun memerentah Negara malaysia yang tercinta ini, kedudukan orang melayu semakin terpinggir dan miskin dalam arus perdana pembangunan negara. Mana lagi tinggalan Melayu ??? Hanya Keretaapi Tanah Melayu sahaja yang ada nama Melayu. Dimana Orang Melayu Islam sebagai yang tercatat dalam perlembagaan ??? Berapa ramai orang melayu yang murtad ??? berapa ramai orang asli yang bisa menjadi ahli umno ??? semua ni perlu di jawab oleh UMNO….

    Apa yang saya nampak UMNO hanya bermain politik dan bermain kata-kata yang manis di bibir mulut tapi hati lain bicara. PAS yang berada dalam BN tahun 1974 di buang begitu saja…pada asalnya nak menyatu padukan ummah tapi lain juga jadinya. Itulah perjuangan UMNO.

    Projek -projek mega di kontrol oleh budak tingkat 4. Bila ada yang berjuang cara betul di kesampingkan sahaja dalam UMNO. Ramai yang berjuang secara betul untuk membersihkan UMNO di buang dan di ketepikan begitu saja. Mereka sanggup buat apa saja asal matlamat tercapai. Contohnya penubuhan secara haram Kerajaan di Perak betul-betul bercanggah dengan perlembagaan. CUBA UMNO JAWAB,,,, SIAPA YANG BOLEH PECAT MENTERI BESAR ? Saya akui Perlantikan memang di bawah kuasa Tuanku, Tapi siapa berkuasa memecat Menteri Besar dan bagaimana cara ???

    Rakyat yang akan terus menderita dek mainan politik rakus pemimpin-peminpin UMNO…. Sedarlah wahai kaum ku sekelian.

  2. Tak perlu heboh-heboh cerita nak bantu orang Melayulah. Bikin malu kaum saja. Bahasa Melayu yang sedang mengaalami kepupusan pun dah tak dipedulikan. Nasib tulisan jawi langsung tak dapat diselamatkan. Kita kononnya nak jadi negara maju, negara industri. Sekarang ni dah 50 tahun lebih merdeka. Ada lagi orang susah macam ni? Taubatlah. Istighfar banyak-banyak.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: