Posted by: manjanik | April 28, 2010

BN tidak beli Undi : Najib nak nafi apa lagi

Abdul Fatah Karim

Bernama melaporkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor pada Ahad.

Jom kita tengok betul ker tidak…

1. BN berjanji untuk membina Universiti Teknologi Mar…a (UiTM) di Serendah

2. Menaik taraf prasarana dan kemudahan pasar Peladang yang beroperasi sejak lima tahun lalu.

3. Telah meluluskan peruntukan RM100,000 untuk tujuan itu, namun mari sama-sama kita lihat samada ia muala berjalan ataupun sekadar gula-gula sempena PRK

4. peruntukan hampir RM1 juta untuk memmulihkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di kawasan Parlimen Hulu Selangor

5. Bank Overdraf berjumlah RM49,000 yang sepatutnya diterima oleh Bekas Peneroka Felda Sungai Buaya bermula 26 April

6. Sejumlah 363 keluarga peneroka itu yang ditindas oleh Kerajaan Umno-BN sejak 16 tahun lalu hanya menerima RM50,000 sebagaimana yang dijanjikan oleh Pengerusi Umno Selangor, Najib Razak walaupun hutang Umno bersama Syarikat Murna Jaya Sdn Bhd mencecah hampir RM800,000 untuk setiap keluarga yang terlibat.

7. Berjanji kepada masyarakat Cina di Kampung Hassan, Hulu Selangor untuk membina 200 buah rumah kos rendah kepada komuniti itu di kawasan berkenaan.

8. RM2 juta untuk Projek Tebatan Banjir,

9. Pembinaan segera Empat buah sekolah yang masing-masing satu sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah dalam Parlimen Hulu Selangor

10. RM32 juta untuk projek perumahan Peneroka Felda,

11. Membaik-bulih masjis-masjid dengan peuntukan RM100juta,

12. RM1,000 untuk setiap peneroka Felda yang ingin menjadi Usahawan Inap Desa

13. Tambahan RM2.1 juta untuk membaiki bumbung tujuh rumah pangsa yang sehingga kini dilihat belum dimulakan walaupun BN sudah pun menang dalam PRK Ahad lalu.

14. Peruntukan RM25 ribu kepada dua pertubuhan Cina di Hulu Bernam, seandainya BN menang.

15. Najib mengumumkan pembinaan susur masuk dan keluar Sungai Buaya di Lebuhraya Utara-Selatan yang bernilai RM85 juta, yang bakal dimulakan pada tahun depan dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh dua tahun.See More

Posted by: manjanik | April 25, 2010

Surat terbuka buat Mufti Perak

Mohd Akmal Kamarudin

Dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab saya mewakili sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan membenci kekejaman rejim Zionis Laknatullah ingin melontarkan pandangan berdasarkan jika benar laporan di dalam naskhah Berita Harian keluaran 17 April 2010 yang dipaparkan di muka hadapan atau di laman web :

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010041705331320100417053313/Article/

PENDAHULUAN

Matlamat Yahudi Yang Utama : Memerintah Setiap Negara

Pada tahun 1897 di Basle, Swirtzeland 300 sarjana Yahudi telah berkumpul secara sulit untuk merancang beberapa agenda atau Protokol Yahudi. Perhimpunan ini dipimpin oleh Teodrl Hezl. Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk memastikan bahawa bangsa Yahudi akan kekal memerintah di setiap negara walaupun negara itu diperintah oleh bangsa selain Yahudi.

Protokol Yahudi ini akhirnya telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila seorang wanita Perancis telah berjaya mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir Muktamar Rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke Bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”

Salah satu protokolnya ialah:Protokol Kedua

Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan Yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

PENDEDAHAN APCO WORLDWIDE DI PARLIMEN OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Dalam jawapan secara bertulis kepada YB Tian Chua (PKR Batu), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa satu kontrak telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia dengan Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide bernilai hampir RM77 juta setahun.

Syarikat Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan “Strategi Komunikasi” dan “Membina Imej” Negara serta mengagongkan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak.

SIAPAKAH APCO?

Perkara ini telah didedahkan Ketua Pembangkang YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Parlimen yang mulia .

Ahli Lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel iaitu:-

1. Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman)

2. Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat)

3. Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi Intifada Palestin. Semasa intifada Al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

1. Jonathan Winer yang merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

2. Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim Fil Tariq dan Fi Zilal Al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Peranan APCO di Negara-negara lain

1. Klien dan bekas klien APCO juga termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa menjadi Presiden Nigeria. Jeneral Sani Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

2. Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupakan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

3. Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

ISU DEMONSTRASI BANTAHAN HUBUNGAN KERAJAAN MALAYSIA DENGAN APCO DI PERKARANGAN MASJID SULTAN IDRIS SHAH II

1. Setiap muslim yang beriman pasti mahukan kemanisan iman. Terdapat tiga perkara yang menjaminkan seseorang mendapat kemanisan iman. Salah satu nya sebagaimana yang disebut dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim ialah seseorang itu membenci maksiat (kemungkaran) seperti ia benci jika di campakkan ke dalam api neraka. Oleh yang demikian, sebab itulah kita guna halaman luar masjid kerana ia berkaitan dengan iman kerana mempertahankan agama dari ancaman musuh laknatullah adalah wajib. Jesteru itu, Allah menjanjikan jaminan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

2. salah satu cara membenci ialah seperti yang diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s sedang berjalan-jalan di suatu tempat, maka dia digoda iblis dan syaitan. Lalu, junjungan besar itu telah membaling batu ke arah iblis tersebut.

Tindakan peserta himpunan tempohari itu sebenarnya warisan daripada sunnah Nabi Ibrahim a.s.

Yahudi Zionis adalah iblis besar abad ini. Maka.. sikap pesrta himpunan hanya luahan daripada fitrah, sunnatullah dan sunnah Nabi Ibrahim ke atas musuh-musuh Allah seperti Iblis dan kaum-kaum yang ingkar kepada suruhan Allah.

Sesiapa yang pergi menunaikan fardhu haji, mereka tentunya pernah merasai pengalaman membaling batu di Mina ini. Kita diminta bermalam di Mina sebelum melontar batu-batu kepada ‘iblis’ di ketiga-tiga tiang; Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus Sughra. Bermalam di Mina itu bertujuan persediaan untuk meneruskan agenda besar ini; simbolik baling batu kepada iblis.

Maka, apabila tiba zaman Nabi Musa a.s (Taurat) hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. (al-Quran), maka terteralah satu hukum; lelaki dan wanita yang berzina sesudah berkahwin, maka hukumannya adalah direjam (dibaling) dengan batu sampai mati.

Kesimpulannya, inilah antara contoh-contoh sunnatullah yang telah diterjemahkan dalam bentuk hukum rejam dan sunnah nabi. Ia sesuai dengan fitrah asal kesemulajadian manusia. Iaitu, apabila kita mula membenci sesuatu perkara, hati kita akan terdorong untuk baling dan mencampakkan sesuatu kepada sesuatu yang kita benci itu. maka bidapkah kami yang hanya membaling telur ke arah papan yang tertera lambang zionis.

3. Isu penggunaan telur busuk : ? Telur busuk itu hanyalah laungan dibibir kami sahaja, sesuai dengan Yahudi dan Israil yang lebih busuk dari telur busuk .Dalam demontrasi ini kami tidak gunakan batu sebab mungkin akan terkena kepada orang ramai dan ada yang tercedera, Telur adalah simbolik penentangan kami terhadap isu APCO. Disini juga kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak menggunakan telur busuk seperti yang didakwa dan hanya melibatkan 7 biji telur ayam yang baru dibeli dikedai berdekatan. kami juga menggunakan kasut sebagai ganti kepada batu yang boleh membahayakan orang ramai ke arah papan yang tertera lambang Israel dan Umno, peristiwa lontaran ini berlaku berdekatan pintu pagar luar masjid dan agak jauh dari org ramai. Perbuatan inikah yang menyebabkan Tuan Mufti kata kami biadab dan hukumnya haram. Dan yang peliknya kenapakah Tuan Mufti orang yang pertama menghidu bau telur busuk sedangkan kami peserta demonstrasi tidak dapat menghidu bau busuk tersebut.

4. Ulama meletakkan satu kaedah iaitu sesuatu perkara yang ingin dijadikan hukum, hakim atau mufti mesti terlebih dahulu ada gambaran sesuatu perkara itu, maknanya ia mesti ada gambaran dan suasana himpunan seperti di manakah himpunan itu diadakan, guna telur busuk atau tidak, apa tujuan mereka berhimpun , apakah objek yg mereka lontar dan sebagainya.

Para ulama menyebut kalau berhukum tanpa ada gambaran maka hukum itu salah seperti yang sabit dari hadis Nabi SAW bahawa hakim yang berhukum tanpa pengetahuan dan gambaran terlebih dahulu maka tempatnya di neraka

5. Berkenaan dengan perlantikan Ahli JawatanKuasa Masjid tanpa mengikut tatacara perlantikan yang betul dengan membelakangi peraturan yang diguna pakai sebelum ini, adalah merupakan pencemaran terhadap masjid yang di lakukan oleh Parti UMNO dan Barisan Nasional. Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak yang dilantik hanya mereka yg menyokong Parti UMNO sahaja. Terdapat di kalangan pengerusi masjid jarang- jarang datang ke masjid malahan ada yg tak pernah datang ke masjid. Dan yang paling memalukan mereka ini mempunyai masalah moral. Sebenar nya, inilah pencemaran yang paling besar pernah yang di lakukan umno pada masjid seterusnya membunuh peranan institusi masjid yang sebenar iaitu sebagai rumah ibadah dan gedung ilmu.

Mengapa pencemaran dan penghinaan terhadap masjid yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional tidak dikritik oleh SS Mufti, sedangkan ini adalah suatu yang lebih besar tidah dilihat oleh Mufti

Almarhum Dato’ Fadhil Nor pernah menceritakan, seorang murid yang belajar sepuluh tahun dengan seorang guru tetapi tidak pernah naik darjah. Suatu hari dia bertanya kepada gurunya. “ Tuan, saya telah belajar hampir sepuluh tahun tetapi kenapa tidak naik darjah?” maka tuan guru itu pun pergi dekat satu tembok lalu dia mengambil arang dan membuat titik pada tembok tersebut. Maka beliau bertanya kepada muridnya itu, “ apakah yang kamu nampak di hadapan kamu?” Jawab murid itu: “ Titik hitam” . “ Sebab itulah kamu tidak naik darjah, tembok yang besar kamu tidak nampak tetapi titik hitam yang kecil itu kamu nampak.”

Telur yang dilontar ke arah lambang zionis di luar masjid sekitar 5 minit dikritik hebat dan diiktiraf sebagai biadab. Pengerusi dan jawatankuasa masjid yang tidak berakhlak dan terlalu jarang datang masjid sehingga ada yang tak pernah peduli untuk meningkatkan peranan masjid tetapi masih dilantik untuk tempoh tiga tahun tidak dikritik dan tidak biadab.

6. Sekiranya pihak Tuan Mufti merasakan bahawa dengan menyokong kami akan menjejaskan Tuan Mufti, maka diam adalah sebaik-baik jawapan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت

“Sesiapa yg beriman dgn Allah dan hari akhirat maka berkatalah perkara yg baik atau diam”

(Hadis riwayat bukhari dan muslim)

Perjuangan kami ada fakta melalui hadis yang pernah diungkapkan oleh Junjungan besar Nabi SAW :

أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر

“Jihad yang paling afdhal perkataan yg benar di hadapan pemerintah yg zalim”

Persoalan jihad ini mesti didahulukan bagi yang mampu dan pihak kami mampu serta sanggup menerima ancaman dari pemerintah dan sama sekali tidak sanggup menerima ancaman Allah seperti firman Allah :

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).

(Surah Taubah ayat 24)

Dengan pendedahan yang telah dijelaskan di atas maka disini saya ingin bertanya kepada Tuan Mufti dan agar saya diberikan PENJELASAN secara Ilmiah dari pihak Tuan Mufti :

Pertama : Mengapakah Kerajaan Malaysia sanggup melantik sebuah Syarikat Firma Perunding yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Rejim Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal menyeksa dan menzalimi orang Palestin diberi peluang untuk membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO sebagai Firma Perunding kepada Kerajaan Malaysia, ini bermakna pengaruh Zionis, kini telah mula dibenarkan untuk menentukan hala tuju negara, serta mempunyai akses kepada semua kepentingan kerajaan termasuklah maklumat-maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Adakah ini tidak membimbangkan pihak Tuan Mufti?

Selain Israel dan Amerika Syarikat yang dapat mengakses maklumat-maklumat ini, perlu diketahui juga oleh pihak Tuan Mufti bahawa di antara pemimpin ASERO, satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng iaitu seorang bekas polis Singapura.

Kedua : Apakah Pendirian Tuan Mufti setelah mendengar penjelasan yang telah saya jelaskan di atas, adakah Tuan Mufti masih lagi menyokong usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia pimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak atau akan bersama-sama kami menentang kerjasama antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Firma Perunding APCO Worldwide. Dengan ini saya serta sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan keselamatan negara Malaysia memohon Tuan Mufti untuk menyatakan pendirian Tuan Mufti. (Kenyataan ini disiarkan didalam Blog Dewan Pemuda PAS Negeri Perak : dppperak.blogspot.com).

KESIMPULAN

1. Keputusan Perdana Menteri untuk bekerjasama dan berganding bahu serta membuka ruang Malaysia kepada pengaruh rejim Zionis dan anti-Islam wajib dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

2. Perdana Menteri Malaysia mesti memohon maaf kepada seluruh masyarakat dunia umumnya dan Malaysia khususnya yang cintakan keamanan dan prihatin pada rakyat palestin kerana telah bekerjasama dengan rejim Zionis.

3. Semua Ulama dan ahli fikir yg mengetahui tindakan Kerajaan Malaysia ini mesti memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang besar. Ada seorang datang bertanya kepada Sayyidina Abdullah ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhu tentang hokum darah nyamuk yang terkena baju. Abdullah ibnu Umar Radiyallahu Anhu bertanya: “orang ini datang dari mana?“ mereka memberitahu bahawa dia datang dari Iraq. Kata Abdullah bin Umar: Darah Sayyidina Hussin Cucu Rasulullah SAW yang ditumpahkan dengan zalim kamu tidak tanya tetapi darah nyamuk yang terkena baju yang kamu tanya” Sepatutnya mufti jawab begitu kepada wartawan berita harian, kenapa tidak Tanya tentang APCO zionis busuk ceroboh Negara kita “ kamu datang dari akhbar yang besar untuk Tanya hokum telur busuk ?

4. Harapan kami agar mufti tegas dengan ilmunya seperti Imam Nawawi iaitu Penyusun Kitab Riadhus Solihin yang selalu Dato Mufti gunakannya ketika mengajar di Masjid dan Surau-surau. menurut riwayat bahawa apabila Baginda Sultan Az Zahir telah mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar(Monggol), timbul satu persoalan adakah diharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. Lalu Baginda bertitah meminta fatwa dari Imam Nawawi. Imam NAWAWI telah memberikan penjelasan seperti berikut:-

“Ampun Tuanku

Adalah patik sememangnya mengetahui bahawasanya tuanku dahulunya adalah seorang tawanan yang tidak ada sebarang harta benda, tetapi dengan pertolongan Allah dilimpahkan kurnianya kepada tuanku dengan dijadikan tuanku seorang raja.

Ampun Tuanku

Adalah patik telah mendengar bahawasanya tuanku ada memiliki seribu orang hamba, tiap-tiap seseorang ada mempunyai beberapa ketul emas. Manakala 200 org khadam wanita milik tuanku, masing-masing mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai.

Andaikata tuanku sendiri membelanjakan semua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka patik bersedia memberikan fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat”.

Kesimpulannya, beliau berfatwa bahawa baginda tidak dibenarkan mengambil harta rakyat selamamana kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan. Baginda sultan Az Zahir murka kepadanya kerana fatwanya yang amat menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi segera keluar dari damsyik. Imam Nawawi menerima sahaja perintah pengusiran itu dengan girang hati. Lalu beliau pun keluar ke Nawa. Para ulama’ syam telah berusaha menjemput beliau balik semula ke Damsyik, tetapi beliau enggan sambil berkata ‘ saya tidak akan balik ke Damsyik selagi baginda masih berkuasa”

5. Harapan kamai agar mufti tidak seperti Ali Abdul Raziq seorang ulama Azhar suatu ketika dahulu yang menulis buku memisahkan agama dengan politik pemerintahan islam. yang mahu meletakan agama di masjid sahaja tanpa melibatkan politik islam. Politik islam perlu disangkut dipintu masjid. Akhirnya Majlis ulama azhar telah menarik balik segala anugerah akademik dan gelaran yang diberi oleh Al Azhar. Ini menunjukkan betapa hinanya ulama seperti itu.

Rasul pernah mengecam mereka yang mengetahui sesuatu perkara tetapi menyembunyikannya dgn sabdanya :

من سئل عن علم يعلمه فكتمه ألجم يوم القيامة بلجام من نار

Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu yang diketahuinya maka dia menyembunyikannya nescaya pada hari kiamat kelak dia akan dikekang dengan tali kekangan dari api neraka.

(hadis riwayat ahmad)

Mohd Akmal Kamarudin,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Perak.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Sumber : Harakahdaily

Posted by: manjanik | April 18, 2010

Banyak nyerr duit Fairuz… ehemmmm

Fairuz selesai pinjaman kereta
Bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin (bawah, kiri) telah menyelesaikan bayaran pinjaman kenderaan untuk membeli sebuah Mercedez Benz dengan kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata Fairus telah menjelaskan bayaran itu dengan memasukkan RM109,000 ke dalam akaun Perbendaharaan Negeri di bank minggu lalu bagi menyelesaikan pinjaman itu termasuk faedahnya.

“Kami telah menerima jumlah itu daripada beliau selepas notis terakhir dihantar kepadanya bulan lepas supaya menyelesaikan pinjaman itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Balik Pulau.

Katanya notis itu dihantar kepada Fairus meminta beliau menjelaskan jumlah hutang yang belum dibayar atau memulangkan kenderaan itu dalam tempoh dua minggu.

Semua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri di Pulau Pinang layak mendapat pinjaman kenderaan RM130,000 selama lima tahun dan pinjaman RM100,000 bagi perumahan yang akan dipotong melalui gaji bulanan mereka.

Fairus membayar pinjaman itu sehingga beliau meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Anggota Exco Kerajaan negeri pada 8 April 2009. Pada 16 April beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti.

Sumber : Bernama


Posted by: manjanik | April 6, 2010

Israel Ceroboh PDRM? – Biar betulllllll……..

Anwar: Perisik Israel wujud dalam PDRM

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.

Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

“Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam,” katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.
Katanya lagi, kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008.
Katanya, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.
“Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) berpengkalan di Israel,” katanya lagi.
Tambahnya, KDN juga telah dimaklumkan mengenai penglibatan ejen Israel melalui syarikat tersebut.
Jelasnya, menteri dalam negeri pada masa itu telah dimaklumkan mengenai kehadiran ejen Israel di bilik server komputer di ibu pejabat PDRM, katanya.
“Ogos 2008, disahkan dalam siasatan cawangan khas PDRM tentang penglibatan Israel melalui syarikat Asiasoft selaku subkontraktor.
“Tapi yang berkaitan di sini ialah surat kepada pengarah logistik (PDRM) Datuk Mahsuri Zainal kepada BPR bertarikh 1 Disember mengenai projek ini yang diserah kepada Masterplan Consultancy Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft tanpa mengikut prosedur biasa.
Katanya lagi, perkara itu juga dikesan melalui satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai pasukan tersebut pada tahun sama.
Polis telah menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan, namun beliau mendakwa pegawai penyiasat berkenaan kemudiannya ditukarkan.
“Bila ada sedikit kemajuan ASP Saerah dipindah ke Taiping, kes pun jadi perlahan,” katanya.
Katanya lagi, satu laporan juga telah dibuat kepada SPRM (yang dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) oleh seorang ahli Yayasan Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Robert Pang berkenaan kes berkenaan.
Sumber : Malaysiakini.com
Posted by: manjanik | April 1, 2010

Berahim Ali…. Bacalah…

Jangan sesekali menjadikan mana-mana bangsa sebagai TUAN di bumi ini kerana TUAN kita adalah Tuhan. Kita semua adalah hambanya. Status kita semua adalah sama. Janganlah terus membeza-bezakan kita.

Oleh : Shen Yee Aun

Surat Terbuka Kepada Pengerusi PEKKASA Ibrahim Ali

Saudaraku Ibrahim Ali bukan niat di sini saya hendak menentang perjuangan jitu kamu namun hanya sekadar ingin berpesan-pesan sesama manusia seperti mana yang dituntut oleh Tuhanmu. Saudaraku Ibrahim Ali kalau benar pun pada hari ini kaum bukan Melayu adalah pendatang walaupun realitinya tidak maka kalaulah mereka pendatang seperti mana yang dipercayaimu maka bukankah mereka sebenarnya adalah tetamu jika benar kata kamu Melayu adalah Tuan di Tanah ini?

Bukankah Islam merupakan satu agama yang paling mulia dan istimewa di dunia ini kerana nilai moral sejagatnya yang begitu menawan? Bukankah Islam menyeru umat-umatnya melayan tetamu mereka dengan baik?

Saudaraku Ibrahim Ali. Setahu saya dalam Islam yang begitu indah ada juga suruhan jika kita hendak sembahyang sunat, tiba-tiba ada tetamu datang ke rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dahulu kerana ini perbuatan ini sendiri pernah dilakukan sendiri oleh Nabi Muhamamd yang kita semua sanjungi.

Sebagai seorang mahasiswa Akademi Pengajian Melayu sini saya juga mendapat banyak karya, kesusasteraan, pantun, sajak dan ungkapan yang melambangkan Melayu juga amat mementingkan dan mengutamakan tetamu.

Saudaraku Ibrahim Ali kalau benar pun benar katamu tetamu-tetamu anda adalah biadap dan tidak sopan. Sepatutnya saudara meneladani sifat Nabi Muhammad yang menerima layanan buruk daripada bangsa Quraisy semasa baginda menyebarkan Islam di Madinah. Cacian demi cacian. Makian demi makian. Godaan demi godaan. Kekejaman demi kekejaman terhadap penganut Islam. Sampai ada percubaan untuk membunuh baginda. Apa reaksi baginda pada ketika itu?

Apa tindakan baginda pada ketika itu? Baginda tidak pernah membalas sebarang serangan mereka. Baginda bijak mencari keadaan yang lebih aman dan damai untuk mengatasi halangan beliau untuk berdakwah. Sedangkan selepas baginda sudah kuat, kukuh dan mantap dan berlakunya proses pembukaan kota Makkah baginda tidak pernah membalas dendam terhadap bangsa dan individu yang pernah menindasnya.

Jika benar pun Melayu ditindas oleh tetamu seperti katamu maka apakah penindasan mereka jauh lebih teruk berbanding apa yang dilakukan oleh bangsa Arab Quraisya terhadap Nabi Muhammad?

Layanlah tetamu dengan baik seperti mana Nabi Muhammad dilayan dan dijaga dengan baik oleh Tuan rumah di Makkah.

Seperti mana juga Sultan Melayu Melaka pertama yang kita sanjungi Parameswa dilayan baik oleh Temagi iaitu pemerintah temasik pada ketika itu apabila beliau melarikan diri.

Tuhanmu yang Maha Esa lagi Pengasih pernah berfirman

“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat”.[Al-Hujurat(49):10]

Saudarakan Ibrahim Ali,

Sesungguhnya Islam yang mulia dan adil tidak pernah membahagi-bahagi dan membezakan kita semua. Telitilah perjuangan utama proses penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad. Baginda sendiri memperjuangkan hak persamaan taraf di Madinah. Sebab itulah ramai golongan hamba yang dihina pada ketika itu mula memeluk Islam dan ramai dalam kalangan mereka mati dibunuh kerana memeluk Islam. Jangan sesekali menjadikan mana-mana bangsa sebagai TUAN di bumi ini kerana TUAN kita adalah Tuhan. Kita semua adalah hambanya. Status kita semua adalah sama. Janganlah terus membeza-bezakan kita.

Mengapa Nabi Muhammad mendapat tentangan yang begitu hebat oleh bangsa Quraisy? Hal ini disebabkan pada ketika itu suku kaum Nabi Muhammad bukanlah yang paling utama di Madinah. Bangsa Quraisy bimbang kedaulatan bangsanya tergugat. Sesungguhnya merekalah bangsa majoriti dan utama di sana. Namun jangalah sesekali kamu mengikut jejak bangsa Quraisy terhadap suku kaum lain seperti layanan mereka terhadap Nabi Muhammad. Sebaik-baiknya Islam boleh menerima hamba dan menyamakan status mereka maka jangan sesekali ada dalam kalangan umat Islam cuba meninggikan sesuatu kaum daripada kaum yang lain.

Tuhanmu yang Maha Adil dan Mulia pernah berfiman:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra di antara satu sama lain). Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujuraat, ayat 13)

Saudaraku Ibrahim Ali. Cubalah cari persamaan sesama kita sendiri dan bukannya perbezaan. Tidak perlu selalu menimbulkan isu majoriti dan minoriti. Realitinya juga bangsa Cina di Malaysia walaupun majoritinya tidak menganuti Islam tetapi bangsa Cina yang dilabel pelbagai olehmu juga merupakan bangsa paling banyak di dunia yang menganuti Islam di China. Dalam hadis ada juga menyatakan bahawa tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Kalau benar pun Cina pada hari ini sudah sangat kukuh dalam ekonomi mereka. Jangalah sesekali melihat mereka merampas ekonomi bangsamu. Tuntutlah ilmu daripada mereka yang sudah berjaya. Kalau benar pun mereka yang sudah berjaya ada kelemahan mereka seperti yang didakwamu maka peribahasa Melayu ada menyatakan buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Peribahasa Melayu juga percaya banyak udang banyak garam banyak orang maka banyaklah ragamnya.

Tuhanmu yang Maha Hebat lagi Bijak juga pernah berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. [Al-Hujurat(49):11]

Saudaraku Ibrahim Ali sesungguhnya kamu juga khalifah Allah di permukaan bumi. Janganlah sesekalimu berlari daripada landasan yang telah ditetapkan olehnya. Jika kaum lain ada silap dan lemahnya maka peribahasa Melayu juga ada menyatakan bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Janganlah kamu menyerang mereka.

Tuhanmu yang Maha Besar pernah berfiman:

“Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” ( Surah Al-An’aam ayat 108 )

Segala kata-katamu melambangkan bangsa dan agamamu walaupun realitinya sepatutnya tidak begitu. Peribahasa Melayu ada menyatakan terlanjak perahu boleh diundur namun terlajak kata buruk padahnya. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi jika nasi sudah menjadi bubur. Janganlah disebabkan mulut badan kita binasa.

Perbezaan agama sebenarnya bukan penghalang terjalinnya kerukunan dan kedamaian di antara sesama manusia. Meskipun kita bergaul dengan orang yang berbeza iktikad keyakinan, tetapi kedamaian hidup tetap menjadi keutamaan. Allah SWT mengizinkan umat-Nya untuk menjalin kerjasama dan berbuat baik kepada orang yang berbeza akidah sekalipun.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud menyatakan bahawa:

Islam merupakan antara agama utama di dunia yang melindungi mereka yang bukan seagama dengan mereka. Perlembagaan pertama di dunia juga ada peruntukkan untuk mempertahankan bukan Islam.

Tuhanmu yang sebenar-benarnya Maha PERKASA pernah berfirman:

“Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti saya, dan barangsiapa yang menyakiti saya, maka ia telah menyakiti Tuhan”. (Riwayat Abu Daud)

Bangsa Melayu amat kaya dengan sifat kesopanan mereka. Sebab itu banyak kesusasteraan yang banyak berlapik-lapik supaya tidak mengguris hati sesiapa. Kesantunan dan kesopanan Melayulah yang menjadi identiti utama selama ini. Tidak kira dari segi pertuturan, perlakuan, perbuatan dan cara mereka melayan tetamu.

Peribahasa Melayu juga percaya biar mati anak jangan mati adat. Jadilah pejuang Melayu yang benar-benar jitu dan tulen. Jangan sesekali biar adat kesopanan dan kesantunan bangsamu mati bersamamu. Sesungguhnya bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat.

Kalau benar pun hendak membangunkan bangsamu maka biar secara bersederhana. Sesungguhnya ini juga cara Islam dan Melayu yang sebenar. Kesederhaaan amat ditekankan oleh Islam sehingga Nabi Muhammad membahagikan kehidupannya kepada 3 peringkat iaitu 1/3 untuk beribadah, 1/3 bekerja dan 1/3 berehat. Lambangnya di sini berjuanglah secara besederhana seperti mana falsafah ini yang terdapat dalam bulan puasa semua Islam diseluruh dunia.

Bersederhanlah jangan mengeluarkan kata-kata kesra dan kesat. Saudaraku Ibrahim Ali tak sedap didengar kata-kata “shit” sampai 3 kali kamu sebut dalam wawancara oleh Malaysiakini. Jangan saudaraku. Islam melarang umatnya mengeluarkan perkataan-perkataan kasar. Nanti di akhirat nanti malaikat akan catat segala kata-katamu dan timbang segala dosa dan pahalamu. Bahaya kalau lidah itu tidak dijaga. Janganlah menjejaskan keayuan Melayu selama ini.

Saudaraku Ibrahim Ali.

Tanah ini ditukar daripada Tanah Melayu kepada Malaysia bukan tetamu yang tukar. Perdana Menteri Pertama Melayu yang tukar. Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia bukan tetamu yang tukar tetapi Perdana Menteri Melayu Kelima kita yang tukar.

Saudaraku Ibrahim Ali

Niat kamu mungkin ikhlas, jitu, benar dan betul tetapi cara dan tindakan kamu tidak semestinya betul. Apa yang Melayu perlukan pada hari ini adalah peningkatan kemahiran, penguasaan ilmu dan pengetahuan dan pembinaan mental dan fizikal serta pemantapan dan kekuatan diri.

Janganlah silap memberi ubat kepada penyakit yang wujud. Kena fahami dan teliti dahulu punca dan akar berlakunya kepada penyakit. Silap beri ubat nanti ada kesan kesampingan yang lebih teruk dan parah kalau mengakibatkan kematian.

Menyalahkan bangsa lain atas kegagalan dan kelemahan bangsa sendiri bukan ubatnya. Kalau benar pun ramai Melayu yang bankit menentang bukan Melayu. Kalau benar pun semua bukan Melayu di Malaysia sudah tiada lagi di Tanah Suci Melayu ini. Adakah saudara benar-benar rasa Melayu akan menjadi kaya raya dan berkebolehan dalam sekelip mata seperti niat murnimu? Lihat sahaja pada Indonesia anda akan dapat jawapannya.

Saudaraku Ibrahim Ali,

Percaylah pada qada dan qadar. Tuhan sudah mentadirkan dan merancang untuk semua kaum dan wujudnya masyarakat masdani di Malaysia maka berbaik-baiklah dengan semua. Anda tidak mampu mengubah hakikat yang sudah sedia ada wujud.

Sesungguhnya kekayaan dan kebolehan tetamu bukanlah melalui rampasan. Apakah kuasa dan daya mereka sebagai golongan minoriti untuk merampas? Mereka datang ke sini dahulu juga sebagai kuli dan hamba di ladang, estet dan kawasan perlombongan. Kerajaan dan pemimpin kerajaan selama 50 tahun ini juga diketuai oleh Melayu dan apatah lagi dipertahankan daulatnya oleh Raja-raja Melayu.

Sempadan kita luas. Jangan sempitkan skop linkungan permikiran kita. Kalau benar pun bukan Melayu merampas ekonomi seperti yang didakwamu maka masih tidak dapat dinafikan Malaysia juga yang mendatang untungnya apabila ada kajian menyatakan bahawa lebih daripada 90% cukai negara adalah daripada golongan bukan Melayu.

Saudaraku Ibrahim Ali,

Kalau benar pun melalui rampasan. Tidak perlu risau. Ikut sahaja falsafah dan teori Blue Ocean Strategy. Satu buku terbitan Universiti Harvard yang menuntut kita mencari pasaran yang belum ditembusi. Buat apa hendak bersaing di pasaran yang sudah keruh dan apatah lagi kata kamu berlaku banyak rampasa perniagaan dan ekonomi dalam pasaran tersebut.

Kalau ramai ibu bapa Melayu percaya pada falsafah jangan terlalu manjakan anak-anak walaupun kita benar-benar mencintai mereka kerana takut mereka menjadi rosak nanti. Mengapa tidak pemimpin Melayu memegang falsafah ini dalam kepimpinan mereka?

Saudaraku Ibrahim Ali,

Janganlah kuman di seberang nampak, gajah di depan tidak nampak. Kalau qada dan qadar sudah menjadikan kita hidup sebumbung maka bersama-samalah kita bersaudara. Sesungguhnya kita bukan musuhmu. Kita tetap rakyat Malaysia. Kalau ada peperangan menyerang negara ini darah Cina dan India juga akan mengalir dan mati di tanah ini. Musuh kita adalah di luar. Musuh Islam adalah Barat yang menindas Timur dan Islam. Musuh kita adalah Isreal yang menindas Palestin.

Kalau benar pun saudaraku Ibrahim Ali hendak berbaik-baik dan bersaudara dan timbulnya isu tepuk sebelah tangan tidak berbunyi maka tidak apa kerana yang penting niat itu ada dalam kamu sebagai seorang Melayu dan Islam yang sejati. Tabahlah seperti Nabi Muhammad tabah berdakwah dan menyebarkan Islam. Mulakan dengan langkah pertama dahulu. Hulurkan tangan dahulu. Tidak dibalas salaman. Sabar dahulu. Sabar itu sebahagian daripada keimanan. Percayalah sedikit sedikit usahamu lama – lama menjadi bukit juga saudaraku Ibrahim Ali.

PERKASA Melayu melalui program yang bermanfaat. Jauhilah isu-isu politik dahulu. Kalau benar pun bangsamu hendak berperang dengan bangsa lain janganlah menyerang membabi buta. Siapkan mereka dahulu. Beri latihan. Beri ilmu. Beri kemahiran. Kuatkan kubu dan senjata mereka dahulu.

Saudaraku Ibrahim Ali,

Sudah 52 tahun kita merdeka bersama-sama. Suka atau tidak suka berdepanlah dengan reality kewujudan pelbagai bangsa di negara kita.

Sediakanlah mekanisme yang terbaik untuk bangsamu melalui PERKASA dan janganlah rosakkan mereka dengan demonstrasi. Melakukan vandalisme dengan membakar harta benda. Islam pantang sesiapa yang merosakkan harta benda. Sebab itu dalam perang sekali pun harta benda tidak boleh dirosakkan.

Bawalah mereka ke pusat latihan berbanding ke jalanan. Bangsamu terlalu Mulia untuk menjadi raja di jalanan. Janganlah silap memimpin mereka.

Tepuklah dada tanyalah selera kalau benar pun segala tohmahan ,serangan dan kritikan terhadap bukan Melayu apa untungnya kepada Melayu selain bertambah musuh dan dendam?

Saudaraku Ibrahim Ali,

Sebagai Islam janganlah selalu menimbulkan isu Perlembagaan 152 dan 153. Kembalilah kepada Al Quran iaitu sumber perundangan termulia dan tertinggi kepada semua umat Islam. Semua suruhan dan tuntutan Tuhan yang saya ambil daripada atas semuanya dipetik daripada Al-Quran dan Hadis. Janganlah menjauhi diriku yang semakin mendekati dan memahami keindahan agamamu disebabkan perjuangan dan tindakanmu yang tidak selari seperti mana yang sepatutnya.

Saudaraku Ibrahim Ali,

Silapnya bangsa Yahudi pada hari. Dibencinya mereka pada hari ini. Sebab mereka selalu meletakkan satu status quo terhadap kelebihan yang Tuhan beri pada mereka sehingga meninggi-ninggikan diri sendiri. Sebab anggap mereka Tuan di dunia. Anggap mereka istimewa.

Saudaraku janganlah ikut telunjuk Yahudi yang teruk dan jijik itu.

Akhir kata, Hang Tuah pernah berkata Melayu tidak akan hilang di dunia ini namun janganlah sampai tahap Melayu masih hidup tapi nilai-nilainya sudah semakin terhakis. Apa maknanya hidup secara fizikal dan terkuburnya nilai dan identiti sebenar Melayu.

Saya tidak ada sebarang niat jahat di sini kerana juga memetik kata seorang tokoh Melayu iaitu Tun Dr Mahathir yang kamu sendiri sanjungi Melayu itu mudah lupa. Kita saling berpesan dan meningati supaya kita tidak mudah lupa Islam dan Melayu yang SEBENAR.

Doakanlah kebahagian dan rahmat kepada Saudaraku Ibrahim Ali.

Salam bersatu
Salam bertaubat
Salam berbaik
Salam bersederhana
Salam berubah
Salam berpesan
Salam berbudi bahasa

Sumber : Malaysia Today.

Ibrahim pernah jadi pengarah syarikat Vincent Tan

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutaan Cina, Tan Sri Vincent Tan.

Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vincent Tan, yang digelarnya ‘tauke’ dan “mendominasi” ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial.

Bagaimanapun, tersebar laporan di internet yang menunjukkan hubungan Ibrahim dengan syarikat Dunham-Bush Malaysia, yang pernah dimiliki Tan.

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dalam lamanwebnya Malaysia-Today, salinan laporan tahunan 2003 syarikat berkenaan yang menunjukkan Ibrahim adalah salah seorang anggota lembaga pengarahnya.

Ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, Ibrahim berkata tidak ada salahnya urusan perniagaannya dengan Tan kerana ia tidak menolak hakikat bahawa tokoh-tokoh besar perniagaan Cina mendominasi bidang ekonomi.

Sebaliknya, kata Ibrahim, beliau bercakap mengenai ekonomi makro dan isu-isu dalam gambaran lebih besar.

Beliau bertanya apakah masalahnya jika beliau berurusan perniagaan dengan ramai rakan-rakan Cina dan mempunyai rakan kongsi Cina.

Sumber : Malaysiakini.com

SPM: 2 pelajar Maahad Muhammadi dapat 15A

Rizal Tahir

KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.

Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.

Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).

Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.

Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi.

Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.

Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.

Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).

Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.

Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).

Sementara itu, Habibah Hanan (gambar) yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.

“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.

“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan.

Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.

Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu.

“Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.

Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.

Sumber : Harakahdaily

Posted by: manjanik | Mac 9, 2010

Siapakah Zulkifli Nordin?

Zulkifli Nordin yang saya kenal — Zulkifli Sulong

Saya mula mengenali Zulkifli Nordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.

Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi. Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya…betulkah segala kenyataan ini.

Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.

Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.

Namun saya sejukkan hati…mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.

Kes Arsenik Anwar

Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.

Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan…keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

“Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur….” Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni…bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum “Warkah Dari Penjara”. Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama…Zul Nordin ‘melampau’ atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.

Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.

Dengan MB Terengganu

Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.

Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.

Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, “Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau,” kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.

Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula ‘mamat’ ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.

Berpaling arah

Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.

Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004. Ia menjadi syarat wajib bagi SPR. Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.

Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.

Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.

Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.

Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.

Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, “Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR.”

Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu.

Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, “kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS.”

Sumber : http://perisik-rakyat.com/

Sebagaimana dengan isu di JDA, aspek Perundangan dan Perlembagaan Persekutuan adalah amat jelas dan mengikut pemahaman Pakar-Pakar Perundangan, tuntutan adalah menyebelahi Kerajaan Kelantan.

Ini adalah kerana jarak pengeluaran tidak menjadi faktor penentu kepada pembayaran Royalti kerana pada ketika ini, Kerajaan Negeri Terengganu (sebelum tahun 1999), Sabah dan Sarawak terus menerima pembayaran Royalti walaupun jarak kawasan pengeluarannya lebih jauh dari kawasan Tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan.

Kawasan Operasi Gas Asli di kawasan PM303, iaitu di Lawit dan Jerneh berkemungkinan berada didalam Perairan Negreri Kelantan tetapi Royalti dari hasil pengeluarannya dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Penjualan hasil Gas Asli dari Jerneh iaitu kawsan pengeluaran terbesar di Malay Basin bermula pada tahun 1992 manakala pengeluaran di Lawit pula telah bermula pada tahun 1997 dan ia berupaya menghasilkan pengeluaran sebanyak 450 juta kaki padu gas dalam masa sehari.

Ke 2-2 kawasan ini dikendalikan oleh ESSO Production Malaysia Inc.

Kawasan Perairan disekitar JDA dituntut oleh erajaan Malaysia berdasarkan kepada Sempadan Wilayah dibawah naungan Negeri Kelantan sementara Perlembagaan Persekutuan sendiri menjamin Wilayah milik Kelantan adalah Hak Milik Kerajaan Negeri Kelantan.

Kerajaan Kelantan telah menyerahkan Hak Meneroka Perairan kepada Petronas dengan persetujuan pulangan dalam bentuk tunai sepertimana yang dimeterai dalam Perjanjian pada 9hb. Mei, 1975 diantara Menteri Besar Kelantan (pada masa itu) Dato’ Haji Mohamed bin Nasir dengan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) yang diwakili oleh Penegrusinya (pada masa itu) YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Perjanjian tersebut adalah bersesuaian dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memberi Hak Ekslusif – mencari, mengeksploitasi, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai (on-shore) atau di luar pantai (off-shore) Malaysia kepada Petronas.

Salah 1 butiran dalam Perjanjian itu seperti yang tercatat dalam Seksyen 1 (rujuk Perjanjian 1974/1975).

(1) – Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati di Kelantan.

“Dalam Perjanjian tersebut, kita tidak panggil “Wang Royalti”, yang sebenarnya wang tersebut dipanggil “Bayaran Tunai” (cash payment) sementara “Wang Ehsan” pula tiada dalam Perjanjian yang saya buat dulu. saya yang buat Akta Petroleum Negara 1974, tidak terlintas untuk menyebut mengenai “Wang Ehsan” kerana “Wang Ehsan” hanya diberi kepada orang yang minta sedekah (Tengku Razaleigh Hamzah – Sinar Harian, 1hb. Disember, 2010)

Keengganan Kerajaan Pusat memberi Royalti kepada Kerajaan Kelantan bukan sahaja melanggar Akta Pembangunan Petroleum 1974, malah lebih bear dari itu dan ianya memberi kesan permasalahan melampaui Negeri Kelantan.

Dengan menidakkan Perjanjian antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas, bermakna Kerajaan Pusat juga menidakkan Perjanjian sama yang ditandatangani oleh Negeri-Negeri lain sekaligus menafikan Hak Negeri-Negeri lain keatas perkara tersebut.

Selain itu, Kerajaan Pusat akan dipersoalkan kerana dilihat sebagai cuba untuk menafikan kewajipan Petronas untuk membayar sebanyak 5% dari hasil galian kepada mana-mana Negeri Pengeluar Minyak seperti yang termaktub dalam kontrak Perjanjian.

Petronas pada hakikatnya terikat dengan kontrak tersebut dan wajib membayar sejumlah 5% dari jumlah hasil galian secara terus kepada Negeri-Negeri yang terbabit. tindakan menyekat kewajipan Petronas oleh Kerajaan Pusat menimbulkan persoalan dan boleh memberi implikasi yang lebih besar kepada Negeri-Negeri Pengeluar Minyak dan Gas khususnya Sabah dan Sarawak.

Keadaan Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah serupa kerana Negeri-Negeri ini telah menandatangani Perjanjian yang sama dengan Petronas. jika Kelantan tidak diberi Hak Royalti, adakah ke 2-2 Negeri di Borneo itu juga bakal menerima nasib yang sama?

Jangan juga kita lupa bahawa Negeri Terengganu telahpun mengalami nasib malang ditarik balik Hak yang selama ini dinikmati hanya kerana Kerajaan Negeri Terengganu bertukar pada tahun 1999!

Tengku Razaleigh Hamzah turut menyelar sikap Kerajaan Persekutuan yang dilihat cuba campurtangan terhadap Perjanjian yang telah dibuat antara Negeri-Negeri Pengeluar Minyak dan Gas dengan Petronas. tindakan campurtangan hanya akan menyebabkan rakyat meragui intergriti dan keikhlasan Kerajaan dalam menghormati kesucian kontrak dan Undang-Undang.

“Saya harus menegaskan bahawa Petronas terikat oleh mereka dan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak boleh campurtangan dalam pemenuhan mereka. jangan bercakap tentang pelaburan untuk memacu ekonomi kita ke tahap yang lebih tinggi jika kita gagal untuk memahami pentingnya mematuhi kewajipan kontrak”.

[bersambung bahagian iii]

Sumber: http://perisik-rakyat.com

Royalti minyak tak wajar dibawa ke mahkamah

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyelar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah.

Beliau berkata tindakan itu adalah tidak wajar kerana terdapat saluran lain yang boleh digunakan dalam menyelesaikan isu itu.

“Bagi saya mereka ini melihat isu royalti ini dalam konteks polemik dalaman atau luaran dan saya rasa ini adalah tidak wajar.

“Kita dalam konteks parti Barisan Nasional (BN) dan Umno telah membuat pendirian yang jelas bahawa apa yang tidak faham, gunakan saluran yang sedia ada untuk fahamkan diri sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah di Kota Damansara dekat Petaling Jaya, semalam.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian ketika mengulas keputusan sidang DUN Kelantan semalam yang sebulat suara meluluskan usul membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Usul itu dipersetujui oleh semua wakil kerajaan negeri dan beberapa anggota pambangkang termasuk ketuanya, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah).

“Kita mungkin akan ambil tindakan terhadap mereka (anggota BN DUN Kelantan) dan akan dapatkan pandangan dari ahli-ahli parti di peringkat akar umbi untuk selesaikan kedudukan mereka yang timbulkan isu sensasi (royalti minyak) ini,” tambahnya.

Sumber : Bernama

Manjanik: Pemimpin Umno di Pusat tidak mahu kes tuntutan royalty dibawa ke mahkamah, sedangkan pemimpin Umno Kelantan mahukan ianya diselesaikan di mahkamah. Kenapa timbul kecelaruan pemikiran ini?

Hisam perlu sedar dari lenanya. Kenapa baru sekarang mahu ianya diselesaikan dengan cara lain? Kenapa surat-surat yang Kerajaan Kelantan hantar kepada Perdana Menteri tidak dilayan sampai ke hari ini?

Hisam perlu tanya PM kenapa perjanjian yang ditandatangani itu tidak mahu dipatuhi sedangkan butiran perjanjian tersebut sama dengan apa yang ditandatangani oleh Sarawak dan Sabah.

Sekiranya penyelesaian yang Hisam mahukan ialah dengan Kerajaan Kelantan menerima wang ehsan, sila lupakan. Rakyat Kelantan tidak bodoh mahu menerima RM20j sedangkan hak mereka ialah RM2b.

Sekiranya kamu boleh bagi kepada Sarawak, Sabah dan Terengganu mengikut butiran perjanjian tersebut, kenapa Kelantan tidak? Ini jelas sebenarnya kamu yang mempolitikkan royalti ini.

Dan yang pasti rakyat Kelantan amat benci dengan tekanan sebegini. Tunggulah PRU13 nanti, UMNO/BN akan terusan tersungkur di bumi Kelantan. Rakyat Kelantan sudah bersedia menghukum kamu sampai bila-bila.

Older Posts »

Kategori