Posted by: manjanik | April 18, 2010

Banyak nyerr duit Fairuz… ehemmmm

Fairuz selesai pinjaman kereta
Bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin (bawah, kiri) telah menyelesaikan bayaran pinjaman kenderaan untuk membeli sebuah Mercedez Benz dengan kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata Fairus telah menjelaskan bayaran itu dengan memasukkan RM109,000 ke dalam akaun Perbendaharaan Negeri di bank minggu lalu bagi menyelesaikan pinjaman itu termasuk faedahnya.

“Kami telah menerima jumlah itu daripada beliau selepas notis terakhir dihantar kepadanya bulan lepas supaya menyelesaikan pinjaman itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Balik Pulau.

Katanya notis itu dihantar kepada Fairus meminta beliau menjelaskan jumlah hutang yang belum dibayar atau memulangkan kenderaan itu dalam tempoh dua minggu.

Semua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri di Pulau Pinang layak mendapat pinjaman kenderaan RM130,000 selama lima tahun dan pinjaman RM100,000 bagi perumahan yang akan dipotong melalui gaji bulanan mereka.

Fairus membayar pinjaman itu sehingga beliau meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Anggota Exco Kerajaan negeri pada 8 April 2009. Pada 16 April beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti.

Sumber : Bernama



Responses

  1. Salam tuan.

    Percaya atau tidak….
    sekiranya Fairus masih lagi dalam PKR…
    Tak sempat menunggu ayam berkokok, SPRM berkejar-kejaran ke pintu pejabat beliau…..

    Manjanik: Yess lebih dari percaya akan begitu jadinya…

  2. PKR telah diuji, ahli tidak setia, ahli kaki hutang bank, ahli lapar kedarah duit, ahli tak boleh hidup tanpa kemewahan.
    Mereka lari paling belakang dan buang maruah dimerata tempat, yang pakai kopiah, yg dakwa pejuang Islam, yg telah berkawan dgn Boss 30 tahun dan yg bernasib baik tapi bermuka bodoh.
    Semua mereka ada persamaan, ahli dunia yg suka hidup mewah dan suka ambil peluang utk kebas duit org ramai.
    PAS belum teruji atau mungkin PAS selamat kerana baiah talak.
    Ahli PAS tengok cerita benar yb PKR jadi pengkhianat kpd pengundi dan parti. Namun ahli PAS tidak boleh ketawa berdekah-dekah. YB mereka pun ada perangai sama, suka tunjuk kereta mewah, berlagak macam sama dgn YB BNUMNO. Ada yg main-main dgn balak, jadi broker balak, buka mulut cerita kahwin 2@3, ada yg dah tak kenal kiblat masjid, buka mulut projek juta-juta, berahi pakai kot dan batik masuk suratkhabar lama.
    Bukan nak mengata keji, tuduh macam kickdefella tak main, tapi mata tak sepanjangnya pejam, telinga kadang-kadang tak tuli, mulut bau tak sedap tapi tidak bisu.
    Brother …….. takut gerun dan adagyg aku tak percaya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: