Posted by: manjanik | Januari 13, 2009

PAS Mendahului BN

Kuala Terengganu: Setakat hari ini, PAS masih mendahului BN dan sekiranya ia berterusan, PAS tiada masalah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil kali ini.

Beberapa petunjuk dapat diperhatikan dengan jelas dan kebiasaannya apabila petunjuk-petunjuk itu berterusan, samada BN atau PAS atau PKR atau DAP, maka parti tersebut akan menang.

Antaranya ialah apabila sesuatu isu mengenai calon tidak dapat diselesaikan. Tidak kiralah samada isu peribadi atau parti, ianya akan memberi kesan kepada calon tersebut. Apa yang jelas, masalah isu peribadi calon BN masih berterusan bahkan masih melebar merebak ke serata DUN yang terlibat. Ianya makin kronik dengan isu-isu tambahan lain mengenai beliau selain sombong, susah bertemu, bangsawan, mengkhianati kawan  dan sebagaimana kenyataan Pak Lah, memang benar orang UMNO sendiri yang memburuk-burukkan calon BN.

Kedua, apabila petugas-petugas BN tidak bersemangat apatah lagi pemimpin-pemimpin yang bermasalah dengan calon tidak menunjukkan muka dan tolong berkempen. Ini kerana ianya bukan sahaja melibatkan pemimpin tersebut tetapi juga penyokong-penyokong mereka akan lebih bertugas “menghentam calon BN” dari membuat kerja-kerja pilihan raya. Selepas sehari penamaan calon di dapati hotel-hotel yang ditempah penuh selama PRK ini menjadi lengang dan kosong. Mereka balik. Saya sempat mendengar keluhan seorang pemimpin UMNO Bahagian Cheras (berdasarkan van yang membawa mereka tertulis “UMNO Cheras”) yang berkata” lebih baik kita balik dari menolong, kerana orang UMNO Terengganu sendiri tidak memerlukan kita”.

Ketiga, apabila BN tidak mampu menjawab atau mematahkan hujah-hujah lawan mereka atau sekadar menjawab melepas batuk di tangga. Setakat hari ini, pemimpin UMNO sendiri tidak tahu apa yang dikehendaki oleh pengundi Kuala Terengganu. Jadi mereka menggula-gulakan pengundi sedangkan pengundi jijik dengan perkara tersebut.

Keempat, apabila pengundi-pengundi bukan melayu begitu berani menjelaskan yang mereka mahukan PAS/pembangkang kali ini. Mereka bekerja seperti petugas parti yang bertanding, tekun, bersungguh-sungguh dan tidak takut atau segan silu.

Kelima, apabila beberapa ceramah BN tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan pendengar atau disabotaj oleh ahli sendiri. Ini berlaku di Kuala Terengganu. Katanya, sabotaj itu dilakukan oleh musuh-musuh calon BN.

Keenam, apabila pengundi berani menolak apa yang dihulurkan kepada mereka dan menutup pintu rumah masing-masing apabila rombongan BN datang mengunjungi mereka.

Ketujuh, apabila sayap-sayap parti seperti Pemuda, Wanita dan Puteri tiada kelihatan seperti di dalam pilihan raya yang lain. Apatah lagi mereka lebih banyak berkempen untuk pemilihan dari pilihan raya ini. Ianya berlaku di lobby-lobby hotel besar seperti Hotel Felda dan Primula tempat penginapan VVIP.

Kelapan, apabila pihak lawan(PAS) masih tidak berganjak dengan sokongan padu dari seluruh jentera pilihan raya mereka yang berterusan memberi sokongan walaupun tinggal di rumah-rumah atau bangunan-bangunan yang tidak selesa. Tua muda beganding bahu tanpa upah sesenpun menaikkan sepanduk dan bendera serta markaz mereka. Penggiliran bertugas yang mereka jadualkan menyebabkan petugas sentiasa ada dan ramai. Mereka pula bergaul secara langsung dengan orang tempatan siang malam pagi petang.

Itu diantara beberapa “petunjuk”   yang saya temui berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mengamati perjalanan pilihan raya. Apapun masih ada 3 hari lagi untuk BN mengejar dan PAS memecut ke garisan penamat. Kelekaan akan membawa padah.

Suatu peringatan penting kepada petugas PAS. Bas jangan dikejar kerana hantu akan masuk ke kubu semasa acara kejar mengejar berlangsung untuk membeli pengundi.

Itulah pengajaran penting di PRK Pengkalan Pasir,  Kelantan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: