Posted by: manjanik | Mac 12, 2010

Ibrahim Ali sedang menjilat ludah2nya…biarkannn biarkannn

Ibrahim pernah jadi pengarah syarikat Vincent Tan

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutaan Cina, Tan Sri Vincent Tan.

Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vincent Tan, yang digelarnya ‘tauke’ dan “mendominasi” ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial.

Bagaimanapun, tersebar laporan di internet yang menunjukkan hubungan Ibrahim dengan syarikat Dunham-Bush Malaysia, yang pernah dimiliki Tan.

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dalam lamanwebnya Malaysia-Today, salinan laporan tahunan 2003 syarikat berkenaan yang menunjukkan Ibrahim adalah salah seorang anggota lembaga pengarahnya.

Ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, Ibrahim berkata tidak ada salahnya urusan perniagaannya dengan Tan kerana ia tidak menolak hakikat bahawa tokoh-tokoh besar perniagaan Cina mendominasi bidang ekonomi.

Sebaliknya, kata Ibrahim, beliau bercakap mengenai ekonomi makro dan isu-isu dalam gambaran lebih besar.

Beliau bertanya apakah masalahnya jika beliau berurusan perniagaan dengan ramai rakan-rakan Cina dan mempunyai rakan kongsi Cina.

Sumber : Malaysiakini.com

Advertisement

Respon

  1. Subhanallah! Brahim lagi! lagi lagi Brahim.
    Anak lelaki Tok Pengawa Ali yang berasal daripada Pasir Pekan ini memang tersohor, walaupun tidak mempunyai wajah tampan. Dengan gigi tersengi kemasyhurannya tidak pernah terhenti di titik noktah tertentu. Bila semua orang merasakan riwayat politiknya akan berakhir, maka beliau akan hidup gagah kembali.
    Falasafah politik beliau amat mudah, lompat dan mengambil kesempatan atas kebodohan orang lain. Politik katak yang beliau asaskan telah menjadi ikutan katak-katak politik semasa.
    Bermula dengan parti Pas, kemudian BERJASA, kemudian UMNO, kemudian Semangat 46, kemudian UMNO, kemudian bebas, kemudian bebas PAS, dan sekarang bebas UMNO. Lompatan yang dibuatnya bukan lompatan katak biasa, bahkan lompatan katak puru emas.
    Bagi seorang yang dangkal perkiraan politik, Brahim katak ini dianggap bodoh dan tidak boleh diguna pakai. Namun sejarah membuktikan sebaliknya, parti PAS telah ditipu berkali-kali dan kemungkinan untuk ditipu kembali oleh si Katak ini adalah cerah. Semasa S46 PAS secara terang digoreng oleh Brahim, setelah puas Pas digoreng beliau kembali kepada UMNO. Semasa dlm UMNO beliau merupakan seorang pejuang yang taksub, bahkan beliau tanpa hati perut memangsakan ahli PAS, seperti org PAS sebahagian PATI dari Israel. Guru-guru dan kakitangan kerajaan diperlakukan seolah-olah seorang abdi zaman jahiliyyah. Bukan sahaja mereka ditekan secara fizikal, bahkan jiwa mereka ditekan sewenang-wenangnya. Sejarah ini hanya dapat dinafikan oleh mereka yang tak bermata dan tuli telinganya.
    Bukan sahaja Brahim Katak memiliki kuasa untuk memberi tekanan kepada org yg tidak sehaluan dgnnya, bahkan beliau memiliki mulut yang mengecewakan hati seorang mukmin. “Panas sangat ke api neraka, kita ambil buat goreng keropok”. “Tok Guru sekejap-sekejap munajat, buat tuhan tak ada kerja lain”.
    Namun apabila UMNO menendang keluar Brahim Katak yang suka membuat onar. Tiba-tiba PAS pula menyambutnya dgn permaidani merah.
    Apabila sekali lagi Brahim Katak buat onar, pimpinan Pasir Mas sekali lagi mencari dalih dan menyerang Brahim. Sepatutnya mereka mengambil tanggungjawab kepada penyakit ini.
    Politik semasa membuktikan bahawa Brahim Katak akan memporak perandakan politik Mustafa dan Awang adek atau lebih tepat UMNO kelantan.

  2. Salam,manusia gelap oleh duit,pangkat,gelaran,nama,dipuja.
    hanya mati mengakhiri sejarahnya.
    manusia tetap manusia,tetapi hairan..buruk tapi dipandang baik..
    mungkinkah ini bangsa Melayu???atau perwatakan peri laku diri sendiri??
    fikir2kan lah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: