Posted by: manjanik | Mac 4, 2010

Royalti Minyak Kelantan: Khazanah Petroleum Kelantan (Bhg ii)

Sebagaimana dengan isu di JDA, aspek Perundangan dan Perlembagaan Persekutuan adalah amat jelas dan mengikut pemahaman Pakar-Pakar Perundangan, tuntutan adalah menyebelahi Kerajaan Kelantan.

Ini adalah kerana jarak pengeluaran tidak menjadi faktor penentu kepada pembayaran Royalti kerana pada ketika ini, Kerajaan Negeri Terengganu (sebelum tahun 1999), Sabah dan Sarawak terus menerima pembayaran Royalti walaupun jarak kawasan pengeluarannya lebih jauh dari kawasan Tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan.

Kawasan Operasi Gas Asli di kawasan PM303, iaitu di Lawit dan Jerneh berkemungkinan berada didalam Perairan Negreri Kelantan tetapi Royalti dari hasil pengeluarannya dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Penjualan hasil Gas Asli dari Jerneh iaitu kawsan pengeluaran terbesar di Malay Basin bermula pada tahun 1992 manakala pengeluaran di Lawit pula telah bermula pada tahun 1997 dan ia berupaya menghasilkan pengeluaran sebanyak 450 juta kaki padu gas dalam masa sehari.

Ke 2-2 kawasan ini dikendalikan oleh ESSO Production Malaysia Inc.

Kawasan Perairan disekitar JDA dituntut oleh erajaan Malaysia berdasarkan kepada Sempadan Wilayah dibawah naungan Negeri Kelantan sementara Perlembagaan Persekutuan sendiri menjamin Wilayah milik Kelantan adalah Hak Milik Kerajaan Negeri Kelantan.

Kerajaan Kelantan telah menyerahkan Hak Meneroka Perairan kepada Petronas dengan persetujuan pulangan dalam bentuk tunai sepertimana yang dimeterai dalam Perjanjian pada 9hb. Mei, 1975 diantara Menteri Besar Kelantan (pada masa itu) Dato’ Haji Mohamed bin Nasir dengan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) yang diwakili oleh Penegrusinya (pada masa itu) YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Perjanjian tersebut adalah bersesuaian dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memberi Hak Ekslusif – mencari, mengeksploitasi, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai (on-shore) atau di luar pantai (off-shore) Malaysia kepada Petronas.

Salah 1 butiran dalam Perjanjian itu seperti yang tercatat dalam Seksyen 1 (rujuk Perjanjian 1974/1975).

(1) - Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati di Kelantan.

“Dalam Perjanjian tersebut, kita tidak panggil “Wang Royalti”, yang sebenarnya wang tersebut dipanggil “Bayaran Tunai” (cash payment) sementara “Wang Ehsan” pula tiada dalam Perjanjian yang saya buat dulu. saya yang buat Akta Petroleum Negara 1974, tidak terlintas untuk menyebut mengenai “Wang Ehsan” kerana “Wang Ehsan” hanya diberi kepada orang yang minta sedekah (Tengku Razaleigh Hamzah – Sinar Harian, 1hb. Disember, 2010)

Keengganan Kerajaan Pusat memberi Royalti kepada Kerajaan Kelantan bukan sahaja melanggar Akta Pembangunan Petroleum 1974, malah lebih bear dari itu dan ianya memberi kesan permasalahan melampaui Negeri Kelantan.

Dengan menidakkan Perjanjian antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas, bermakna Kerajaan Pusat juga menidakkan Perjanjian sama yang ditandatangani oleh Negeri-Negeri lain sekaligus menafikan Hak Negeri-Negeri lain keatas perkara tersebut.

Selain itu, Kerajaan Pusat akan dipersoalkan kerana dilihat sebagai cuba untuk menafikan kewajipan Petronas untuk membayar sebanyak 5% dari hasil galian kepada mana-mana Negeri Pengeluar Minyak seperti yang termaktub dalam kontrak Perjanjian.

Petronas pada hakikatnya terikat dengan kontrak tersebut dan wajib membayar sejumlah 5% dari jumlah hasil galian secara terus kepada Negeri-Negeri yang terbabit. tindakan menyekat kewajipan Petronas oleh Kerajaan Pusat menimbulkan persoalan dan boleh memberi implikasi yang lebih besar kepada Negeri-Negeri Pengeluar Minyak dan Gas khususnya Sabah dan Sarawak.

Keadaan Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah serupa kerana Negeri-Negeri ini telah menandatangani Perjanjian yang sama dengan Petronas. jika Kelantan tidak diberi Hak Royalti, adakah ke 2-2 Negeri di Borneo itu juga bakal menerima nasib yang sama?

Jangan juga kita lupa bahawa Negeri Terengganu telahpun mengalami nasib malang ditarik balik Hak yang selama ini dinikmati hanya kerana Kerajaan Negeri Terengganu bertukar pada tahun 1999!

Tengku Razaleigh Hamzah turut menyelar sikap Kerajaan Persekutuan yang dilihat cuba campurtangan terhadap Perjanjian yang telah dibuat antara Negeri-Negeri Pengeluar Minyak dan Gas dengan Petronas. tindakan campurtangan hanya akan menyebabkan rakyat meragui intergriti dan keikhlasan Kerajaan dalam menghormati kesucian kontrak dan Undang-Undang.

“Saya harus menegaskan bahawa Petronas terikat oleh mereka dan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak boleh campurtangan dalam pemenuhan mereka. jangan bercakap tentang pelaburan untuk memacu ekonomi kita ke tahap yang lebih tinggi jika kita gagal untuk memahami pentingnya mematuhi kewajipan kontrak”.

[bersambung bahagian iii]

Sumber: http://perisik-rakyat.com


Respon

  1. sebetulnya raayat telah letih dengan perangai umno.
    Tapi yang pelitnya PR kurang bijak. kalau dia bijak dah lama selesai kes ini, PR banyak cakap tindakan lambat.
    buat macam batu putih, biar semuanya putih mata. bawa saja kemahkamah dunia. tentu thailand yang dapat. sebab thailand. kita Pr patut bincang dengan THailand dahulu.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: