Posted by: manjanik | Mac 1, 2010

Fahamilah Kenapa Kelantan menuntut royalti.

Royalti Minyak Kelantan: Khazanah Petroleum Kelantan (bhg i)

Joint Development Area (JDA) terletak dalam kawsan seluas lebih kurang 7,250 kilometer persegi dan ianya terbahagi kepada 3 blok dan ke 3-3 blok berkenaan berada didalam kawasan perairan bertindih yang melibatkan tuntutan diantara Malaysia – Thailand.

Jarak kawasan (JDA) dari daratan ialah 260 kilometer dari Songkhla, 280 kilometer dari Pattani, 310 kilometer dari Kerteh dan hanya 150 kilometer sahaja dari Kota Bharu. jauh lebih hampir dari Songkhla, Pattani atau Kerteh.

Pengeluaran semasa gas di kawasan ini dianggarkan berjumlah 790 juta kaki padu sehari atau 248 trillion kaki padu setahun dengan nilai lebih dari RM4 billion setahun manakala pengeluaran minyak pula ialah sebanyak 23,000 tong sehari.

Tuntutan Royalti Gas dan Petroleum melibatkan eksplorasi yang berada didalam perairan Negeri Kelantan.

2 daripada kawasan ini sudah pun memulakan pengeluaran Petroleum dan Gas asli bermula dari tahun 2003 dan tahun 2005 tetapi berada didalam kawasan pertindihan. 1 kawasan lagi berada di tepi pantai Kelantan tetapi dijangka hanya akan memulakan pengeluaran pada tahun 2011 dan tahun 2012.

Selain daripada itu, terdapat juga lokasi yang berada dalam kawasan persempadanan perairan Negeri Kelantan dan Terengganu, telah memulakan pengeluaran dan Royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Kawasan-Kawsan Yang Dimaksudkan:

(i) – Kawasan Joint Development Area (JDA) Malaysia – Thailand:

(a) – Blok A18 (9 zon) iaitu Pelantar Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudera, Wira dan Samudera North.

(b) – Blok A17 (9 zon) iaitu Pelantar Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.

(c) – B17-01 (3 zon) iaitu Pelantar Tanjung, Jinda dan Andalas.

(ii) – Blok PM3 Atau Commercial Arrengement Area.

Kerja-kerja pengeluaran telah bermula pada tahun 1997 bagi Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan telah mencapai kemuncaknya pada tahun 2004. ini melibatkan kerja-kerja di Pelantar Bunga Kekwa West, Bunga Kekwa – Cai Nuoc East, Bunga Raya East, Bunga Raya West, Bunga Raya North West dan Bunga Seroja.

Kapasiti pengeluaran ialah sebanyak 60,000 tong minyak sehari dan 270 mm cfpd gas. gas yang diperolehi oleh Petronas dari kawasan ini dihantar melalui paip (pipeline) 24 inci sejauh 170 kilometer ke Pelantar Resak yang terletak di perairan Terengganu.

Petronas dan Kerajaan Pusat telah cuba untuk menafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan dengan menimbulkan isu bahawa kawsan PM3 berada dilokasi bertindih antara Malaysia dan Vietnam dan juga PM3 berada di Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (Malaysian Exclusive Economy Zone).

Sebagaimana dengan isu di zon JDA, aspek Perundangan dan Perlembagaan Persekutuan adalah jelas dan menyebelahi Tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan. jarak kawasan pengeluaran atau carigali tidak menjadi penentu atau syarat pembayaran Royalti kerana sebelum ini, Kerajaan Negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak juga terus menikmati pembayaran Royalti dari Petronas meskipun jarak pengeluaran atau carigali Minyak dan Gas 3 negeri tersebut lebih jauh dari kawasan tuntutan Kerajaan Kelantan.

NOTA: Pembayaran Royalti sebanyak 5% hasil pengeluaran dan carigali di perairan Terengganu kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah dihentikan serta-merta sebaik sahaja Parti PAS mengambil-alih Kerajaan Negeri Terengganu pada Pilihanraya Umum tahun 1999 dan telah digantikan dengan pembayaran “Wang Ehsan” dan terus menjadi isu sehingga sekarang.

(iii) – Blok PM301 dan PM302.

Blok PM301 adalah bersempadanan dengan pantai Kelantan dan Blok PM302 pula bersempadanan dengan Blok PM301. menurut Petronas, pengeluaran gas di kawasan-kawasan PM301 dan PM302 akan bermula pada tahun 2011 atau 2012.

Operasi di ke 2-2 Blok ini (PM301 dan PM302) telah diserahkan kepada CS Mutiara Petroleum Sdn.Bhd. ini adalah sebuah Syarikat Usahasama (50-50) antara Petronas Carigali dengan Shell Exploration and Production Malaysia BV.

Setakat ini, terdapat sejumlah 8 kawasan yang telah disahkan mempunyai stok gas asli.

Pada 3hb. April, 2006, CS Mutiara telah mengumumkan bahawa kerja-kerja penggerudian (explorasi) lautan sedalam 67 meter telahpun bermula pada 18hb. Februari, 2006 dan sejumlah telaga telah ditemui.

Penemuan gas di Blok PM301 adalah di zon Bunga Kamelia, Bunga Zetung, Bunga Anggerik, Bunga Kesumba, Bumi South dan Bunga Melati sementara penemuan gas di Blok PM302 pula ialah di zon Bunga Dahlia dan Bunga teratai.

(iv) – Kawasan Ular, Gajah dan Bergading di PM302 serta Lawit dan Jerneh dalam Blok PM303.

Kawasan Ular dan Gajah Bergading terletak bersempadan diantara JDA Blok A18 dengan Blok PM301.

Sumber Petronas memanggil kawasan ini sebagai Blok PM302. bagaimanapun, masih tidak jelas samada ianya diusahakan oleh operator dari kawasan JDA atau oleh CS Mutiara kerana didalam data, tercatat bahawa Ular, Gajah Bergading tercatat Malaysia – Thailand Joint Authority.

Tetapi jika dilihat pada peta Seismis, ianya menunjukkan bahawa kawasan Gajah Bergading dan Ular terletak dalam perairan JDA dan ianya juga tidak berada dalam perairan tuntutan bertindih (perairan Kelantan).

Sementara itu, kawasan Jerneh dan Lawit yang dipercayai berada dalam perairan Negeri Kelantan juga cuba dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan menimbulkan isu bahawa PM303 berada didalam kawasan bertindih antara Malaysia – Vietnam (Contagious Zone sehingga 44 kilometer dari daratan) sementara PM302 pula berada dalam Zon Ekonomi Ekslusif Malaysia (sehingga 370 kilometer dari daratan).

Sumber : http://perisik-rakyat.com

Advertisement

Seorang anggota exco kerajaan Kelantan melahirkan rasa kecewanya dengan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi kerana membelakangkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata apa yang berlaku di majlis pelepasan itu di hadapan Istana Balai Besar pagi tadi adalah sesuatu memalukan.

“Ia tidak menghormati tok guru selaku menteri besar dan tuan rumah yang sepatutnya melakukan pelepasan itu,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia itu memulakan peringkat pertama dari Kota Bharu ke Kuala Berang sejauh 174.5km.

Mengulas perkara itu, Abdul Fatah berkata nama Nik Aziz, selaku tetamu kehormat untuk melepaskan peserta, dimaklumkan kepada beliau pada malam tadi.

“Sepatutnya saya dimaklumkan terlebih dahulu jika ada perubahan tetapi ini tidak dan keadaan ini sangat memalukan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mengutus surat kepada pihak penganjur terhadap insiden itu.

LTdL kali ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.

Perlumbaan melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9 kilometer untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650.

Sumber : Bernama

Posted by: manjanik | Februari 28, 2010

ROYALTI MINYAK KELANTAN: Bentang di Dun kemudian ke Mahkamah

Satu usul berhubung isu tuntutan royalti minyak mungkin dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok bagi membawa isu tuntutan itu ke mahkamah, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa.

“Saya tidak tahu apa yang akan Adun bincangkan esok. Mungkin mereka akan membawa satu usul mengenai itu. Ini akan menguatkan lagi langkah kerajaan negeri untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana ia mendapat mandat daripada DUN negeri,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Bharu, hari ini.

Hari ini, kerajaan negeri menjemput semua Adun termasuk dari Barisan Nasional (BN) untuk mendengar taklimat berhubung royalti minyak Kelantan yang diberikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, dan bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, Nik Saghir Mohd Noor.

Husam yang juga Exco Kanan kerajaan Negeri Kelantan, berharap semua Adun itu mendapat penjelasan lebih nyata dan membincangkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan pada sidang dewan esok.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu mendapatkan sokongan daripada DUN kerana sewaktu perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 1975, perkara itu dibawa di dalam sidang DUN untuk dipersetujui bahawa lima peratus hasil keuntungan minyak di Kelantan diberikan kepada negeri dan lima peratus lagi diberikan kepada Kerajaan Pusat.

petronas petrol oil facility in terengganu kerteh 141108 01Kerajaan Kelantan bertegas mahukan Kerajaan Pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri itu tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan Pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ihsan kepada penduduk Kelantan, yang juga adalah bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.

Perkara itu seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

Husam berkata, kedua-dua tokoh itu dijemput untuk memberikan taklimat kerana mereka adalah antara tokoh terbabit dalam perjanjian Akta Petroleum 1975.

Mengulas kesediaan kerajaan negeri menyertai Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, Husam berkata:

“Kita tidak terima. Jawatankuasa itu adalah jawatankuasa haram.”

Sumber : Bernama

Posted by: manjanik | Februari 24, 2010

Jawapan Husam kepada iklan penafian royalti

Royalti minyak RM2 bilion, bukan RM20 juta

KOTA BHARU, 23 Feb: Kelantan hari ini memperbetulkan kenyataan yang dibuat kerajaan Pusat di mana tunggakan royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM2 bilion dan bukannya RM20 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, bayaran semasa pula kerajaan negeri patut menerima sebanyak RM600 juta mengikut hasil pengeluaran 2008.

“Royalti sebanyak RM20 juta hanya diperolehi dari telaga Bumi Selatan yang dikeluarkan sejak 2008.

“Yang kita tuntut tunggakan sahaja tidak kurang daripada RM2 bilion dan bayaran semasa tidak kurang RM600 juta.

”Kita berharap kerajaan Malaysia dapat memperbetulkan semula pendirian mereka secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahad lalu, akhbar harian berbahasa Melayu menyiarkan iklan penjelasan isu tuntutan hasil petroleum yang ditaja Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, iklan terbabit begitu menggelirukan antaranya perkara yang dirujuk tidak ada kena mengena dengan akta atau undang-undang berkaitan petroleum.

Dalam senarai jawapan yang diedarkan kepada wartawan terdapat lapan perkara bagi menjelaskan mengenai tuntutan royalti.

Antaranya, mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kesemua 13 perjanjian dan 13 geran penyerahan hak menggunakan istilah bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan.

Perkataan yang popular digunakan semua pihak ialah royalti.

Selain itu, semua negeri di Malaysia ditadbir urus mengenai petroleum di bawah akta yang sama termasuk Sabah atau Sarawak.

“Perjanjian tersebut menyebut bahawasanya kerajaan dan Petronas adalah ingin hendak membuat sesuatu perjanjian menurut Seksyen 4 Akta PDA ia tak merujuk kepada Akta Ordinan Darurat 1969 yang telah dimansuhkan,” ujarnya.

Kata Husam, adalah amat memalukan kerajaan menggunakan akta yang telah dimansuhkan.

Seksyen 4 Akta tersebut menjelaskan sebagai balasan bagi penggunaan dan hak-hak kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakkan hak kepadanya (Petronas).

Mengikut akta itu, Petronas hendaklah membuat  bayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui pihak-pihak berkenaan kepada kerajaan Persekutuan lima peratus kepada kerajaan mana-mana negeri yang berkenaan.

“Jadi akta ini dengan jelasnya menunjukkan pembayaran dibuat oleh Petronas kepada negeri dan bukan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan atau Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri,” katanya.

Beliau juga berkata, perjanjian yang dilaksanakan di antara negeri-negeri dengan Petronas pada 1975/1976 menjelaskan hak negeri di daratan (onshore) dan luar pantai (offshore).

Oleh itu, katanya, tiada dinyatakan sama ada dalam PDA 1974 dan perjanjian di antara negeri, di mana setiap negeri menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantai.

Sumber : Harakahdaily.

Posted by: manjanik | Februari 23, 2010

Royalti minyak: BN diminta henti tipu rakyat

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad dianggap kini terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak.

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim (kiri) berkata Mustapa seolah-olah tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh cuba mempertahankan dasar kerajaan pusat itu.

“Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5 peratus.

“Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara Petronas dan Kelantan (dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah,” katanya dalam blognya.

Bagi Zaid apa yang dikatakan wang ehsan itu pula, adalah sesuatu yang lain kerana ehsan bererti pemberian atas sebab kasihan atau sebab politik.

“Kedua, Mustapa (kanan) kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama”.

Beliau juga mempersoalkan jika perjanjian berkenaan tidak sah mengapa Terengganu dibayar semasa BN memerintah selama 19 tahun.

“Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah tiga batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa?” soal bekas menteri di jabatan perdana menteri yang satu ketika dahulu diamanahkan menjaga hal berkaitan undang-undang.

Menurut Zaid, Mustapa berhujah menggunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi.

Katanya, yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia.

“Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.”

Menurut Zaid, hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tidak kurang dari 12 batu dari pantai dan sekiranya batasan itu diguna-pakai, maka tiada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak.

Tambahnya, sebahagian besar hasil minyak yang ada sekarang ini terletak dalam kawasan EEZ.

“Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Zaid kemudiannya menghuraikan sejarah Amerika dan memberikan contoh hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat.

Bagi beliau, perkara yang sama harus digunakan bagi menentukan hak negeri di Malaysia.

“Adalah salah bagi Umno memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak.

“Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meliputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?” katanya lagi.

Bagi Zaid, Umno cuma mencari helah untuk tidak mahu membayar pampasan kepada negeri Kelantan.

Katanya, jika BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tetapi ia tidak semestinya dibayar terus.

Zaid seterusnya meminta Mustapa merenung seketika isu berkenaan dan menghentikan penipuan mereka menerusi iklan di media arus perdana untuk mengaburi mata rakyat.

Zaid berkata lagi dia dukacita dengan perkembangan itu dan menganggap Mustapa sebagai antara tiga atau empat menteri yang dihormatinya ketika dalam kabinet. Ini kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka.

Namun dalam hal ini, Zaid meminta Mustapa supaya tidak lagi meneruskan penipuan ke atas rakyat.

Mustapa yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, pada 26 Januari lalu mengumumkan kerajaan pusat bersetuju memberikan wang ehsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan pada Mac ini.

Namun jumlah itu dipertikaikan oleh kerajaan negeri manakala cara penyaluran tidak secara langsung juga dibantah.

Sumber : Malaysiakini.com

Posted by: manjanik | Februari 23, 2010

UMNO Tanah Merah Masih Huru Hara

Perintah mahkamah tidak libatkan dua jawatan penting

TANAH MERAH – Perintah injunksi yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kota Bharu baru-baru ini tidak melibatkan status jawatan Ketua dan Timbalan UMNO Bahagian Tanah Merah.

Setiausaha UMNO Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail berkata, perintah mahkamah yang diperoleh ahli UMNO Cawangan Simpang 3 Sri Mahligai, Amran Ab. Rahman tidak melibatkan status jawatan yang disandang kedua-duanya pemimpin bahagian itu.

“Perintah tersebut hanya membabitkan harta dan akaun UMNO Bahagian Tanah Merah sahaja.

“Ini bermakna, jawatan Ketua dan Timbalan UMNO Bahagian masih kekal disandang Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Baharudin Yusof,” katanya.

Menurutnya, perkara tersebut juga telah dimaklumkan kepada peguam UMNO Malaysia, Datuk Hafarizam Harun untuk diteliti dan diambil tindakan susulan yang sesuai.

“Sebagai wakil UMNO Bahagian Tanah Merah, saya mengharapkan agar ahli parti bertenang dalam menghadapi situasi ini manakala aktiviti parti akan dijalankan seperti biasa.

“UMNO Bahagian Tanah Merah amat kesal dan kecewa kerana masih ada segelintir ahli parti tidak menggunakan saluran parti yang betul dalam menguruskan hal berkenaan,” katanya.

Ahmad berkata, perkara tersebut jelas bercanggah dengan hasrat dan hala tuju Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Ab Razak yang begitu bersungguh memantapkan parti serta berjuang untuk kebaikan rakyat dan membawa negara ke arah kecemerlangan.

“Sesungguhnya semua ahli parti mesti akur mematuhi aspirasi parti itu,” katanya.

Menurutnya, semasa pemilihan parti pada tahun 2008, Ikmal Hisham telah menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah dengan mendapat pencalonan 92 cawangan daripada 108 cawangan.

“Jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pula dimenangi Baharudin Yusof dengan menewaskan Datuk Ir Shaari Hassan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Posted by: manjanik | Februari 22, 2010

Stopa Mamat – Dasar Pembohong!!!!!!!!

Datuk Seri Mustapa Mohamed meluahkan rasa sedih apabila ada tanggapan mengatakan bahawa beliau mengkhianati rakyat Kelantan kerana tidak memihak kepada kerajaan negeri berkaitan isu royalti minyak.

Nilailah sendiri apa yang Stopa Mamat nafikan itu. Dulu lagi dok khianat rakyat Kelantan. Mana kilang proton di Jeli. Mana kilang asam gelugor yang beliau janjikan pada PRU11 kepada rakyat Jeli?

Posted by: manjanik | Februari 20, 2010

Royalti Minyak: Tok Pa,Awe Adek dan Umno belum faham!

Semasa saya dalam Kabinet dulu, Mustapa Mohamad adalah antara tiga atau empat orang Menteri yang saya hormati kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka.

Lagi pun semasa saya menjadi timbalan beliau dalam Badan Perhubungan UMNO Kelantan dulu, saya tahu secara lebih dekat sikap dan sifatnya. Jadi saya amat duka cita melihat beliau yang sudah begitu terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak.

Seolah-olah dia tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh benar mempertahankan dasar Kerajaan Pusat dalam hal ini.

Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5%. Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara PETRONAS dan Kelantan( dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”.

Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah. Yang dikatakn wang ehsan itu pula, ia sesuatu yang lain kerana ehsan bererti kita beri atas sebab kasihan atau sebab politik.

Kedua, Mustapa kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama.

Mengapa Terengganu dibayar semasa Barisan Nasional memerintah selama 19 tahun? Itu juga hasil perjanjian yang sama. Tok Pa kena jawab kepada rakyat soalan ini. Jangan buta-tuli ikut skrip saja.

Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah 3 batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa? Dia gunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi.

Yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia, iaitu 12 batu.

Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.

Hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tak kurang dari 12 batu dari pantai. Kalaulah ini batasan kepada hak negeri, maka tak ada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak.

Sebahagian besar hasil yang ada sekarang ada dalam EEZ. Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ itu tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Misalnya, hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat. Samalah juga dengan kita di Malaysia.

Adalah salah bagi UMNO memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak. Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meiputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?

Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia telah pun dengan ikhlas dan penuh kepercayaan kapada Tun Razak menyerahkan hak mereka, sama ada dalam kawasan perairan atau dalam EEZ kepada PETRONAS dalam tahun 1975 melalui “The Vesting Deed”. Sebagai balasan, PETRONAS bersetuju membayar wang tunai 2 kali setahun 5% dari hasil tersebut.

Pokoknya apa yang dipersetujui ialah, bagi setiap hasil bernilai RM100 yang PETRONAS dapat, maka RM5 perlu dibayar kepada negeri yang terlibat. Tak kiralah hasil itu datang dari telaga minyak 20 batu atau 200 batu dari persisiran pantai. Perjanjian 1975 itu tidak menyebut jarak kawasan.

Itulah niat dan tujuan masa itu. Konsep seperti EEZ atau jarak kawasan perairan belum pun timbul pad masa itu kerana undang-undang antarabangsa hanya mula dipersetujui pada tahun 1982. Sebab itu perjanjian ringkas tahun 1975 menggunakan perkataan “offshore” atau persisiran pantai.

Makna dan niatnya ialah apa-apa yang PETRONAS dapat, ia kena bagi 5% kepada negeri. Tak disebut EEZ, tak sebut berapa batu, tak sebut kawasan perairan dan sebagai.

Maka kerana itulah negeriu-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan penuh ikhlas telah “surrender” atau menyerah hak mereka segala-galanya kepada PETRONAS. Mereka yakin Kerajaan Pusat akan bertindak adil dan saksama dengan penuh jujur dan suci hati.

Hari ini sudah jadi lain cerita. UMNO mencari helah itu dan ini untuk tidak mahu bayar kepada negeri Kelantan. Kalaulah BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tapi itu tak semestinya dibayar terus. Kita sudah tahu permainan politik ini. Politik macam inilah yang mengecewakan rakyat.

Saya harap Tok Pa renung seketika persoalan isu bayaran minyak ini. Usahlah mempertahankan penipuan ini. Pertahankan prinsip kerana kebenaran. Kalau Menteri lain tak mahu faham saya harap Pa boleh faham. Semua iklan untok cuba meyakinkan rakyat sebaliknya dalam hal ini akan gagal. Rakyat sudah faham , UMNO belum.

Datuk Zaid Ibrahim.

http://myzaidibrahim.wordpress.com

Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam….. Hmmm Macamana ni Stopa. Perarakan tiada dalam Islam ni. Mu kata ada….

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah(Tok Guru Nik Abdul Aziz kata Kelantan lama dah buat ceramah Maulud Nabi dan bukan sekadar pada bulan Maulud sahaha) di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

“Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah,” kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

“Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum(????) tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.(Ni bermakna kalau hukum kata tak boleh,,, kamu akan buat jugak kalu orang ramai selesa)

“Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan,” katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

“(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan,” tambahnya.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

“Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam” katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.

Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

“Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan,” katanya lagi.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran

“Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain,” katanya.

Sumber : Malaysiakini.com.

MANJANIK : Kita nak tau Stopa Mamat ni nak kata apa dalam hal nie. Nak marah ke tak. Tak puashati ke tak?. Kalau Tok Guru larang atau tak mahu buat, sedap-sedap je komen dan kritik. Sekarang negeri yang di perintah oleh BN sendiri tak buat perarakan. Macamana? Baru kena atas kepala sendiri.


Posted by: manjanik | Februari 18, 2010

Presiden PAS terjun laut??

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang memancing pada petang Ahad lalu di Pantai Rusila, Marang bersama dua orang anaknya apabila beliau mendengar jeritan meminta tolong.

Tok Guru Haji Hadi dan mangsa lemas berehat keletihan.... Alhamdulillah bukan sahaja Tok Guru bertugas untuk selamatkan aqidah ummah tewtapi juga jiwa mereka.

Lantas, beliau bersama anaknya berusia 20-an itu, terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang lelaki yang nyaris lemas ketika mandi di pantai berkenaan.

Ini diceritakan oleh Herman Shamsudeen, timbalan ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, yang juga menulis mengenai perlakuan ‘hero’ Hadi di blognya.

Selain sedikit butiran umum mengenai kejadian tersebut, Herman turut memuatkan dua keping gambar yang dirakam oleh seorang individu pada masa itu.

“Saya dapat gambar ini melalui seseorang melalui Facebook. Itu memang gambar (Hadi), susah sikit untuk dikenali sebab dia tidak memakai serban,” kata Herman ketika dihubungi.

Salah sebuah foto berkenaan (kiri) menunjukkan Hadi – berbaju kemeja-T, berkain pelikat sambil duduk berlunjur di atas pasir pantai.

Di sebelah Hadi itu pula duduk seorang lagi lelaki yang dikatakan sebagai mangsa kejadian tersebut.

Herman bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang menghantar gambar berkenaan kepadanya.

Menurut Herman lagi, Hadi, 63, ternyata masih gagah dan mampu bertindak pantas semasa menyelamatkan mangsa tersebut.

“Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya.

“Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa,” kata Herman dalam tulisannya.

Dalam catatan tambahan dalam tulisan tersebut, beliau juga memohon maaf kerana menyiarkan dua keping foto tersebut.

“Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia.

“Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau,” katanya.

Sumber: Malaysiakini.com

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori