Posted by: manjanik | Disember 7, 2009

Apa beza Fadil/Fatine dengan Umno?

Saya masih Islam – Fadil

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my


PERKAHWINAN Mohamed Fazdil dengan seorang lelaki rakyat Britain, Ian Young pada Mei lalu mengundang kontroversi.
– Gambar daripada Facebook.


KERATAN Kosmo! 5 Disember.



KUALA LUMPUR – Mohammed Fazdil Min Bahari atau Fatine, 36, dalam laman sembang, Facebook mengakui dirinya masih berpegang kepada ajaran Islam dan berterusan melaksanakan tuntutan agama meskipun sudah berada di United Kingdom (UK) sejak awal tahun lalu.

Fatine atau atau nama panggilan mesra keluarga, Fadil, menjawab komen seorang kenalannya dengan berkata: “Sejahil-jahil saya, insya-Allah datang UK ni, saya solat, puasa tak pernah tinggal, pasal hal keseksualan saya, biarlah Allah yang tentukan.”

Baru-baru ini, keluarga jurusolek terkenal kelahiran Malaysia yang kini tinggal di Derby, UK itu meluahkan rasa bimbang mereka kemungkinan Fadil bertukar kepada agama yang lain setelah berkahwin jantina sejenis dengan seorang lelaki Britain, Ian Young, 30.

Pada masa sama, keluarganya berharap Fatine yang kini terperangkap dalam masalah visa pelawat yang tidak dilanjut tempoh, tidak berasa tertekan.

Di ruangan itu juga, jurusolek itu menerangkan, perkahwinannya berlangsung secara sivil dengan menandatangani satu perjanjian yang mengesahkan hubungan pasangan tersebut di UK.

“Saya buat perkongsian sivil, tiada kena mengena dengan agama, dia masih dengan agama dia dan saya masih Islam.”

Sumber : Kosmo Online

MANJANIK

Kalau diperhatikan alasan yang dibuat oleh Fadil tentang amalan Islamnya, rasanya lebih kurang dengan apa yang telahpun dihujahkan oleh Umno.

Ertinya, maksiat buat kebajikanpun buat. Apabila Fadil kata beliau masih solat dan masih mengamalkan ajaran Islam akan tetapi dalam masa yang sama ada hubungan sejenis, nikahpun sudahlah tidak boleh dilakukan bahkan dibuat secara sivil, jadi apa lagi alasan untuk menepisnya bahawa itu adalah satu perkara yang bercanggah dengan Islam?

Umnopun begitulah juga. Syahadah negara berlafazkan Perlembagaan Lord Reid dan bukannya berlafazkan Al-Quran dan As-Sunnah. Manakala Umno pula tetap mendakwa bahawa Negara ini adalah Islam. Amalan-amalannya pula bercampur gaul antara ajaran Islam dengan bukan Islam. Jadi di mana letak duduk Islamnya Negara ini?

Mungkin Fadil memberi alasan tersebut keran beliau belajar dengan Umno. Lebih baik Fadil merujuk kepada alim ulama dalam menentukan kedudukan dan masalah beliau. Kesianlah Fadil sebagaimana kesiannya Umno yang keliru dengan Islam yang sebenar.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: