Posted by: manjanik | Disember 9, 2009

Tun M sahkan Umno parti Perkauman bukan parti Islam

Nazri disaran letak jawatan

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya meletak jawatan dalam UMNO memandangkan ia adalah sebuah parti perkauman.

Dr. Mahathir berkata, Mohamed Nazri telah mengatakan dirinya menentang perkauman tetapi berada di dalam sebuah parti perkauman iaitu UMNO yang dikhususkan untuk orang Melayu sahaja.

“Jika dia (Nazri) kata saya perkauman, jangan kata dia sendiri tidak perkauman. Dia tahu semuanya dengan baik. Dia berada di dalam sebuah parti perkauman. UMNO adalah parti perkauman. Orang lain tidak boleh masuk.

“Jadi dia adalah ahli parti perkauman. Tapi dia kata dia menentang perkauman. Jadi dia patut letak jawatan,” katanya.

MANJANIK

Sekarang baru sah dan terbukti apa yang PAS telah sebut dan nyatakan dahulu bahawa Umno parti perkauman atau asobiyyah. Masa PAS sebut dahulu, semua kata PAS buat tuduhan. Semua kata Umno juga parti Islam.

Dulu, Mahathir juga kata Umno parti Islam. Sekarang apabila terbukti bahawa Umno parti perkauman maka apakah ianya tidak haram kepada orang-orang Islam. Ini kerana Islam menentang perkauman. Islam adalah Islam. Dan Islam tidak berkompromi dengan perkauman.

Fikir-fikirkanlah…..


Responses

  1. ambo setuju bena boss….

  2. Umno itu parti perkauman satu hal, Tapi yang mendakwa partinya parti Islam kenalah tunjukkan apa yang hebatnya Islam itu.Kalau dikedai runcit orang yang dakwanya ahli sebuah parti Islam 99.9 peratus barangan makanannya bukan buatan orang Islam apa maknanya,Janganlah cuma hebat bertakbir saja sedangkan hal-hal fardu kifayah pun tak selesai.Takkanlah itu pun nak tunggu dapat kuasa juga?Jadi fikir-fikirkanlah…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: