Posted by: manjanik | November 30, 2009

Siapa Dalang Demo Esok?

Esok ada demontrasi di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Katanya NGOs akan buat. Siapa NGOs itu? Katanya dari kalangan puak Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas yang betanding atas tiket PAS. Kenapa beliau nak berdemo? Katanya mahu mendesak Tok Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

ITU lah si Ibrahim Ali. Orang yang ingin didesaknya itu adalah orang yang memberi keizinan kepada beliau bertanding di kerusi PAS atas nama tiket PAS. Orang yang menyuap nasi ke mulut beliau sendiri yang nak digigit jari. Inilah perangai Ibrahim Ali.

Sekarang beliau sedang mengerah di seluruh negeri termasuk ketua-ketua Umno Bahagian juga supaya rakyat keluar  beramai-ramai untuk berdemontrasi. Apakah Ibrahim Ali mahu magerankan Kelantan sekali lagi?

Kita tengok apakah tindakan pihak keselamatan besok. Kita percaya mereka mampu mengawal keadaan. Kalau bola sepakpun boleh takkan demo tak boleh. Jangan risau polis ada.

Kenapa Brahem Ali mahu berdemo? Apakah sebenarnya disebalik gerakkerja beliau ini? Di rasakan ada sesuatu yang cuba dimainkan oleh beliau. Atau beliau sedang “Menawan Hati” Perdana Menteri untuk diterima masuk Umno semula. Kalau jadi… beliau mahu jadikan macam Perak.

Brahim tetap Brahim…


Responses

  1. dasar ibrahim ali sama seperti b, sabak @ abdullah b. ubai

  2. JANGAN LAYAN”MUKA TEMBOK+JENIS MANUSIA TAK KENANG BUDI”….

  3. […] Brahim tetap Brahim… -manjanik […]

  4. kalu umno masuk campur dalam hal ni ambo rasa isu PMBK kita kiv dulu,kita pakat sokong Tok Guru lawan umno.

  5. pak brahim tu memang tu,jenis menesia yang tak kenang jasa.orang suruh letek jawatan tak nak,kalau betul-betul jantanmen cuba letak pastu tanding lain baru tau………..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: