Posted by: manjanik | Februari 23, 2009

Sejarah Buktikan Pemimpin Umno Mulakan Penderhakaan

Politik Melayu moden selepas abad ke-20 telah memperlihatkan beberapa siri penderhakaan terhadap sultan. Di kalangan ahli politik, yang memulakannya ialah Dato Onn (datuk kepada Hishamuddin Hussein), yang kemudiannya menjadi Presiden Umno.

Derhaka pertama berlaku pada 1920 apabila Dato Onn mengkritik Sultan Johor secara terbuka di mana sahaja. Beliau marahkan sultan kerana baginda melelong harta bapanya, Dato Jaafar setelah Menteri Besar Johor itu gagal membayar hutang negeri sehingga kematiannya.

Sultan Ibrahim sangat murka kepada Dato Onn. Penderhakaan ini berterusan sehingga Dato Onn dipecat jawatan dan dibuang negeri ke Singapura pada 1927.

Bukan Dato Onn sahaja yang menderhaka, abangnya, Dato Abdullah Jaafar yang menjadi Menteri Besar Johor turut menderhaka apabila menghina dan memburukkan nama Sultan Ibrahim di luar negeri pada 1927.

Seorang lagi kakak Dato Onn, Che Dara Jaafar yang menjadi isteri Sultan Ibrahim turut menerima nasib malang akibat penderhakaan ini. Dato Abdullah telah dipecat sebagai menteri besar dan dilucutkan gelarannya lalu di buang negeri bersama Che Dara oleh Sultan Johor.

Keluarga Dato Onn terbuang kerana derhakakan sultan, akhirnya Dato Onn menjadi pengarang Warta Malaya di Singapura, sebuah akhbar yan begitu lantang mengkritik dan memberi sembah derhaka kepada Sultan Johor pada 1930.

Selepas kembali ke Johor pada 1936, Dato Onn mendapat semula kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan sehinggalah beliau dilantik memangku tugas Menteri Besar Johor pada Oktober 1946, iaitu beberapa ketika selepas Umno ditubuhkan. Dato Onn ketika itu adalah Presiden Umno yang pertama.

Setelah jawatannya sebagai Menteri Besar Johor disahkan pada September 1947, Dato Onn telah mencadangkan supaya seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Raja-raja Melayu amat murka dengan cadangan Umno ini kerana ia meletakkan seorang Melayu di atas daripada kedudukan Raja-raja Melayu Sendiri.

Raja-raja Melayu mengesyaki jawatan itu hendak diberikan kepada Dato Onn dan ia dianggap satu penderhakaan Umno dan Dato Onn terhadap Raja-raja Melayu. Sultan Kedah, Sultan Badlishah adalah antara yang paling lantang menentang tindakan derhaka Dato Onn.

Umno secara terbuka menghina Sultan Kedah dalam beberapa isu yang berbangkit pada 1948 dan mendakwa Raja-raja Melayu tidak wajar meminggirkan Umno yang mempertahankan Raja-raja Melayu semasa Malayan Union. Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk melantik seorang Melayu sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi.

Kerana gagal dalam mempengaruhi Raja-raja Melayu, Dato Onn sekali lagi melakukan derhaka dengan menuduh Raja-raja Melayu memungkiri janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan. Ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949, Dato Onn menderhakai Raja-raja Melayu dengan menuduh raja-raja lebih mementingkan diri daripada menjaga kepentingan orang Melayu. Beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.

Lebih dahsyat lagi penderhakaan ini apabila Presiden Umno menuduh Sultan Kedah sebagai “kacang lupakan kulit” dan mengugut untuk mengajak ahli Umno menamatkan pemerintahan feudal beraja ini. Akibatnya, Sultan Kedah menyatakan hasrat mengharamkan Umno di negeri itu dan Sultan Johor memaksa Dato Onn meletakan jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada 17 Jun 1949.

Inilah pengalaman derhaka terawal dalam sejarah politik Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Tindakan Umno melantik seorang yang mempunyai rekod derhaka sebagai Presidennya telah membentuk sikap derhaka yang berterusan Umno terhadap Raja-raja Melayu.

Dato Onn semenjak mudanya mempunyai sikap menderhakai rajanya, kemudian dengan kekuatan sokongan ahli-ahli Umno pada 1948, beliau secara terbuka mencabar kuasa Raja-raja Melayu, dan menggunakan platform Umno untuk menghina dan menderhakai Raja-raja Melayu, termasuk membuat ugutan untuk mengajak ahli-ahli Umno menamatkan sahaja sistem beraja di negara ini!

Bukankah derhaka ini bermula dari Rumah Umno?

Oleh: Mohd Fadli Ghani

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: