Posted by: manjanik | Februari 26, 2009

Mudahnya Pemuda Umno Menceroboh Parlimen

Pertengkaran yang berlaku di antara Pemuda Umnno, menyebabkan ahli Parlimen, Segambut Lim Lip Eng ditarik bajunya.

KUALA LUMPUR: Dua ahli Parlimen dan Pemuda Umno selangor bergaduh di bangunan Parlimen petang ini berhubung isu Pengerusi DAP, Karpal Singh mengeluarkan perkataan ‘kasar’ semalam.

Insiden pergaduhan yang berlaku -ada pukul 3 petang tadi bermula apabila 13 ahli yang diketuai oleh Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pekarangan Parlimen.

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan “Pemuda Umno celaka” dan meminta maaf kepada mereka.

Karpal bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan meminta bantuan daripada pihak keselamatan berhampiran kawasan tersebut menolongnya.

Suasana kelam-kabut di kawasan Parlimen itu bertambah kecoh apabila dua ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.

Namun salah seorang daripada Ketua Pemuda terbabit, Zulkarnain menarik baj ahli Parlimen Segambut.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara Parlimen.

Namun, keadaan panas semula apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo keluar dari bangunan Parlimen dan mencabar Pemuda Umno berdepan dengannya.

Cabar- mencabar antara kedua-dua pihak kemudian dileraikan pihak berkuasa.

Keadaan tersebut berlarutan hingga 20 minit hinggalah Pengerusi BNBBC, Datuk Tiong King Sin dan Penyelaras BN, Datuk Zainal Abidin kemudian mententeramkan keadaan serta meminta kumpulan terbabit bersurai.

Dalam pada itu, Megat Zulkarnain yang ditemui selepas itu berkata, mereka datang secara baik untuk mendengar sendiri dari mulut Karpal tentang kenyataannya bahawa Pemuda Umno celaka.

“Pemuda Umno Selangor datang untuk bersemuka dan mahu dia ulangi apa yang beliau kata di Parliman semalam. Sekarang nyata, beliau seorang pemimpin yang bacul dan tak berani,”katanya.

Sumber : MStar

Sungguh menghairankan sekali, bangunan Parlimen yang sentiasa di kawal ketat itu sesenang itu dibolosi oleh samseng-samseng Pemuda UMNO.

Polis kena ambil tindakan terhadap samseng-samseng ini..jangan apabila pembangkang cepat sangat kamu bertindak.

Polis kena ambil tindakan terhadap samseng-samseng ini..jangan apabila pembangkang cepat sangat kamu bertindak.

Setakat ini, untuk berdemontrasi di luar pagarpun agak sukar, ini sampai ke dalam boleh menyerang Ahli-Ahli Parlimen, apa cerita ni?

Pemuda Umno tak usah nak jadi “samseng taik kucinglah”. Apa yang ada pada melayu sekarang ini pimpinan kamu sudah gadai terlalu banyak kepada bukan bumiputera. Kenapa tak tunjuk samseng kepada dia orang?

Penakut, pengampu, bacul dan dayus sekali apabila sesenang itu Singapura lepas bebas dari genggaman “Bangsa Melayu” konon. Bagaimana pula pulau-pulau di perairan kita lepas satu satu jatuh ke tangan orang lain.

Pemuda Umno sebenarnya sama sahaja dengan kumpulan Fatah di Palestin. Berjuang untuk perut mereka sahaja. Apabila berperang dengan Israel mereka lari.

Percayalah kekuatan kita bukan bangsa tetapi Agama. Bangsa tidak menanam jihad dalam perjuangan tetapi menyemai semangat yang hanya tin kosong sahaja.

Semangat hanya bersama semasa menang akan tetapi akan lari sebagai pengecut apabila kalah. Sedangkan jihad menang kalah bukan ukurannya tetapi benar dan keredhaan Allah adalah segala-galanya.

Jihad tidak akan membunuh dalam kemarahan tetapi semangat akan membakar tanpa mengira dosa dan neraka.

Fikirkanlah wahai pemuda Umno, dunia belum kiamat…

Advertisements

Responses

  1. Majlis Maulid Masjid Kg Tekal(Little Hadramaut) Program kemuncak acara Maulid Masjid Kg Tekal Temerloh Pahang akan diadakan: Tarikh: 15 Mac 2009 Masa: 6 petang Pendakwah: Habib Kazim Assaggaf(Tarim, Yaman) dan Habib Omar Al-Aydrus

    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. ala ni pun payah2 nak pikir…sahja nak buat gimik ke apo? kalau parlimen tu ibarat rumah kita dan keselamatan tu pak guard kita..sendiri ingat la..nak bawa apa pun boleh oooo..sapa mau tahan? itu kita punya teratorry la… kalau masih tak paham..tak pe..kalau ditakdir pembakang sekarang terajui kerajaan, akan buat perkara yang lebih kurang sama agaknya…harap tak le mcm hari ni..

    mana ada pemimpin yang tak mau kekalkan kuasa…pasalnya..semua mau duit dan kesenangan..tak begitu?

    soal menjalankan amanah Yang Maha Esa sebenarnya terpenting..kalau ini dilaksanakan, semua orang tak kira bangsa apa. agama apa..dapat manfaat..jadi..tolong sebarkan, atau ajar sejarah Islam dalam sukatan pelajaran..jadikan sesuatu yang penting.

    Jangan sekular sangat oooo..bila semua dah tau…dah faham erti Islam dan sejarah Islam…maka Karpal Singh pun akan nangis ooo..dia pastinya terima kasih banyak pada Islam ooo…dia hidup aman damai..apa mau buat pun boleh..tak siapa kacau…

    tp zaman semasa ni…budak2 kita ada yang hampeh..betul tak? pendek betul akai budak2 kita..orang tegur, marah lak..ragut la..tak mau sekolah la..curi pasar raya..isap dadah la..sapa mau jawab? mana orang mau respek kalu ini macam…

  3. biasa lah tu, semua kaum umNo boleh masuk kat mana..kang malaysia dah jadi negara umNo…bengung


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: