Posted by: manjanik | Disember 13, 2008

Ali Rustam tidak layak jadi Timbalan Presiden

SEMALAM, sempat jua berbual-bual dengan beberapa orang pemimpin UMNO yang terpilih sebagai G7 dari beberapa bahagian di Kelantan. Sebuah hotel di tepian sungai Kelantan menjadi tempat berkumpul dan pertemuan G7 sekarang ini. Kadang-kadang sampai tiga empat kumpulan berhimpun. Cukup menarik sekali!

Bagi G7 Pemuda, sebuah hotel terbesar di Kelantan menjadi tempat  bagi mereka bertemu dan berbincang dan kadang kala turut dihadiri sama oleh calon-calon yang bertanding.

Dalam perbincangan mereka yang sudah pasti berlegar di sekitar mengatur strategi untuk memenangkan calon masing-masing, saya tertarik dengan satu isu mengenai calon untuk Timbalan Presiden UMNO.

Mungkin kerana sempena kehadiran Ketua Menteri Melaka ke Kelantan bagi melancarkan promosi Pelancongan Negeri Melaka , beliau dikait sama.

Apa yang jelas, macam ada satu kesepakatan di kalangan mereka dalam MENOLAK Ali Rustam sebagai Timbalan Presiden. Mereka lebih dan masih sayangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Begitu juga dengan Tan Sri Muhammad Taib, masih tidak layak untuk menduduki jawatan tersebut.

Antara alasan mereka, Ali hanya Ketua Menteri yang sudah pasti tidak banyak boleh membantu negeri-negeri dan bahagian-bahagian berbanding dengan Muhyiddin yang berjawatan Menteri. Begitulah juga dengan Muhammad Taib yang banyak masalah sebelum ini.

Ali Rustam juga tidak mempunyai idea yang bernas dan ke depan contohnya kegagalan memacu Melaka ke arah negeri yang benar-benar boleh menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

Selain itu ada juga yang mengatakan Ali hanya layak setakat Naib Presiden sahaja. Jawatan yang beliau sandang sekarang inipun tidak menampakkan beliau seorang yang berkarisma dan berkepimpinan kerana tiada idea yang baru mampu diketengahkannya.

Saya hanya mencelah menyuarakan isu babi, mereka gelak dan berkata “Boda”(Bodoh) kerana tidak mampu untuk diselesaikannya.

Itulah antara sembang-sembang dengan G7 yang sedang berkerja keras bagi memenangkan calon mereka. Dan apa yang jelas isu politk wang adalah “perjuangan” utama mereka.

Apa yang dapat saya lihat, seolah-olah macam ada satu kesepakatan walaupun pencalonan yang tidak sama dari bahagian masing-masing sebelum ini iaitu, mahukan Muhyiddin Yassin sebagai orang nomor dua UMNO.


Responses

  1. “Ali Rustam juga tidak mempunyai idea yang bernas dan ke depan contohnya kegagalan memacu Melaka ke arah negeri yang benar-benar boleh menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.”

    Melaka negeri pertama di Malaysia mendapat 1Giga – 10Giga untuk Broadband. Dari CyberCenter Status ke CyberCity. berbanding dengan Kelantan & Negeri yang berkiblatkan PKR/DAP & PAS

  2. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam memacu Negeri Melaka dengan mengadakan Bhg K-Ekonomi YANG PERTAMA di MALAYSIA selepas Korea Selatan?
    Mengapa Kelantan & Negeri Pentadbiran tidak menuju kearah Pembangunan ILMU seperti yang disarankan oleh ISLAM dan secara Global?

    Malahan fakta saya di olah seperti saya membangkang YAB Datuk Seri. Kalau dibandingkan dengan semua negeri yang ditadbir oleh Pembangkang mereka PAS/DAP/PKR tentunya SEGAN dan MALU dengan KEJAYAAN MELAKA.
    Mengapa tak disiarkan maklumat dan responds saya secara lengkap? Mengapa orang yg Pro Keadilan & PAS memutar belitkan maklumat dalam blog?

    Azuddin Jud Hj Ismail
    Digital Melaka eGovt 2.0

  3. Saman RM5 million di Melaka bakal jadi issue panas.Tahniah 02 Technologies.KRH LED.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: