Posted by: manjanik | Disember 10, 2008

Bolasepak negara macam itik patah pinggang

MENGECEWAKAN. Itulah keluhan yang keluar dari dada orang kampungku yang menonton perlawanan bolasepak Piala Suzuki AFF antara NEGARAKU dengan Thailand.

Ini adalah keluhan yang kedua selepas 2 hari lepas mereka setia dengan keluhannya apabila NEGARAKU kalah kepada Vietnam angkara penjaga gol berlagak macam “budak sekolah”.

Kesian mereka, orang-orang kampungku. Aku sendiripun turut menumpang mengeluh sama. Cukup mengecewakan. Bukan sahaja kerana meneguk kekalahan akan tetapi juga melihat prestasi para pemain. Akupun hairan macamana pemilihan pemain dibuat. Betullah macam budak sekolah atau mungkin budak sekolah lagi baik daripada mereka.

Kelemahan cukup ketara bila  membuat hantaran bola kepada rakan. Cukup lemah macam itik patah pinggang. Bola tak sampai tepat adalah antaranya. Boleh dikatakan 70% bola dikaki disambar mudah oleh lawan. Skill lintang pukang. Cara membuat serangan macam tiada perancangan langsung, main pakai tembak je.Penyudahnya, berakhir dengan kecewa.

Entah apa kena dengan pasukan NEGARAKU. Macam Universiti juga prestasi rankingnya, merudummmm…. Boleh jadi macam Corruption Perception Index (CPI) negara yang juga gah dengan tingginya.

Apapun aku bangga kerana pasukan bolasepak NEGARAKU mampu mengutip kad kuning yang banyak. Foul tak payah ceritalah, berguni-guni. Lagi satu aku punya bangga, fesyen rambut yang menarik macam artis.. baguslah nak melawa dalam padang.

Aku cadangkan KIVlah dulu pasukan bolasepak NEGARAKU dari bermain dimana-mana. Memalukan NEGARAKU saja. Pastikan dahulu taji tajam, lari macam kuda, licik macam belut, pintar macam kancil, berani macam harimau, tegap macam badang dan beresamkan padi-tunduk bila berisi dan bersih dari sikap bertelur sebiji riuh sekampung. Kita bukan jaguhan kampung lagi!

Orang kampungku rindu sekali melihat kelibat Mokhtar Dahari, Hassan Sani, Zainal Abidin, Azman Adnan dan berpuluh-puluh lagenda bolasepak negara. Jangan sampai mereka “tungging punggung” kepada pasukan bolasepak NEGARAKU.

Ingatlah Khairy, nasib bola yang disepak. Dari 22 orang yang berada di dalam padang hanya 2 orang sahaja yang akan memeluk bola. 20 orang lagi kerja mereka menendang dan menanduk. Berhati-hatilah kadang kala kawanpun boleh rembat gol sendiri.

Apapun aku rasa rakyat NEGARAKU cukup hampa dan kecewa dengan prestasi pemain bolasepak MALAYSIA.

Advertisements

Responses

  1. Dalam bab bolasepak ini amba ada sikit pengalaman jadi pemain dan sekarang menjadi pengurus pasukan Kg Chicha. Pasukan ini pernah menjadi Johan peringkat DUN Pasir Tumboh dan Parlimen Kubang kerian merebut Liga piala Tok Guru. Sekarang oleh kerana masa dan tubuh yang agak berumur ni saya kurang bermain bola. Namun setiap kali perlawanan amba tetap menjadi penonton setia kepada pasukan Kelantan, Cuma selepas Tan Sri Anuar Musa menjadi presiden KAFA sahaja kurang ke Stadium.

    Amba cuma nak komen di mana-mana pun pemain bolasepak sekarang bermain hanya untuk mendapatkan gaji. Kalau gaji lambat sikit pastinya pasukan tersebut akan kalah dek pemain yang tidak bersungguh. Sudah tidak ada yang bermain bersungguh-sungguh untuk memberi kemenangan untuk pasukan. Kadang kala ada juga yang menjual perlawanan. Semuanya kerana wang, wang dan wang.

    Oleh hal yang demikian sebarang persoalan sekiranya meletakkan sasaran material di depan, sudah tentulah ianya membawa kepada kekecewaan. Jadi sebagai manusia, jangan lah terlalu taksub dengan kebendaan sehingga lupa tujuan atau matlamat arah tuju sebenar. Marilah kita ikhlaskan dengan apa sahaja yang hendak di lakukan termasuk riadhah bermain bolesepak.

  2. […] Bolasepak negara macam itik patah pinggang […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: