Posted by: manjanik | Oktober 18, 2007

SPR dedah penyelewengan-Umno jadi dalang

 

Penolong Pegawai Pendaftaran pindah nama pemilih ke kawasan lain tanpa kebenaran
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan, segelintir Penolong Pegawai Pendaftaran (PPP) yang dilantiknya, menyalah guna kuasa dengan memindahkan nama pemilih ke kawasan lain tanpa kebenaran.

Pegawai terbabit dikesan memindahkan nama pemilih baru atau sedia ada, yang memohon menukar alamat mengikut Sistem Pendaftaran Bermusim (SPB) yang dilaksanakan sebelum 16 Julai 2002.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor (gambar), berkata ada antara pegawai itu menurunkan tandatangan palsu pada borang pendaftaran dan SPR yang mempercayai sepenuhnya permohonan bertukar alamat seperti diserahkan itu, meluluskannya.

Inilah tajuk BERITA HARIAN hari ini. Cukup menarik untuk diberi perhatian. Sebenarnya kes seperti ini telahpun berlaku di Kelantan di Dun Bukit Tuku dalam Parlimen Rantau Panjang. Maklumat lanjut akan saya siarkan sekembalinya saya ke Kelantan nanti.

Penyelewengan yang diperkatakan oleh Setiausaha SPR itu dialami oleh dua orang pengundi dari Dun Meranti yang juga dalam Parlimen Rantau Panjang. Menurut cerita mereka, suatu ketika mereka telah dipanggil ke rumah ADUN Bukit Tuku(BN), Mohd Zain Ismail untuk menerima bantuan. Kad pengenalan mereka telah diphotostat kononnya bagi tujuan pentadbiran.

Selepas beberapa ketika, mereka dapati nama mereka telah dipindahkan ke Dun Bukit Tuku yang mana sebelum ini mereka mengundi di Dun Meranti. Mereka terkejut kerana mereka tidak pernah memohon untuk pindah mengundi di Bukit Tuku. Mereka mengetahui yang nama mereka telah ditukarpun kerana mendapat surat bantahan dari SPR yang dibuat oleh petugas PAS Dun Bukit Tuku.

Walau bagaimanapun akhirnya mereka kembali dimasukkan ke Dun Meranti kerana bantahan yang dibuat oleh PAS telah berjaya dan diterima oleh SPR.

Begitu juga mengenai kes bagaimana orang mati telah didaftarkan semula. Mungkin ramai yang tidak percaya kes seperti ini boleh berlaku. Timbul pertanyaan-bagaimana dilakukan?

Kes mendaftarkan orang yang telah mati telah berlaku di Dun Kelaburan, Kemahang dan Semerak. Mungkin ini sebagai satu percubaan oleh pihak Umno samada boleh dibuat atau tidak ataupun mereka ingin tahu apakah pihak PAS akan mengambil tindakan. Sebenarnya Umno Kelantan silap kalau beranggapan bahawa jentera pilihanraya PAS akan berdiam diri. Mereka telah bersiap sedia bukan sahaja setahun dua ini, tetapi sudah bersedia sejak PAS menang pada tahun 1990 lagi.

Salah seorang yang mendaftarkan orang yang telah mati ialah bekas ketua Umno Bahagian Kubang Kerian yang digantung kerana politik wang dan kini dilantik sebagai Ketua Sekretariat Umno Negeri oleh Annuar Musa. Tuan Hashim Tuan Yaakob telah mendaftar seorang orang kuat Umno di Kemahang yang telah meninggal hampir 2 tahun lalu. Dalam borang pendaftaran yang dihantar kepada SPR jelas menunjukkan nama beliau yang beralamat di Pasir Hor tertera sebagai PPP yang mendaftarkan simati itu.

Pendaftaran sebagai pengundi baru boleh dibuat sekiranya photocopy kad pengenalan simati masih ada. Dan inilah yang dilakukan oleh pengkhianat ini. Apapun SPR mempunyai bukti-bukti yang jelas di atas penyelewengan yang dilakukan oleh pihak-pihak Umno itu.

Dan kita yakin serta percaya dalam percubaan Umno Kelantan untuk menawan negeri ini dari PAS, Rang daftar pemilih bagi suku ke 3 ini yang akan dipamerkan sedikit masa lagi akan mejelaskan segala-galanya kerja jahat mereka. Saya akan dedahkan nanti…Tunggu..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: