Posted by: manjanik | Oktober 19, 2007

Najib gagal bela nasib rakyat Pekan

PEKAN: Bohonggg….bohonggg…tipuuu…tipuuu belaka. Kata-kata manis, ucapan menyedapkan halwa telinga rakyat sering dilaungkan oleh pemimpin tertinggi Umno-BN. Pada hakikatnya penipu belaka. Siapa yang tidak pernah dengar “BN bela rakyat, Tradisi membela rakyat, Umno akan membela nasib rakyat miskin, rakyat miskin tidak akan kita pinggirkan, tidak seorangpun rakyat miskin yang tidak kita bela” dan entah apa-apa lagi yang mereka janjikan kepada rakyat sedangkan pada hakikatnya bohong belaka. Semuanya itu hanya untuk mengula-gulakan rakyat menjelang pilihan raya khususnya.

najib_bin_tun_haji_abdul_razak.jpg

Apa yang akan saya paparkan nanti adalah segala jawapan kepada pembohongan pemimpin tertinggi BN. Mereka tidak pernah makan nasi berlaukkan ikan bilis, ikan kering dan pucuk paku. Mereka tidak pernah bersusah payah menutup tempat yang bocor apabila hujan melanda. Mereka tidak pernah menjahit seluar dan baju koyak rabak kerana kemiskinan. Tetapi ini semua ada di Pekan Parlimen yang dikuasai turun temurun oleh BN. Parlimen yang tradisi menjadi tempat orang besar-besar dari BN menjadi calonnya. Siapa tidak kenal Pekan tempat bekas Perdana Menteri dan kini Timbalan Perdana Menteri menjadi Wakil Rakyatnya.

Siapa tidak pernah dengar Najib si Timbalan Perdana Menteri berjanji untuk memajukan rakyat. Di mana-mana janji itu berkumandang apatah lagi kalau ada pilihan raya Kecil. Saya masih ingat semasa Pilihan Raya Kecil di Pengkalan Pasir beliau pernah berkata rumah di Pengkalan Pasir macam reban ayam. Maka saya terbayang pada masa itu, semestinya di Pekan rumah rakyatnya besar-besar belaka. Kereta dua tiga buah di hadapan rumah masing-masing. Kanak-kanak ke sekolah semuanya menaiki kereta besar. Tiada lagi orang yang kelaparan dan terpencil di Pekan. Itu tanggapan saya sebelum berkunjung ke Pekan.

Namun semuanya terjawab. Najib menipu rakyat Malaysia. Kawasan Parlimennya cukup teruk. Saya menjemput semua untuk bertandang ke Pekan. Pergilah ke mana sahaja yang tuan-tuan mahu pergi – Pekan sendiri, Penor, Peramu, Kuala Pahang, Pulau Rusa, Pahang Tua, Temai, Pulau Manis dan di mana-mana kampung, orang miskin dan dihimpit kesusahan melata. Di sepanjang jalan ke Pekan dan jalan-jalan utamapun dapat kita lihat masalah ini.

Gambar yang disertakan ini menjawab segala apa yang Najib laung-laungkan di luar dari Pekan.

rumah-buruk-pekan2.jpg

rumah-buruk-pekan.jpg

rumah-buruk-pekan1.jpg

Ini hanya sebagai bukti bahawa kemiskinan di Parlimen Pekan masih menebal. Tidak lagi diambil kira dengan masalah sosial. Dadah, hidu gam, tak sembahyang dan tak puasa dikalangan orang dewasa dan belia contohnya di Kuala Pahang cukup teruk. Tanyalah polis yang bertugas di Kuala Pahang.

arak1.jpg

Botol-botol arak dan tin gam berselerakkan dan boleh dijumpai disepanjang pantai 

Nampaknya Najib mesti diberi pengajaran sekali lagi sebagaimana Pilihan Raya Umum tahun 1999 dimana beliau hanya memperolehi majoriti sebanyak 241 undi sahaja.

Cuba lihat sejarah penglibatan beliau dalam politik Umno di Parlimen Pekan sejak tahun 1976 selepas kematian bapanya Tun Abdul Razak.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah :

Persoalannya, apa yang Najib lakukan untuk membela nasib rakyat Pekan selama beliau menjawat jawatan yang penting dalam kerajaan?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: