Posted by: manjanik | Oktober 17, 2007

Jenayah turut meningkat di Pahang: Ketua Polis Negeri

PAHANG: Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Mohamad berkata perangkaan indeks jenayah sejak januari hingga 10 Oktober 2007 menunjukkan peningkatan ketara berbanding tempoh yang sama 2006. Menurut beliau, peningkatan paling ketara dalam jenayah harta benda iaitu 4986(2007) daripada 4929(2006) pertambahan 57 kes.

Jenayah pecah rumah di malam hari sebanyak 940(2007) berbanding 795 kes(2006) pertambahan 145 kes. Kecurian motosikal juga meningkat kepada 1667 kes(2007) daripada 1555 kes(2006) pertambahan kes sebanyak 112.

Jenayah curi ragut meningkat kepada 71 kes daripada 132 kes(2006) kepada 302 kes(2007) manakala rogol meningkat kepada 47 kes. Beliau menyeru supaya masyarakat memainkan peranan positif bersama dengan pihak polis membantu mencegah jenayah-jenayah tersebut.

PERSOALANNYA BAGAIMANA CARANYA RAKYAT DAPAT MEMBANTU PIHAK POLIS DALAM MENCEGAH JENAYAH TERSEBUT?

Jawapan yang paling mudah tetapi sukar untuk dilaksanakan oleh rakyat sendiri ialah, kembali kepada ISLAM. Kita tidak terkilan sekiranya rakyat yang bukan Islam tidak mahu kembali kepada Islam kerana kita faham mereka bukan beragama Islam. Akan tetapi kita pelik dan hairan apabila rakyat yang sudah beragama Islam dan mengaku Islam tetapi menolak Islam.

Bukan sedikit rakyat kita yang beranggapan Islam hanyalah di dalam masjid sahaja. Islam hanya dalam hal sembahyang, puasa, zakat, haji, musabaqah, Maulud Nabi, Hijrah dan beberapa hal lagi yang memang kalau ikut pandangan cetek mereka terlalu sedikit.

Mereka tidak tergambar bahawa ISLAM itu menjaga mereka dari sejak mereka tiada kemudian hidup dan kemudiannya mati. Bagi mereka soal sosial, soal ekonomi dan soal politik bukan boleh dilibatkan dengan Islam kerana semua itu kotor. Semua ajaran seperti ini adalah asuhan penjajah yang kemudiannya diwarisi oleh UMNO sehingga ke hari ini. Maka timbullah politik tidak bercampur dengan agama. Ini ajaran pemimpin Umno.

Kalaulah politik tidak bercampur dengan agama, kalaulah ekonomi dan sosial tidak bercampur dengan agama, maka sudah tentulah apa sahaja yang dibuat oleh orang politik tidak dikira dosa dan pahala kerana diluar dari agama. Sedangkan Allah SWT telah merakamkan dalam Al-Qur’an bahawa “buat baik dan jahat walaupun sebesar zarrahpun akan diambil kira”.

Kenapa kita terlalu takut untuk kembali kepada ISLAM? Kenapa??? Apakah kita tidak percaya kepada janji Allah bahawa sekiranya kita menolong Agama Nya maka DIA akan menolong kita, hamba Nya yang daif dan hina. Nampaknya kita terlalu takut kepada Amerika dan kuasa-kuasa besar lain tanpa kita sedari bahawa kuasa Allah SWT mengatasi kuasa-kuasa yang besar itu. Siapa yang mengajar kita takut kepada kuasa-kuasa kuffar itu? Siapa lagi kalau bukan UMNO.

Jiwa melayu kita hanya berani dengan sesama melayu sahaja. Bila bertemu dengan bangsa asing dan bekas penjajah kita, kita terkulai layu menjadi pengecut, seolah-olah kita tiada Tuhan. Bila ada orang yang menyarankan kepada kita kembalilah kepada ISLAM yang sebenar, kita percaya dan junjung Islam Hadhari yang dicipta oleh pemimpin Umno.

PERCAYALAH, bahananya Islam Hadhari ini tidak akan terasa setahun dua ini. Akan tetapi ingat apabila sudah sebati dengan diri manusia-manusia yang baru dilahirkan percayalah sedikit demi sedikit mereka tidak akan kenal ISLAM yang sebenarnya. Mereka hanya kenal Islam Hadhari. Di masa itu tunggulah saat kehancurannya rakyat Malaysia.

Melihat kepada pertambahan jenayah diseluruh negara dari masa ke semasa, apa jaminannya jenayah itu akan berkurangan. Manusia jahat tidak takut kepada undang-undang manusia. Contohnya, apakah pemandu yang seringkali melakukan kesalahan lalulintas itu takut kepada undang-undang jalan raya? Tidak, mereka tidak takut bahkan mereka mencabar. Akan tetapi apakah manusia berani mencabar Hukum Allah? Orang yang berani mencabar hukum Allah hanya Umno. Mereka masih berkarat dengan otak penjajah. Takut kepada manusia lebih dari takut kepada Allah SWT. Apakah itu tidak syirik namanya?

PERCAYALAH, apabila hukum-hukum Allah SWT dilaksanakan, tidak ada orang yang bodoh mahukan tangannya dipotong kerana mencuri. Mereka tidak akan berlumba-lumba untuk mencuri bagi dipotong tangannya.

Tolong beri keyakinan kepada jiwa dan diri sendiri untuk merubah keadaan ini. Berilah kepercayaan kepada PAS untuk melaksanakan arahan Allah SWT di muka bumi DIA ini. Cuba baharui tekad dan azam untuk memberi undi kepada PAS dan Keadilan untuk melaksanakan hukum-hukum Allah SWT.

Sekiranya kita yakin dengan ISLAMLAH selamatnya kita di dunia dan akhirat maka tiada alasan lagi untuk kita tidak berubah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Fikir-fikirlah secara rasional….mudah-mudahan Allah SWT memberi hidayah Nya.

Kepada Pahang di mana Darul Makmurnya lagi kalaulah jenayah semakin meningkat….maka apakah ianya sinonim pula dengan Darul Kasino?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: