Posted by: manjanik | Ogos 28, 2009

Hukuman Rotan – Malaysia Bukan Negara Islam

Nah! sekarang ini terserlah dan ternyata benarlah, Malaysia bukan sebuah Negara Islam sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh pemimpin Melayu di dalam BN.

Daripada atas hingga ke bawah, pemimpin dan ahli Umno perlu mengakui bahawa apa yang mereka perkatakan dahulu adalah karut dan palsu semata-mata.

Kes dan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang didapati bersalah meminum arak telah mendedahkan segala-galanya.

Selama ini mungkin rakyat menggambarkan bahawa benarlah apa yang dijerit pekik oleh pemimpin BN yang melayu itu bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Rupa-rupanya “boooh  oong” sama sekali.

Sudahlah hukuman itu sendiri tidak menepati sebagaimana hukuman yang terdapat di dalam Islam dan ianya juga sudah menjadi sejarah dan bacaan disemua peringkat, akan tetapi yang paling memalukan ialah tiadanya “penyebat” yang mahir sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Apakah itu bukan suatu perkara yang memalukan “manusia-manusia” yang mendakwa Malaysia sebuah Negara Islam?

Kalaulah tukang sebatpun tidak ada lagi, bagaimana boleh mereka mendakwa negara ini negara Islam? Bagaimana mahu menjalankan perundangan Islam yang ada dalam sebuah Negara Islam? Hairan dan memalukan sekali!

Walau bagaimanapun selagi namanya Umno, maka selagi itulah mereka tidak akan berubah untuk menerima Islam sepenuhnya. Islam mereka adalah Islam liberal. Hanya sesuainya Islam apabila sesuai dengan mereka.

Persoalannya sekarang di mana suara MUFTI DAN PARA ULAMA KERAJAAN? Mereka inilah yang sepatutnya berada di saf depan untuk menjelaskan segala-galanya.

KENAPA KAMU DIAM?


Responses

  1. ini bukan salah BN, UMNO atau PAS… jangan babitkan hal politik dengan pentadbiran negara dan hal ehwal keagamaan. jika dilihat pada dasarnya ‘politician’ ini bukan nak menegakkan keadilan mana2 pihak mahupun Rakyat Malaysia tetapi cuma nk menaikkan diri sendiri da parti. mereka bagaimanapun hanyalah manusia biasa. BN contohnya, sudah lama berbakti pada rakyat. sudah banyak pembangunan yang diberikan kenapa masih perlu membangkang sedangan kamu sendiri membesar aman damai dengan hasil usaha pemimpin BN. kepada politician, jangan pentingkan diri sendiri sedarlah kamu diberi peluang untuk berada ‘ditempat’ kamu sekarang adalah untuk membela nasib rakyat bukan kerana nak membela kamu dan keluarga kamu sahaja, kepada yang menyokong mana2 parti politik, jangan terlalu taksub, menghina dan mengapi2kan sesama manusia, hidup didunia tidak lama berbanding dengan hidup selepas mati. lebih baik kita semua menjaga hati dan diri untuk kebaikkan di “hari akan datang”. jangan jadi batu api.. tuhan marah.

    Salamm

    Sikit jer saya nak tanya GADIS, apakah Rasululklah dahulu memerintah negara dengan memisahkan Agama dengan politik. Banyakkan membaca sejarah dan buku-buku Islam. anda banyak ketinggalan zaman.

  2. Kepada Gadis satu nasihat buat anda.
    Kita bicarakan kes Kartika bukan atas fahaman politik samada UMNO atau Pas.
    Isunya sangat jelas.

    Kalau kita oran Islam kita tak akan pertikai hukum Allah yang ada dalam Al-Quran.

    Kesalahan : Minum arak.

    Hukum ikut islam : Sebat 40 – 80 kali.
    ( Kartika dapat 6 sahaja- itu masih tak ikut hukum Islam ).

    Untuk makluman Gadis, hukum Islam bukan untuk mendera tapi sebagai pengajaran, dan sebat ikut hukum Islam adalah berlainan dengan sebat ikut undang2 orang kafir yang kita pakai sekarang. tapi kenapa tiada yang pertikai…

    Tak pernahkah ada wanita yang mengedar dadah yang dikenakan hukum gantung sampai mati..

    Fikirkan dengan akal yang waras kerana udara yang kita hirup nie adalah percuma sahaja dan tuhan tidak minta dibayar…Jadi jangan sampai tuhan tarik balik nikmat yang diberi kerana mengingkari suruhanNya.

    MANJANIK

    Terima kasih sdr Rosli…

  3. Malay

    JEMPUTAN MAKAN FREE – REZEKI DARI LANGIT

    ‘Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.’
    (AL QURAN – Ibrahim: 4)

    ‘Dan sekiranya mereka Kami binasakan dengan suatu azab sebelum Al Quran itu diturunkan, tentulah mereka berkata: “Ya Tuhan kami, mengapa tidak Engkau utus seorang Rasul kepada kami, lalu kami mengikuti ayat-ayat Engkau sebelum kami menjadi hina dan rendah”.’ (AL QURAN – Ta Ha: 134)

    ‘Hai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami, menjelaskan syariat Kami kepadamu ketika terputus pengiriman rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan: “tidak datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira, maupun seorang pemberi peringatan”. Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu’ (AL QURAN – Al Maidah: 19)

    Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda secara automatiknya telah tersabit dengan rasul yang diutuskan Allah kepada anda kaum Melayu iaitu rasul Melayu, samada suka atau terpaksa, di;

    http://rasulmelayu.blogspot.com

    If;

    Suka – Nikmat
    Terpaksa – Azab

    You make and decide your own order

    Al Quran adalah rezeki dari langit yang diturunkan Tuhan. Maka kami hanya menyediakan hidangan rezeki yang diturunkan kepada kami in ‘Local Malaysian Style’, free of charge (FOC).

    Hidangan yang kami sediakan adalah fresh sepanjang masa, segar, baru dan bukan bangkai, darah mahupun babi dan juga bukan yang disembelih selain nama Allah, serta di jamin halal di sisi Tuhan.

    Blog kami adalah terbuka dan sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang fakir, yang miskin, yang kelaparan dan yang dalam perjalanan untuk mendapatkan makanan di dalamnya yang boleh dimakan bersama-sama, yang tak habis-habis dan yang mengenyangkan yang boleh membawa kepada kepuasan hati.

    English

    FREE FOODS OFFER – SUSTENANCE FROM HEAVEN (AL QURAN)

    [20.134] And had We destroyed them with chastisement before this, they would certainly have said: O our Lord! why didst Thou not send to us an apostle, for then we should have followed Thy communications before that we met disgrace and shame. (Al Quran @ The Reading, Ta Ha, 134)

    Sustenances from Heaven (Al Quran) served in Malay local style, fresh and new, clean, not bloody, nor of porks, nor dead meat, nor slayed by any other names than God alone at:

    http://rasulmelayu.blogspot.com

    Our blog is open for 24 hrs. Sustenances served are fresh all times, can be shared by many and can be ‘tapau'(print) to bring back home for your family.

    Offers are for those who are in needs, poor, orphans and in the journey; those who wants believes.

    Those who reject to eat and just our dishes as ‘haram’ then they’ll be the live-stock or the prey for others to gain the benefits out of them.

    p/s – BLOG LAMA:
    http://messengerofgodtoday.blogspot.com (Yang telah dihacked dan diambil alih oleh golongan penentang yang amat ingkar)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: