Posted by: manjanik | Ogos 27, 2009

Hishammuddin : Isu yang sama, alasan berbeza

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,  kekalahan di Permatang Pasir tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan BN kerana isu yang membabitkan pilihan raya kecil selalunya membabitkan isu-isu tertentu.

Inilah pemimpin Umno/BN. Bila kalah banyak itulah alasannya. Bila kalah sikit dan mampu mengurangkan majoriti dalam jumlah yang besar, ianya boleh dijadikan ukuran bahawa rakyat semakin menerima Umno/BN macam di Manik Urai.

Kenapa mesti berubah-ubah alasan? Mungkin kerana sangat kecewa dengan apa yang berlaku di Permatang  Pasir yang tidak berlaku sebagai yang diharapkan oleh Umno/BN.

Manakala menurut Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, “BN berjaya mendekati pengundi-pengundi muda di Permatang Pasir yang menyokong parti lawan” .

Memanglah BN boleh mendekati tapi mereka tidak berganjak dari memberi undi kepada PAS. Jadi apa yang nak dibanggakan oleh BN.  Di semua saluran menunjukkan PAS masih menguasai sokongan pengundi muda. Jadi, cubaan pemuda Umno mengimport “Pemuda berbaju Kuning” dari Kepala Batas tidak menjadi kudis gatalpun kepada pengundi muda di Permatang Pasir.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin,walaupun dalam lawatan rumah ke rumah menunjukkan para pengundi sudah mempunyai minat kepada BN namun keputusan sebenar memperlihatkan yang sikap mereka masih tidak banyak berubah”.

Jadi, itulah hakikat yang mesti di terima oleh pemimpin BN bahawa pengundi di mana-mana Pilihan Raya Kecil sebelum inipun masih mahu bersama Pakatan Rakyat walaupun menang dengan majoriti yang sedikit.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: