Posted by: manjanik | April 1, 2009

Chua Akui Jentera BN Lemah, PAS Kuat


Calon BN Ismail Saffian kelihatan berada dalam keadaan sukar berdepan lawannya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin – jika maklum balas jentera Umno dan MCA ini tepat.

Pada hari keempat berkempen di parlimen Bukit Gantang, seorang pemimpin kanan MCA kecewa calon itu bersama pekerja kempen BN tidak setanding petugas Pakatan Rakyat.

Dalam lawatannya ke kampung baru Cina di Simpang dekat Taiping semalam, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata BN tidak membawa banyak bahan kempen ketika bertemu pengundi.

BN juga tidak menjawab serangan pembangkang secara bertulis terhadap kerajaan BN Perak dan kerajaan persekutuan.

“Dalam hubungan ini, kumpulan Pakatan Rakyat buat kerja dengan lebih baik, setidak-tidaknya bahan kempen mereka, yang ditujukan untuk mengkritik kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan,” kata Dr Chua di blognya petang ini.

“Namun begitu, BN tidak berbuat secukupnya untuk menangkis banyak tohmahan (Pakatan) ini dalam bentuk tulisan. Lama-kelamaan, sebahagian tuduhan ini akan kelihatan benar.”

Beliau mencadangkan BN meningkatkan mutu bahan kempennya.

“Kita jangan lupa Pakatan selepas kemenangannya (tahun lalu) berada dalam keadaan penuh bersemangat. Ia mempunyai anggota yang lebih beriltizam dan banyak sumber bagi menggerakan perang kempen ini,” coret Dr Chua lagi.

“Daripada kain rentang, bendera parti, baju T dan lencana, jelas sekali hari ini Pakatan telah memiliki sumber-sumber setanding BN.

“Di Bukit Gantang, BN sedang bergelut dengan tugas berat (untuk menang).”

Sumber : Malaysiakini.com

Bukan Mengata Tetapi Itulah Seadanya.

BN bergelut dengan calon yang tidak direstui. Sebab itu di sepanduk dan billboard mereka ada tertera slogan “MOHON RESTU RAKYAT”.

Keduanya, perbalahan sesama sendiri bukan rahsia lagi. Di UPU Larut Tin Bilik Gerakan BN semalam masih lagi terkunci rapat. di UPU ini penentangan kepada Ismail Sapian menjadi-jadi.

Ketiga, di UPU Trong, orang-orang Umno sendiri tidak senang dengan ketua cawangan dan juga Pegawai Khas ADUN Trong, Hamdan yang banyak berpihak kepada kroni-kroni beliau dalam mengagih bantuan dan projek.

Keempat, di UPU Changkat Jering berlaku perpecahan Wanita Cawangan menyebabkan tiada orang yang mahu bekerja.

Kelima, ada kontraktor yang memasang papan tanda, sepanduk dan bendera tidak dibayar menyebabkan mereka meruntuhkan kembali apa yang telah mereka pasang.

Keenam, kehadiran anggota keselamatan yang begitu ramai tidak disenangi oleh penduduk tempatan yang merasakan menyusahkan mereka.

Ketujuh, kehadiran sebegitu ramai jentera PAS di semua UPU serta kemasukan mereka sejak awal mac lagi amat menyenangkan kerja-kerja bertemu pengundi kerana mereka sudah lama di situ. Berlainan dengan Umno yang baru sahaja datang dan “berlagak serta mengada-mengada” dalam kempen mereka.

Mengada-ngada jer niii...naik meluat. "Mesra yang dibuat-buat" tak laku di Bukit Gantang.

Mengada-ngada jer niii...naik meluat. "Mesra yang dibuat-buat" tak laku di Bukit Gantang.

Kelapan, sememangnya PAS kuat dan petugasnya amat istiqomah dan tekun dalam melaksanakan amanah parti.

InsyaAllah PAS menang!


Respon

  1. memang lemah pon..teman orang bukit gantang merasakan bn akan kalah teruk..tuhan dh tunjuk dh kuasanya..contohnye kenyataan zahid hamidi tu..menaikkan kemarahan org2 cina..ade ke patut tarian separuh bogel tu dikatakan budaya org cina??bongok btol..


Tinggalkan komen

Kategori