Posted by: manjanik | Jun 24, 2007

Sah, Ustaz Hamid Derani tinggalkan Umno

JELI: Sebagaimana yang dijangka, Semalam sah lah sudah Ustaz Hamid Derani, peceramah tersohor Umno yang juga “ayam tambatan” Datuk Mustapha Mohamed, Ahli Parlimen Jeli dan Adun Air Lanas itu telah berpindah kem dengan menyertai PAS.

hamid-serah-borang-k-mb.jpg

Hamid menyerah borang keahlian PAS kepada Tok Guru.

Turut sama dalam ceramah pengisytiharan “Masuk PAS” itu ialahTuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato Husam Musa Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dato Rusli Ibrahim Ketua Penerangan PAS Ketereh, Saifuddin Nasution Ismail Pengurus Besar Tabung Tok Kenali, Haji Affendi Mohamad Yang DiPertua PAS Jeli dan lebih daripada 5000 orang di Padang Mahkota Jeli.
tg-mid-tok-sam-tok-li.jpg

Antara yang hadir: Tok Guru, Ustaz Hamid, Dato Husam dan Dato Rusli.

Hamid yang terkenal dengan hujah-hujahnya yang tajam dan mampu menawan hati pendengarnya telah memberitahu kenapa beliau menyertai PAS. Beliau memulakan siri ceramah di Jeli kerana di sinilah tempat beliau bertungkus lumus bekerja untuk memenangkan Mustapha Mohamed dalam pilihanraya yang lepas.

Jiwa dan hatinya yang begitu dekat dengan ajaran Islam tidak mampu lagi menanggung beban menjadi “kuda tunggangan” kepada pemimpin Umno yang hanya sekadar mahukan Islam kerana berdepan dengan PAS, bukannya secara jujur mahukan Islam.

Bagi beliau, Umno sebenarnya hanya parti projek. Umno mendidik ahlinya dengan projek dan wang ringgit. Matlamat Umno bukan lagi Melayu, jauh sekali kerana Agama Islam. Orang yang berpendidikan Agama di dalam Umno hanya dijadikan sebagai alat sahaja untuk kepentingan pemimpin. Apabila kerja memenangkan pemimpin sudah tamat maka merekapun dipinggirkan dan akan dipanggil balik bila mahu digunakan.

Sebelum ini, beliau mendakwa telah dicari oleh pemimpin-pemimpin Umno Kelantan termasuk Setiausaha Umno negeri, Datuk Romzi Abdul Rahman. Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada beliau. Annuar Musa menuduh beliau pelacur politik dan telah dibeli. Haji Alwi Ahmad juga menuduh beliau telah dibeli dengan harga yang mahal.

hamid-ceramah.jpg

“Alim Ulama dan ustaz-ustaz tiada tempat dalam Umno. Mereka hanya sekadar “kuda tunggangan” sahaja. Mereka hanya boleh menyokong. Sekiranya mereka menentang pemimpin mereka akan dikenakan tindakan walaupun jelas pemimpin itu salah”

Hamid menafikan sekeras-kerasnya beliau dibeli. kemasukkan beliau ke dalam PAS adalah kesedaran beliau sendiri setelah sekian lama berada di dalam Umno dan telah dapat membezakan antara yang benar dengan yang batil. “kalau saya nak duit, nak kekayaan baik saya berada di dalam Umno sebab Umno parti kaya dengan projek. Bila saya putuskan untuk menyertai PAS, saya sudah bersedia untuk tidak memperolehi semua itu, dan saya bersedia asalkan saya berada dilandasan yang benar”, tegas Hamid.

Selepas ini beliau dijangka akan menjelajah seluruh Kelantan bagi menjelaskan penyelewengan Umno dan pemimpinnya.

Ceramah beliau yang dihadiri lebih dari 5000 orang itu cukup menghiburkan pendengar dengan celoteh dan perumpamaan yang dilontarkan oleh beliau.

Selepas ini Ketereh dan Bachok pula menjadi sasaran ceramah beliau.

Advertisements

Responses

  1. adakah islam dan muslim yang baik kalau dalam setiap tutur kata asyik mengata kepada sesama islam. adakah kita terlalu baik sehingga menganggap sebagai ahli syurga yang maksum dan orang lain ahli neraka yang paling jahanam. saya tidak orang politik tetapi sekadar orang islam yang serba daif….
    no. hp 0199871688.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: