Posted by: manjanik | Februari 6, 2009

Nizar derhaka atau istana tidak patuhi perlembagaan?

Persoalan yang belum terjawab dan perlu kepada pengamal undang-undang untuk menyelesaikannya. Antara Nizar, Menteri Besar Perak dengan istana siapa yang betul?

Sekarang semua media menunding jari kepada Nizar bahawa beliaulah yang salah dan derhaka kepada al-sultan kerana tidak mendengar nasihat tuanku supaya melepaskan jawatan.

Persoalannya “siapa nasihat siapa?”

Kenapa Nizar(kononnya) menderhaka? Apakah Nizar menderhaka terlebih dahulu daripada nasihat yang beliau berikan kepada Tuanku supaya bubar dewan?

Apakah betul dan benar dengan lunas undang-undang seorang menteri besar yang ingin membubarkan dewan mesti mendapat perkenan tuanku dan tuanku atas dasar nasihat dari Menteri Besarnya hendaklah bersetuju untuk memperkenankan permohonan tersebut?

Adakah Sultan atau Yang DiPertuan Agong mempunyai kuasa memecat Menteri Besar atau Perdana Menteri?

Bolehkah atau sahkan negeri Perak mempunyai dua Menteri Besar dalam satu masa?

Akhirnya apakah disabit menderhaka apabila tidak menerima titah istana yang bertentangan dengan undang-undang?

Mana satu yang hendak kita pakai – Perlu penjelasan kepada yang arif mengenainya.

Soal menderhaka kepada sultan, Umno telah lama melaksanakannya semasa pindaan Perlembagaan mengenai imuniti raja-raja dahulu – raja mana yang tidak dimaki oleh Umno?


Responses

  1. aku yg paling arif bab law ni. Sah NIZAR menderhaka. Kononnya serah kpd sultan buat keputusan. Lepas tu nak lawan pulak. HAMPEH punya MB DAP. ptui……..

  2. banyak org melayu dah digunakan DAP, diTUNGGANG oleh PKR, X heran la ni berani derhaka kat sultan. Bila cakap… soal dosa pahala, syurga neraka, org tu kafir org ni kafir. Ceh… cakap x serupa bikin. Pi telingkup la dengan kwn ko DAP n PKR tu…. Hidup Sultan Perak, Daulat Tuanku.

  3. ASSALAMUALAIKUM MEON…SEBAGAI UMAT ISLAM CARA SAUDARA MENULIS DAN MELUDAH AGAK KURANG SOPAN SIKIT. KITA UMAT ISLAM JANGANLAH TUNJUK SIKAP SEDEMIKIAN DAN TUNJUKKANLAH SIKAP SABAR SERTA TENANG DALAM MENGHADAPI APA-APA SITUASI DAN KONDISI. SAUDARA ADALAH SEORANG YANG MULIA LAGI BUDIMAN DAN BERIMAN. CUBA SAUDARA FIKIR KALAU ADA ORANG YANG TAK PUAS HATI DAN BERBUAT DEMIKIAN KEPADA SAUDARA, APA PERASAAN SAUDARA ? SIKAP SAUDARA YANG MENGATAKAN SAUDARA PALING ARIF BAB LAW INI PUN ADALAH SIKAP MENUNJUK-NUNJUK. KALAU PUN BETUL BEGITU TAK PAYAH LAH NAK BERITAHU SEBAB ALLAH SWT LEBIH TAHU DARI SAUDARA. SEMUA ORANG SAYANG DAN TAAT KEPADA SULTAN, TAPI CUBA LAH SAUADAR FIKIRKAN APAKAH PERJANJIAN ANTARA DEMANG LEBAR DAUN DENGAN SANG SAPURBA DALAM HIKAYAT SEJARAH MELAYU… FIKIRKAN DAN FAHAMILAH JUGA PERASAAN RAKYAT

  4. Tutup tadika itu adil ke? Bangsa sendiri pulak tu. Apa kene- mengena kanak-kanak dengan politik. Kamu semua yang kaya bolelah hantor anak2 ke tadika swasta yang sampai beratusan RM. Yang mampu RM20 sebulan, hutang jiran pulak tu nak di halang terima pendidikan. Akai mana? Kata nak bela golongan miskin. Hampeh.
    Tak kan ada sultan nak dok diam , pandang je. Hidup sultan…

  5. Meon,meon, meon. Derhaka tak derhaka bukan kite yg nak tentukan. Kalau ko derhaka kat ibu bapa kite yg menentukan kederhakaan itu adalah ibu bapa kita. Bukan org rumah sebelah kita. Org yg berkenaan lah yg patut menjawwab isu ini. Sultan tak cakap pun Ir Nizar menderhaka. Lagi satu, pemecatan Ir Nizar tak dibuat secara hitam putih malahan melalui Bernama. Zaman sekarang ni org tak main dah verbal punyer arahan. Nak apapun kene ade hitam putih. walau apapun aku harap masalah ini dapat diselesaikan secara aman. Namun begitu org yg bersalah kepada segala huru hara ini adalah adun-adun yg melompat-lompat dan keluar parti tuh. Mereka inilah yg sebenarnya harus letak jawatan. Sebab nila setitik habis susu sebelanga. yang peliknya the cause of all this chaos tak langsung diusik oleh media. Pikirpikirkanlah

  6. Aku orang Perak. Aku tak sokong mana2 tapi Nizar ni seorang MB yang sombong, angkuh dan tak respect org lain. Tak macam MB-MB dulu. Lepas tu tak hormat Sultan. Asyik jadi kuda DAP je. Halau je penderhaka ni.

  7. Encik lalalalalalalalalalalalala.. yang budiman. Adakah dengan mengingkari titah sultan seseorang itu dianggap TIDAK DERHAKA? Kalau nak menyokong mana mana parti pun… ingat sikit ler jangan sampai menggadai maruah dan keperibadian oreng Melayu.. Satu lagi.. lu silap brader.. kalu kita dah bersikap derhaka pada mak bapak kita… namanya tetap DERHAKA… walaupun meraka mengatakan tidak.. sebab undang-undang menyebut jangan derhaka… maknanya jangan..

  8. Hmm, tulisan Nizar 100 ini ada betulnyer, aku tak nafikan. Tetapi bab derhaka jelah. Namun begitu aku tak rasa yg Ir Nizar menderhaka pada Sultan. Dia hanya bertindak mengikut landasan yang betul. Aku pun tak rasa yg dia angkuh. Dia nampak tenang dan tabah menempuhi situasi ini. Maruah keperibadian org Melayu tergadai. What do you mean by that? Adakah wujudnya artis-artis yg seksi dan berkelakuan tidak bermoral yg berleluasa sekarang ini yang brader maksudkan sebagai menggadaikan maruah org melayu. Atau adakah mewujudkan laman web Melayu Boleh itu tidak namanya menggadaikan maruah dan peribadi org melayu. Hmm…aku rasa banyak lagilah kalau nak cakap pasal org melayu nih. Sampai Dr. Fazilah Kamsah pun tak mengaku dia org melayu, dia kata dia org Jawa. Benda nih jadi wujud sejak MB dulu lagi dan org buat tak kesah pun. Hmm..pikirpikirla sendiri..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: