Posted by: manjanik | November 12, 2008

Najib kaki gaduh ke?

“Jadi, Wanita sudah buat keputusan sedemikian. Saya menerimalah. Saya menghormati keputusan Wanita. Saya tidak hendak bergaduh dengan Wanita.” Kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Kenyataan Najib di atas seolah-olah sebelum ini beliau adalah seorang kaki gaduh cuma beliau tidak mahu bergaduh dengan wanita sahaja. Betul ke beliau kaki gaduh?

Setahu saya Najib bukanlah bersifat dan bersikap sedemikian. Beliau seorang yang lemah lembut, penyayang dan paling cool. Najib tidak pernah marah kepada sesiapa. Semasa menjadi Timbalan Ketua Pemudapun Najib hanya berani berdemo mencabar sesiapa yang berani mencabar ketuanan Melayu di Stadium TPCA sahaja. Perbalahan antara UMNO dan MCA(Lim Kim Sai) akhirnya terhenti dengan pemimpin PAS, DAP dan NGO  terpaksa menjadi Kem Kemunting sebagai istana hinggap mereka dibawah Operasi Lalang tahun 1987. Tak pasal-pasal PAS yang kena. Lim Kim Sai terbang lepas ke Australia.

Sepatutnya Najib adalah diantara penghuni Kem Kemunting kerana mencetuskan isu perkauman tetapi dari kalangan UMNO hanya Ibrahim Ali dan Mohd Fahmi Ibrahim sahaja yang turut serta diseret mungkin untuk imbangi tangkapan. Muhamad Muhamad Taib yang menjadi Menteri Besar Selangor pada masa itu “terlepas” walaupun semasa ditemubual oleh Radio RTM beliau mencadangkan “bawalah pisau senang nak kupas limau”?.

Jadi, betullah kata Najib bahawa beliau tidak akan bergaduh atau “bergomol”(kata orang Kelantan) dengan wanita. Wanita pula lebih-lebih lagi Rosmah, janganlah takut dan bimbang kerana  Najib tidak akan “bergomol”.

Masalahnya adakah Najib selamat dari “digomol”? Paling tidakpun Najib akan tetap akan “digomol” oleh pembangkang. Akan “digomol” oleh kem-kem yang tidak menyenangi beliau. Najib kena ingat dan berhati-hati terhadap “musuh dalam selimut” beliau.

Bagi wanita pula, walaupun selamat dari “digomol” oleh Najib, tetapi mereka belum terjamin dari selamat “tidak bergomol”.

Kata-kata Shahrizat Bollywood itu sehari dua ini nampaknya ke arah “bergomol”. Jadi kalau betul-betul menjadi kata-kata Shahrizat maka sudah pasti akan berlaku “pergomolan” dalam wanita. Maka pada masa itu Najib perlu campurtangan untuk menyelamatkan wanita. Kalau tidak habislah sanggul-sanggulan dan gincu-gincuan wanita.

Selaku ketua baru UMNO, Najib perlu menunjukkan gahnya kepimpinan beliau dan mampu menangani semua masalah parti. Kalau tidak kepimpinan beliau akan dinilai dan beliau kena ingat bahawa Tun Dr Mahathir masih lagi hidup dan Pak Lah juga masih lagi ada tenaga.

Bila-bila masa mereka berdua boleh kembali berada disaf depan kepimpinan UMNO dan negara sekiranya ahli UMNO melihat Najib tidak ada kemampuan menjadi nakhoda UMNO. Kalau Mat Taib, Rais Yatim, Radzi Sheikh Ahmad dan rakan-rakan lama boleh menjadi rakan-rakan baru maka tidak ada sebab Tun M dan Pak Lah tidak boleh kembali lagi.

Najib kena ingat itu…

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: