Posted by: manjanik | Mac 1, 2010

Fahamilah Kenapa Kelantan menuntut royalti.

Royalti Minyak Kelantan: Khazanah Petroleum Kelantan (bhg i)

Joint Development Area (JDA) terletak dalam kawsan seluas lebih kurang 7,250 kilometer persegi dan ianya terbahagi kepada 3 blok dan ke 3-3 blok berkenaan berada didalam kawasan perairan bertindih yang melibatkan tuntutan diantara Malaysia – Thailand.

Jarak kawasan (JDA) dari daratan ialah 260 kilometer dari Songkhla, 280 kilometer dari Pattani, 310 kilometer dari Kerteh dan hanya 150 kilometer sahaja dari Kota Bharu. jauh lebih hampir dari Songkhla, Pattani atau Kerteh.

Pengeluaran semasa gas di kawasan ini dianggarkan berjumlah 790 juta kaki padu sehari atau 248 trillion kaki padu setahun dengan nilai lebih dari RM4 billion setahun manakala pengeluaran minyak pula ialah sebanyak 23,000 tong sehari.

Tuntutan Royalti Gas dan Petroleum melibatkan eksplorasi yang berada didalam perairan Negeri Kelantan.

2 daripada kawasan ini sudah pun memulakan pengeluaran Petroleum dan Gas asli bermula dari tahun 2003 dan tahun 2005 tetapi berada didalam kawasan pertindihan. 1 kawasan lagi berada di tepi pantai Kelantan tetapi dijangka hanya akan memulakan pengeluaran pada tahun 2011 dan tahun 2012.

Selain daripada itu, terdapat juga lokasi yang berada dalam kawasan persempadanan perairan Negeri Kelantan dan Terengganu, telah memulakan pengeluaran dan Royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Kawasan-Kawsan Yang Dimaksudkan:

(i) – Kawasan Joint Development Area (JDA) Malaysia – Thailand:

(a) – Blok A18 (9 zon) iaitu Pelantar Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudera, Wira dan Samudera North.

(b) – Blok A17 (9 zon) iaitu Pelantar Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.

(c) – B17-01 (3 zon) iaitu Pelantar Tanjung, Jinda dan Andalas.

(ii) – Blok PM3 Atau Commercial Arrengement Area.

Kerja-kerja pengeluaran telah bermula pada tahun 1997 bagi Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan telah mencapai kemuncaknya pada tahun 2004. ini melibatkan kerja-kerja di Pelantar Bunga Kekwa West, Bunga Kekwa – Cai Nuoc East, Bunga Raya East, Bunga Raya West, Bunga Raya North West dan Bunga Seroja.

Kapasiti pengeluaran ialah sebanyak 60,000 tong minyak sehari dan 270 mm cfpd gas. gas yang diperolehi oleh Petronas dari kawasan ini dihantar melalui paip (pipeline) 24 inci sejauh 170 kilometer ke Pelantar Resak yang terletak di perairan Terengganu.

Petronas dan Kerajaan Pusat telah cuba untuk menafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan dengan menimbulkan isu bahawa kawsan PM3 berada dilokasi bertindih antara Malaysia dan Vietnam dan juga PM3 berada di Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (Malaysian Exclusive Economy Zone).

Sebagaimana dengan isu di zon JDA, aspek Perundangan dan Perlembagaan Persekutuan adalah jelas dan menyebelahi Tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan. jarak kawasan pengeluaran atau carigali tidak menjadi penentu atau syarat pembayaran Royalti kerana sebelum ini, Kerajaan Negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak juga terus menikmati pembayaran Royalti dari Petronas meskipun jarak pengeluaran atau carigali Minyak dan Gas 3 negeri tersebut lebih jauh dari kawasan tuntutan Kerajaan Kelantan.

NOTA: Pembayaran Royalti sebanyak 5% hasil pengeluaran dan carigali di perairan Terengganu kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah dihentikan serta-merta sebaik sahaja Parti PAS mengambil-alih Kerajaan Negeri Terengganu pada Pilihanraya Umum tahun 1999 dan telah digantikan dengan pembayaran “Wang Ehsan” dan terus menjadi isu sehingga sekarang.

(iii) – Blok PM301 dan PM302.

Blok PM301 adalah bersempadanan dengan pantai Kelantan dan Blok PM302 pula bersempadanan dengan Blok PM301. menurut Petronas, pengeluaran gas di kawasan-kawasan PM301 dan PM302 akan bermula pada tahun 2011 atau 2012.

Operasi di ke 2-2 Blok ini (PM301 dan PM302) telah diserahkan kepada CS Mutiara Petroleum Sdn.Bhd. ini adalah sebuah Syarikat Usahasama (50-50) antara Petronas Carigali dengan Shell Exploration and Production Malaysia BV.

Setakat ini, terdapat sejumlah 8 kawasan yang telah disahkan mempunyai stok gas asli.

Pada 3hb. April, 2006, CS Mutiara telah mengumumkan bahawa kerja-kerja penggerudian (explorasi) lautan sedalam 67 meter telahpun bermula pada 18hb. Februari, 2006 dan sejumlah telaga telah ditemui.

Penemuan gas di Blok PM301 adalah di zon Bunga Kamelia, Bunga Zetung, Bunga Anggerik, Bunga Kesumba, Bumi South dan Bunga Melati sementara penemuan gas di Blok PM302 pula ialah di zon Bunga Dahlia dan Bunga teratai.

(iv) – Kawasan Ular, Gajah dan Bergading di PM302 serta Lawit dan Jerneh dalam Blok PM303.

Kawasan Ular dan Gajah Bergading terletak bersempadan diantara JDA Blok A18 dengan Blok PM301.

Sumber Petronas memanggil kawasan ini sebagai Blok PM302. bagaimanapun, masih tidak jelas samada ianya diusahakan oleh operator dari kawasan JDA atau oleh CS Mutiara kerana didalam data, tercatat bahawa Ular, Gajah Bergading tercatat Malaysia – Thailand Joint Authority.

Tetapi jika dilihat pada peta Seismis, ianya menunjukkan bahawa kawasan Gajah Bergading dan Ular terletak dalam perairan JDA dan ianya juga tidak berada dalam perairan tuntutan bertindih (perairan Kelantan).

Sementara itu, kawasan Jerneh dan Lawit yang dipercayai berada dalam perairan Negeri Kelantan juga cuba dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan menimbulkan isu bahawa PM303 berada didalam kawasan bertindih antara Malaysia – Vietnam (Contagious Zone sehingga 44 kilometer dari daratan) sementara PM302 pula berada dalam Zon Ekonomi Ekslusif Malaysia (sehingga 370 kilometer dari daratan).

Sumber : http://perisik-rakyat.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: