Posted by: manjanik | Februari 28, 2010

ROYALTI MINYAK KELANTAN: Bentang di Dun kemudian ke Mahkamah

Satu usul berhubung isu tuntutan royalti minyak mungkin dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok bagi membawa isu tuntutan itu ke mahkamah, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa.

“Saya tidak tahu apa yang akan Adun bincangkan esok. Mungkin mereka akan membawa satu usul mengenai itu. Ini akan menguatkan lagi langkah kerajaan negeri untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana ia mendapat mandat daripada DUN negeri,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Bharu, hari ini.

Hari ini, kerajaan negeri menjemput semua Adun termasuk dari Barisan Nasional (BN) untuk mendengar taklimat berhubung royalti minyak Kelantan yang diberikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, dan bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, Nik Saghir Mohd Noor.

Husam yang juga Exco Kanan kerajaan Negeri Kelantan, berharap semua Adun itu mendapat penjelasan lebih nyata dan membincangkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan pada sidang dewan esok.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu mendapatkan sokongan daripada DUN kerana sewaktu perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 1975, perkara itu dibawa di dalam sidang DUN untuk dipersetujui bahawa lima peratus hasil keuntungan minyak di Kelantan diberikan kepada negeri dan lima peratus lagi diberikan kepada Kerajaan Pusat.

petronas petrol oil facility in terengganu kerteh 141108 01Kerajaan Kelantan bertegas mahukan Kerajaan Pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri itu tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan Pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ihsan kepada penduduk Kelantan, yang juga adalah bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.

Perkara itu seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

Husam berkata, kedua-dua tokoh itu dijemput untuk memberikan taklimat kerana mereka adalah antara tokoh terbabit dalam perjanjian Akta Petroleum 1975.

Mengulas kesediaan kerajaan negeri menyertai Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, Husam berkata:

“Kita tidak terima. Jawatankuasa itu adalah jawatankuasa haram.”

Sumber : Bernama


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: