Posted by: manjanik | Februari 23, 2010

UMNO Tanah Merah Masih Huru Hara

Perintah mahkamah tidak libatkan dua jawatan penting

TANAH MERAH – Perintah injunksi yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kota Bharu baru-baru ini tidak melibatkan status jawatan Ketua dan Timbalan UMNO Bahagian Tanah Merah.

Setiausaha UMNO Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail berkata, perintah mahkamah yang diperoleh ahli UMNO Cawangan Simpang 3 Sri Mahligai, Amran Ab. Rahman tidak melibatkan status jawatan yang disandang kedua-duanya pemimpin bahagian itu.

“Perintah tersebut hanya membabitkan harta dan akaun UMNO Bahagian Tanah Merah sahaja.

“Ini bermakna, jawatan Ketua dan Timbalan UMNO Bahagian masih kekal disandang Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Baharudin Yusof,” katanya.

Menurutnya, perkara tersebut juga telah dimaklumkan kepada peguam UMNO Malaysia, Datuk Hafarizam Harun untuk diteliti dan diambil tindakan susulan yang sesuai.

“Sebagai wakil UMNO Bahagian Tanah Merah, saya mengharapkan agar ahli parti bertenang dalam menghadapi situasi ini manakala aktiviti parti akan dijalankan seperti biasa.

“UMNO Bahagian Tanah Merah amat kesal dan kecewa kerana masih ada segelintir ahli parti tidak menggunakan saluran parti yang betul dalam menguruskan hal berkenaan,” katanya.

Ahmad berkata, perkara tersebut jelas bercanggah dengan hasrat dan hala tuju Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Ab Razak yang begitu bersungguh memantapkan parti serta berjuang untuk kebaikan rakyat dan membawa negara ke arah kecemerlangan.

“Sesungguhnya semua ahli parti mesti akur mematuhi aspirasi parti itu,” katanya.

Menurutnya, semasa pemilihan parti pada tahun 2008, Ikmal Hisham telah menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah dengan mendapat pencalonan 92 cawangan daripada 108 cawangan.

“Jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pula dimenangi Baharudin Yusof dengan menewaskan Datuk Ir Shaari Hassan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian


Responses

  1. Puak puak dio lagu tu sokmo dok kekoh berebut ……….la tu


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: