Posted by: manjanik | Februari 17, 2010

Kenyataan Stopa Memalukan Rakyat Kelantan – Jahil

Tok Pa: Kenyataan Nik Aziz kompromi politik

Umno Kelantan menyifatkan kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini adalah kompromi demi politik.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini kerana tidak sewajarnya kenyataan sedemikian keluar daripada mulut seorang tokoh ulama.

“Umno Kelantan dukacita dengan kenyataan Nik Aziz kerana Maulidur Rasul telah menjadi amalan di negara ini.

“Beliau sanggup mengatakan tiada fadilat dalam sambutan itu semata-mata atas kehendak politik DAP dan membelakangkan amalan yang dibuat di negara kita, sambutan itu bukan sahaja diamalkan di negara kita malah ianya juga diamalkan dinegara-negara Islam lain,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pemimpin Umno Bahagian Kubang Kerian, di Kota Bharu hari ini.

MANJANIK: Bodohnya alasan yang diberikan oleh Stopa ni. Tapi memang itulah pemikiran Umno. Stopa kena jawab, Apakah beliau tidak merasa DUKACITA apabila Islam di Negara yang diperintah oleh BN/Umno ini tidak melaksanakan ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar SAW? Hatta orang yang yang rela dirinya dirotan kerana minum arak, sampai ke hari ini masih tidak dapat dilaksanakan.

Apakah Stopa rasa tidak berdosa apabila perarakan yang dibuat itu bercampur gaul antara lelaki dan perempuan, tidak tutup aurat dan seumpamanya?. Lebih-lebih lagi tujuan perarakan itu hanya bertujuan politik dan membanggakan diri sahaja.

Sedarlah orang melayu yang mengaku Islam. Perarakan tidak pernah di suruh oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW hanya menyuruh kita melaksanakan ajaran yang dibawa oleh Baginda.

Kalau sambutan itu menjadi kebanggaan, Abu Jahal lebih bangga dari Umno. Abu Jahal dan geng-gengnya terlebih dahulu meraikan kelahiran Nabi Muhamad SAW. Adakah Abu Jahal mengikut apa yang Nabi SAW saran dan ajarkan? TIDAK. Kalau begitu tidakah ianya sama saja dengan UMNO?.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang antara lain dilaporkan sebagai berkata bulan ‘Maulud’ tidak mempunyai fadilat atau sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Kenyataan Mursyidul Am PAS itu menimbulkan kontroversi memandangkan kerajaan Pulau Pinang yang diteraju DAP iaitu sekutu PAS dalam pakatan pembangkang sebelum ini dikecam kerana didakwa membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul di negeri tersebut. DAP bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata kenyataan Nik Abdul Aziz itu juga memperkecil-kecilkan sambutan Maulidur Rasul yang telah sekian lama diamalkan di negara ini.

MANJANIK: Judi dan riba juga sudah jadi tradisi di Negara ini. Sudah lama diamalkan. Sama sahaja dengan perarakan maulud tuu… Apakah judi dan riba itu ajaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW? Kenapa Stopa tidak buat perarakan judi dan riba sebagai mengenang ianya sudah lama diamalkan di Negara ini?

Apakah perkara yang lama kita buat itu tidak bersalahan dengan ajaran Islam?  Lama diamalkan bukan bererti betul. Betul atau salah bukan boleh diukur dengan lama atau baru. Kalau lama menjadi ukuran maka ajaran jahiliyah yang ada sebelum kedatangan Islam mestilah dipertahankan.

“Saya yakin umat Islam tidak setuju dengan pandangan (Nik Aziz) ini,” katanya.

Sumber : Bernama.com


Responses

  1. Dunia ini dirasakan terbalik, dimana hujung dimana panggal, dimana jantan dimana betina. Betapa tidak, bila si jahil mengata si alim jahil bodoh.
    Demo tak pandai, kawe tak reti, maulud itu amalan umat Islam, bukti diamalkan sudah berabad di negara kita.
    Demo nak ambil hati, kawe hanya dengki, fatwa maulud ada udang disebalik batu, nak ambil hati DAP di Pulau Pinang.
    Hal maulud ini TGNA benar, Stopa mengarut .. Tanya Harussani, tanya Tamyez, tanya Gadot, tanya Mid bin Man, tanya Adullah Jertih. baru tahu batas dan pagar…
    Baru gigi tak tertikam lidah, berfikir dengan kepala otak bukan kepala lutut, tak dituduh Pak Pandir, tak dikatawa budak sekolah…
    Jaga mulut dengan otak, jaga otak dengan ilmu, jaga ilmu dengan belajar, jaga belajar dgn bertanya ……

    STOPA TOloooooong STOP.

  2. Rumit masalahnya.

  3. Kelakar ..even The Hunley..1st ever submarine pun bole menyelam…maybe tldm kena beli kapal selam mcm tu..simple tak ade engine n elektrical wiring…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: