Posted by: manjanik | Februari 12, 2010

UMNO Tanah Merah Kembali Bergolak

Kesahihan ketua Umno Tanah Merah dipertikai

Seorang bekas pemimpin Umno Tanah Merah mempertikaikan status jawatan ketua Umno dan timbalan ketua bahagian tersebut yang didakwanya tidak berkelayakan untuk memegang jawatan tersebut susulan cawangan mereka berstatus “dibubarkan sementara” oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 15 November 2007.

Bekas setiausaha Umno bahagian itu, Amran Abdul Rahman mendakwa ketua bahagian berkenaan, Ikmal Hisham Abdul Aziz dan timbalannya, Baharuddin Yusof, yang masing-masing dari cawangan Pondok Lama dan Banggol, adalah dari cawangan terbabit.

Menurutnya lagi, dalam tempoh tersebut, cawangan berkenaan dilarang mengutip yuran dan ahlinya ini tidak boleh menjadi perwakilan atau menawarkan diri untuk bertanding.

Bagaimanapun Amran mendakwa kedua-dua pemimpin tersebut menawarkan diri untuk bertanding bagi kedua-dua jawatan dan menang dalam pemilihan parti itu pada tahun 2008.

“Untuk bertanding pada pemilihan tahun 2008, ia haruslah berdasarkan kepada yuran 2007. tetapi perkara ini (pembubaran sementara) tidak didedahkan.

“Jadi mereka dibenarkan bertanding pada 2008. Pada hal, status cawangan tersebut dibubarkan. Jadi mereka tidak ada kelayakan untuk bertanding. Mereka tidak ada kelayakan untuk menawarkan diri untuk bertanding,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Amran mendakwa perkara tersebut menyalahi peraturan ROS dan sekiranya tidak diselesaikan ia akan menimbulkan lagi berbagai masalah antaranya berhubung perlantikan penghulu.

Menurutnya, beliau telah membuat aduan tersebut kepada ibu pejabat parti dan badan perhubungan Umno negeri, berhubung perkara ini sejak 2008. Bagaimanapun, katanya tiada tindakan susulan daripada pihak yang berkenaan.

Ekoran itu, beliau membuat aduan polis pada 30 Januari lalu berhubung perkara itu selepas mendapat salinan surat dari ROS pada 25 Januari lalu.

Dalam aduan itu, Amran mendakwa kedua-dua cawangan tersebut telah menerima surat pembubaran sementara, bermula pada tarikh 15 November 2007 dan dibatalkan pendaftarannya berkuatkuasa 10 November 2009 oleh ROS.

Sementara itu, ketua Umno bahagian itu, Ikmal Hisyam Abdul Aziz berkata semasa pemilihan jawatan tersebut dua tahun lalu, ibu pejabat parti memberi kebenaran untuk mereka untuk bertanding.
“Masa itu, ibu pejabat Umno kata ahli di bahagian boleh bertanding dan cawangan masih lagi sah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini sambil mengesahkan menerima surat pembatalan pendaftaran cawangan tersebut daripada ROS.

Menurutnya lagi, mengikut perlembagaan Umno, sekiranya sesuatu cawangan yang dibubarkan, seseorang ahli masih lagi boleh bertanding atau boleh memegang jawatan di dalam parti.

“Cawangan hanya dibatalkan oleh ROS. Keahliannya dalam Umno tidak tergugur,” katanya sambil menambah seseorang itu boleh merayu atau mendaftar di cawangan yang lain.

Ikmal Hisyam berkata, beliau sudah membuat proses rayuan untuk menghidupkan semula cawangan termasuk cawangannya yang dibatalkan oleh ROS sejak memegang jawatan itu pada 13 Disember 2008.

Dalam pemilihan jawatan ketua bahagian tahun 2008, Ikmal Hisyam mendapat sokongan 92 daripada 108 cawangan di bahagian Tanah Merah.

Sumber: Malaysiakini.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: