Posted by: manjanik | Februari 6, 2010

Rais minta Blogger beretika?, Dia sendiri macamana?

Penulis blog perlu beretika lapor, komen kes liwat – Rais

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Penulis blog perlu beretika dan bertanggungjawab dalam melapor atau memberi komen berhubung perbicaraan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan itu tidak kebal daripada tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati menulis perkara yang bersifat subjudis terhadap kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.

“Dengan trend yang ada sekarang ini, saya percaya penulis-penulis blog pun akan terasa mereka perlu bertanggungjawab terhadap masyarakat dan tidak bebas seperti aliran air semata-mata, mencurahkan ke sana dan melimpah ke sini.

Sumber: UtusanOnline.com

MANJANIK: Masa Rais menuduh dan semacam mengfitnah bahawa orang yang hadir ke Stadium Sultan Mohd ke IV kerana solat hajat dan mendengar ceramah Ku Li mengenai royalti baru-baru TELAH DIUPAH DAN DIBAYAR , APAKAH ITU ADA ETIKA?

Tidak beretika dalam Islam lebih teruk lagi…. Jadi jangan nampak orang jer..kitapun kena lihat juga.


Responses

  1. Gema kebenaran akan terus mara,
    Yang hitam tak boleh disembunyi,
    Yang putih jelas kelihatan,
    Setengah abad rakyat ditipu,
    Banyak yang putih menjadi hitam,
    Banyak yang hitam menjadi putih.
    Setengah abad pena tebalik,
    Penyamun ditulis pejuangan,
    Perompak ditulis tokoh,
    Setengah abad otak melayu dikurung,
    Siang malam menganga yang disuap,
    Malam siang terpaksa menelan,
    Setengah abab menyalak,
    Jalan kami membawa berkat,
    Jalan kami membawa bahagia,
    Setengah abad memusing adab,
    Lebai menabur fitnah ada tujuan,
    Ustaz kebendaan mengguna agama,
    Setengah abad dibelenggu penipuan,
    Semua yang busuk sudah terdedah,
    Semua yang karut telah dibantah….

    Salah satu senjata UMNO yang paling berbisa adalah media. Penguasaan UMNO ke atas media telah menyebabkan orang melayu terpaksa menelan apa sahaja berita yang disogok UMNO. Segala berita diputsrbelik supaya memihak kepada UMNO. Sehingga ke satu peringkat, orang melayu menjadi muak dan loya. Namun terpaksa menelannya kerana tiada sumber berita kecuali daripada media-media yang disediakan UMNO.
    Keadaan kelam tersebut nampak akan berakhir dengan lahirnya media internet. Anak-anak muda bebas menerima berita yang diminati tanpa batas. Kedaan ini telah menyebabkan UMNO kehilangan penguasaan dan cekaman terhadap anak-anak muda. Pilihanraya ke12 telah mendedahkan kekuatan dan kelemahan UMNO dan hubung kait dengan media.
    Maka UMNO sedaya upaya mahu menyekat media baru dari terus mempengaruhi orang melayu. Rais Yatim merupakan salah seorang yang bertanggungjawab untuk menahan arus ini. Namun tidak terdapat tanda-tanda positif daripada usaha beliau.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: