Umat Islam dihormati jika amal ajaran agama
JASIN 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap umat Islam menunjukkan nilai kemanusiaan tinggi yang menjadi sebahagian daripada ajaran murni agama Islam.
Perdana Menteri berkata, Islam bukan sahaja murni dari segi ibadah khusus terhadap Allah, tetapi juga dari segi hubungan sesama manusia sama ada yang seagama mahupun bukan Islam.
Menurut Najib, apabila seseorang itu mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, dia akan dihormati masyarakat seluruhnya sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran.
“Sebab itu di dalam al-Quran, ada ayat yang melarang secara khusus kita mencaci, mencerca atau melakukan khianat terhadap agama lain termasuk tempat ibadatnya. Orang akan lakukan lebih dahsyat lagi terhadap agama kita.
MANJANIK: Masalahnya apakah Negara ini yang diperintah oleh Umno/BN melaksanakan atau mengamalkan ajaran Islam sebenar dan sepenuhnya? Kabar atau sedar ke Najib bercakap ni? Betullah Islam akan dihormati dan di segani kalau ajarannya dilaksanakan atau diamalkan sepenuhnya. Tetapi setakat ini, Islam di negara ini tidak begitu. Undang-undang yang ada dalam Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya. Hatta kes orang minum arak dan rela dirinya dirotan tidak dapat dilaksanakan walaupun masih tidak memenuhi tuntutan Islam.
Jadi, masalah manusia ini hanya boleh diselesaikan dengan amalan Islam yang sebenar. Dan pemimpin adalah ikutan. Maka Najib kena perbetulkan anak bini dia dulu sebelum nak perbetulkan orang lain. Biar anak dan bini kita berada di atas landasan Islam sebenar dulu. Baru boleh bercakap pasal Islam. Kalau tidak nanti orang akan tetawakan kita…
“Maknanya, kalau kita membakar tempat ibadat agama lain, mereka juga akan melakukan terhadap tempat ibadat umat Islam malah lebih teruk daripada itu. Inilah ingatan Allah SWT terhadap umat Islam,” katanya ketika merasmikan Masjid Asy-Syuja’ah, Merlimau Utara yang bernilai RM4.6 juta di sini hari ini.
“Semasa saya meluahkan gagasan 1Malaysia, ia juga bersandarkan kepada prinsip agama walaupun tidak tersurat, tapi tersirat dalam gagasan itu satu prinsip yang saya jadikan sebagai antara tonggak dalam gagasan 1Malaysia iaitu prinsip keadilan sosial.
“Keadilan juga adalah tuntutan agama kerana ada ayat khusus yang menyuruh kita kalau sebagai pemimpin hukumlah secara adil, secara umum untuk semua,” tambahnya.
MANJANIK: Abess hukum hakam atau undang-undang di Malaysia yang diperintah oleh BN niee ikut tuntutan Agama Islam ke Jib? Jangan dok kelentonglah… Keadilan mesti menurut Islam bukan mengikut kepala otak kita. Apatah lagi undang-undang yang negara kita amalkan sekarang ini berdasarkan apa yang telah digaris pandukan oleh Lord Reid. Siapa Lord Reid? Apa kaitan kita umat Islam dengan Lord Reid sehingga apa yang dibuatnya tidak boleh kita langgar? Tak boleh ditukar?Apakah pemimpin Umno/BN melihat Lord Reid lebih besar dari Allah SWT?
Kembali kepada Islam bukan kembali separuh-separuh. Sebab masuk syurga dan masuk neraka tiada yang separuh-separuh. Langgar perintah Allah SWT neraka lah jawabnya…tetapi sekiranya patut dan taat ke syurga adanya kita.
Fikir-fikirlah supaya kita tidak tetipu dengan mainan kata-kata pemimpin yang hanya tahu berkata-kata tetapi jauh sekali untuk melaksanakannya.
cakap senanglah bib, amalanya nak suruh bini tutup kepala pun susah, cakap biar serupa bikin.
By: pakcikli00 on Februari 6, 2010
at 2:35 am
Dengan lisan (lidah) juga disyariatkan untuk mencegah kemungkaran jika tidak mampu diubah dengan kuasa politik. Namun sekiranya nasihat secara baik dengan lisan juga Najib, UMNO dan UG buat tidak endah aje, maka tak salah jika menggunakan lisan untuk kutuk dan caci them all nih.
By: Hydzelan Hashim on Februari 6, 2010
at 11:23 am