Posted by: manjanik | Februari 3, 2010

Tun M : Umno tidak mampu tawan Kelantan

Saya Tak Layak Kritik Tengku Razaleigh – Dr. M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap bahawa beliau tidak layak untuk mengkritik tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menggunakan pentas pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan kerana bekas Perdana Menteri itu sendiri pernah melakukan perkara sama sebelum ini.

“Saya tak fikir tindakan menggunakan pentas pembangkang perbuatan yang diterima tetapi saya juga pernah bercakap dalam kumpulan kecil mengkritik kerajaan.

“Saya tidak layak untuk mengkritik,” katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang menggunakan pentas pembangkang mengeluarkan kenyataan bahawa negeri itu layak menerima lima peratus royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.

Terdahulu beliau menyampaikan ucaptama pada Persidangan Logik Asean di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Khamis lalu, bekas Menteri Kewangan itu dalam satu perhimpunan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan berkata bahawa negeri itu layak memperoleh royalti berkenaan. Sedangkan kenyataannya itu bercanggah dengan pendirian Kerajaan Pusat yang mahu menyumbangkan wang ihsan.

Ekoran itu, Pergerakan Pemuda Umno melahirkan rasa kesal dengan tindak-tanduk Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu yang berkongsi pentas dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat semasa perhimpunan di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baru.

Semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dr. Mahathir mengkritik keras kerana tidak bersetuju dengan beberapa tindakan penggantinya itu menguruskan negara.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berpendapat, Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan itu kerana mengutamakan negerinya berbanding Kerajaan Pusat.

“Saya fikir sebagai anak jati Kelantan, beliau mahu melihat negerinya itu mendapat wang. Itu saya rasa. Saya belum bercakap dengannya,” ujar beliau.

Ditanya sama ada tindakan itu akan menjejaskan keyakinan pengundi terhadap Umno berikutan kejadian itu, Dr. Mahathir berkata: “Mungkin, mungkin.

“Tetapi apa sahaja yang kita lakukan, kita tidak akan dapat rampas balik Kelantan. Orang Kelantan ada cara tersendiri berfikir.”

Sumber : Mstar.com

MANJANIK : Kenyataan Tun M ini dilihat sebagai suatu sokongan kepada Ku Li. Ku Li berjuangan untuk dapatkan royalti kepada rakyat Kelantan. Sedangkan Najib nak bagi wang ehsan sahaja. Perjuangan Najib disokong oleh dua pemimpin Umno Kelantan yang berada di dalam kabinet – Stopa dan Awe Adek. Ku Li kata rakyat Kelantan bukan Tok Pakir (fakir) untuk meminta-minta walaupun dituduh mereka miskin.

Oleh kerana Ku Li orang Kelantan maka beliau mahu rakyatnya mendapat hak sebenar yang telah diperuntukkan kepada mereka. Lain pulak dengan “dua orang itu” yang tidak mahu wang royalti diberikan kepada rakyat Kelantan. Apakah orang seperti ini yang kita kena sokong?

Sepatutnya demi kesejahteraan rakyat Kelantan yang Stopa mahukan mereka mengundi BN dalam PRU13 nanti, terlebih dahulu memperjuangkan hak rakyat ini. Ini tidak, mereka berdua pulak yang memberi pelbagai alasan untuk tidak diberikan kepada rakyat.

AYUHHHHH….rakyat Kelantan semua….kita berjuang untuk dapatkan hak kitaaa…. sebagaimana Sabah, Sarawak dan Terengganu dapat.


Responses

  1. Helo brother,
    UMNO dah nazak, nyawa yang tinggal hanyalah nyawa-nyawa ikan. Semua yang ada pada UMNO dah rosak dan busuk (“busuk sampai ke perut” dr.Mahadir). Tiada siapa yang mahukan atau cintakan UMNO kecuali dua jenis manusia, 1. Mempunyai kepentingan. 2. Jahil tukir.
    Kesannya, menolak UMNO menjadi suatu budaya dalam kalangan rakyat. Yang melayu rela undi DAP kerana tak mahukan UMNO, yang cina rela undi PAS kerana tolak UMNO, yang india rela undi posman kerana bencikan UMNO. Maka UMNO terkena strok dan dimasukan ke ICU. Kawan-kawannya MCA MIC PPP pula diceraikan bini, dah nak masuk wad sakit jiwa.
    Namun dalam keadaan BN tenat begini, PAS pula kelemasan. Lemas bersama labu-labu, selepas dah menang sebesar Kuman Kudis Kurus Kering dalam pilihanraya ke12 lepas. Mula jadi nak penyamun dan berjinak-jinak nak rompak harta ghanimah rakyat Kelantan. Cerita PBMK baru-baru membuka pekong perangai golongan biawak dalam PAS. Semua rahsia yang selama ini ditutup erat telah dilodeh, apabila mereka berbalah sama-sama menuduh siapakah sebenarnya penyamun. Ini belum lagi cerita wakil rakyat yang sombong bodoh yang mencemarkan parti dan agama.
    Kembalilah kepangkal jalan…….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: