Posted by: manjanik | Februari 3, 2010

Antara Utusan Malaysia dan Mstar – Siapa berbohong.

‘Tindakan Ku Li tidak boleh diterima’

Oleh NORILA DAUD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menggunakan pentas pembangkang dalam isu tuntutan royalti minyak Kelantan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Menurut beliau, Tengku Razaleigh boleh menggunakan saluran lain seperti forum untuk menyatakan pandangan.

Kata Dr. Mahathir, beliau juga boleh berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya menggunakan pentas parti pembangkang.

“Saya rasa ini tidak boleh diterima, saya sendiri akan menggunakan saluran seperti forum untuk suarakan pandangan saya.(Kenyataan yang berbeza)

“Tengku Razaleigh juga boleh bercakap dengan Perdana Menteri jika Perdana Menteri mahu berjumpa beliau,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan pada Persidangan ASEAN Logics 2010 di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai tindakan Tengku Razaleigh menggunakan pentas pembangkang untuk menuntut isu royalti minyak Kelantan.

Ditanya sama ada tindakan Tengku Razaleigh itu boleh memecahkan undi BN di Kelantan, Dr. Mahathir berkata: “Ikut macam mana pun BN tidak boleh dapat balik Kelantan kerana mereka mempunyai pemikiran tersendiri’’. (Kenyataan ini sahaja yang sama).

Sumber : Utusanonline


Responses

  1. SEMINAR AMALAN TARIQAT NEGERI SELANGOR : http://wp.me/piAx4-17c

    MAJLIS “SETAHUN GAZA DI SERANG” : http://wp.me/piAx4-17j

    MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : http://wp.me/piAx4-179

    Sambutan Maulidurrasul di Masjid al-Falah, USJ9,: http://wp.me/piAx4-16R

    Ini Bida’ah Itu Bida’ah : http://wp.me/piAx4-16Y

  2. Stopa dan Awang menempah keranda untuk UMNO.

    Bumi Kelantan bergegar, rakyat mula sedar, mereka bukan jenis papa kedana, mereka orang mewah boleh bergaya, bumi mereka bumi bertuah, minyak keluar mencurah-curah, tapi hak milik mereka tidak diserah, rakyat Kelantan tunjuk amarah, rela mereka menentang arah, menuntuk hak mereka supaya diserah.TOK GURU menangis sampai mata merah, kepada Allah beliau menyerah, minyak harta yang telah dianugerah, dirampas penyamun tak mahu diserah, digelar pula peminta sedekah, kahulu hilir tangan menadah, cissss kami memang tidak orang berada, namun kami bukan peminta sedekah.

    Dalam keriuhan orang Kelantan menuntut hak mereka sebagai tuan rumah kepada hasil mahsul minyak yang mengalir dalam bumi mereka. Tiba-tiba terdapat 2 orang rakyat Kelantan menjaja kehilir kehulu “orang kelantan tak layak menerima Wang Royalti, hanya layak terima ihsan belas kesihan atau sedekah”. “Sebenarnya orang Kelantan ditipu PAS, isu royalti dipolitikkan”. “Kalau berani bawa kes dalam mahkamah”. “Mari kita ambil wang ihsan 20 juta untuk pembangunan Kelantan”.
    Rakyat Kelantan ternganga, kenapa 2 orang ini berputar. orang kehulu mereka ke hilir, orang kepala ke atas mereka kepala ke bawah, orang pakai topi keledar dikepala, mereka pakai dilutut, orang pelihara ayam direban, mereka pelihara ayam dalam rumah. Adakah mereka mempunyai masalah atau kenapa ……….
    Adakah masuk akal, heran bin ajaib, ………. bapa kita orang Kelantan, ibu kita orang Kelantan, datuk nenek dan moyang moyong pun orang Kelantan. Kelantan pula tersohor dengan kemiskinan, terpaksa ke Singapura jadi kuli, terpaksa ke Kedah memukul padi, terpaksa ke Pahang membuka tanah dan ……. 2 orang ini kata tak payah serah royalti biar biarkan rakyat menikmati ?????? …. Bukankah ini boleh dianggap tuduh sebagai pendurhakaan, atau menikam dari belakang, atau pengkhianat ?.
    Beringatlah wahai teman, pekerjaan kamu bukan mendatangkah tuah, namun mendatangkan bencana. Rakyat tidak menghala tuduhan kepada kamu, tapi tuduhan itu dihala kepada parti yang kamu wakili.

    Betul kata datuk,
    Benar telahan datuk,
    Kamu akan kalah,
    Kamu tak akan menang,
    Mulut mu salah langkah,
    Kaki mu salah jangka,
    Sokong mu membawa rebah,
    Tentangan mu membawa jatuh,
    Sanjungan yang diharap,
    Keranda simati yang didapati,
    Hentikan kerja sia-sia,
    Kembali semula ke tempat asal.
    (Terima kasih dr. Mahathir)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: