Posted by: manjanik | Februari 2, 2010

Hina Cina dan India – Pegawai Khas PM letak jawatan.

Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan meletakkan jawatan berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman di Melaka pagi ini, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Menurutnya lagi, kenyataan Nasir itu juga tidak mencerminkan pandangan perdana menteri.

Nasir, tambahnya, memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.

Berikutan itu, Nasir akan meletak jawatan.

Nasir dikatakan telah membuat kenyataan berbaur perkauman ketika berucap pada seminar ‘1Malaysia’ di Melaka hari ini, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Februari.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.

Sumber : Malaysiakini.com

MANJANIK : Hairan sungguh menghairankan. Macamana seorang yang berada dibawah dagu Perdana Menteri sanggup menghina kaum lain dalam visi dan misi ke arah 1Malaysia ni. Tetapi sememangnyalah, apabila asas perjuangan berdasarkan kepada perkauman dan bangsa maka inilah jadinya.

Kembalilah kepada perjuangan Islam pasti anda selamat.  Itu janji Allah SWT dan DIa tiada apa-apa janji kebaikan kepada manusia yang berjuangan bukan berlandaskan Islam.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selalu bertanya kepada orang yang tidak mahu kepada perjuangan Islam, “Sila tunjuk di mana tak betulnya perjuangan Islam ini?”. “Kalau kamu boleh bagitahu dan bawa dalil yang kuat, kami ikut kamu, kalau tidak kamu kena ikut kami”.


Responses

  1. Ia amat Jelas mencermin kan sikap Ketua Pemimpin 1MALAYSIA. Matlamat dan Moto yg jelas di sampai kan oleh Pegawai KHAS. bukan salah dia pun…ni semua Allah Taa’la nak tunjuk sikap sebenarnya.

  2. Syabas Nasir! anda berani. Sanggup lepas jawatan kerana buat silap. Macam mana pula dengan Mustafa Ali and the gang (UG)? dah buat silap tapi tak mahu undur diri


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: