Posted by: manjanik | Februari 1, 2010

Kisah sedih rakyat Negeri Sembilan

Adik-beradik malang mulakan persekolahan

Empat beradik malang yang tidak pernah bersekolah kerana kesempitan hidup keluarga mereka dan tidak mempunyai sijil kelahiran, memulakan persekolahan mereka hari ini.

Mohd Fais Abdullah, 12, Muhammad Fahmi, 10, dan Farranadwa, 9, kini belajar dalam tahun enam, empat dan tiga di Sekolah Kebangsaan Sikamat (SKS) di Seremban.

Manakala abang mereka, Muhammad Hafis, 13, belajar di tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mohd Redza, Sikamat.

Empat beradik itu tinggal bersama emak saudara mereka, Maswira Muhamed Ali, 51, yang merupakan ibu tunggal di Rumah Rakyat Sikamat.

Walaupun mereka berempat sudah ketinggalan jauh kerana sepatutnya mereka sudah mula bersekolah ketika berusia tujuh tahun, tetapi nyata mereka amat gembira.

Mohd Fais berkata dia gembira dapat bersekolah dan belajar bersama-sama abang dan adiknya yang lain.

“Saya rasa seronok dapat belajar dan di sekolah juga ramai kawan-kawan,” katanya ketika ditemui apabila Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Datuk Abdullah Mohammad melawat mereka di SKS hari ini.

Turut hadir guru besar SKS Kamaruddin Abu Hassan dan Maswira.

Ikut kelas peralihan, pemulihan, tuisyen

Perasaan gembira memulakan persekolahan hari ini juga terpancar di wajah kedua-dua adiknya, Muhammad Fahmi dan Farranadwa.

Sementara itu, Abdullah berkata beliau gembira kerana mendapati anak-anak ini ceria dan yang mengagumkan beliau ialah mereka yakin untuk menjalani alam persekolahan.

“Walaupun anak-anak ini dikekalkan di kelas mengikut umur mereka tapi kita akan pastikan mereka mengikuti kelas peralihan, pemulihan dan tuisyen untuk membantu mereka cepat belajar. Walaupun anak-anak ini tertinggal jauh tapi dengan sistem dan kaedah yang kita ada, saya percaya anak-anak ini akan cepat belajar.

“Saya telah meminta pihak sekolah menubuhkan satu jawatankuasa memantau dan memastikan pencapaian anak-anak ini. Saya juga minta pihak sekolah menyediakan laporan setiap minggu mengenai prestasi dan pencapaian mereka,” katanya.

Maswira pula bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga hasrat empat anak saudaranya untuk bersekolah akhirnya tercapai.

Ditanya mengenai ibu bapa anak saudaranya itu, Maswira hanya berkata ibu bapa anak audaranya itu tidak bertanggungjawab.

Sumber : Malaysiakini.com

MANJANIK: Katalah semua ni berlaku di negeri Kelantan, sudah pasti Kerajaan pimpinan Tok Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat akan dipertikaikan dan dipersalahkan. Semua media massa akan menyiarkan berita ini sebagai salah satu dari isu utama mereka.

Mujur peristiwa malang ini berlaku di negeri pimpinan UMNO/BN yang memerintah. Jadi tak lah salah mana. Rupa-rupanya teruk juga UMNO/BN memerintah ni.. Ingatkan bila UMNO/BN memerintah, peristiwa sebegini dah tiada lagi sebab mereka kerajaan yang kaya raya dan pemimpinnya semua bersikap bertanggungjawab kepada rakyat.

Dimanakah slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”?. Pooooooooooooooraaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh……


Responses

  1. Ketika Rasulullah Tersenyum : http://wp.me/piAx4-16x

    Gerakan Tajdid dan Pemikiran Najdiyyun : http://wp.me/piAx4-172

    Isu Kalimah Allah Banyak Hikmah : http://wp.me/piAx4-16U

    Sambutan Maulidurrasul di Masjid al-Falah : http://wp.me/piAx4-16R

    ALLAH: BUKAN BAHASA BIBLE : http://wp.me/piAx4-16N


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: