Posted by: manjanik | Januari 31, 2010

Royalti – Stopa + Awang Adek = Brehim

Selepas Ku Li memberi penerangan dihadapan puluhan ribu rakyat Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke IV baru-baru ini, di dapati pemuka-pemuka Umno baik di peringkat Pusat mahupun di negeri ini sendiri mula menunjukkan rasa kurang senang dengan beliau. Benci, marah dan tidak berpuashati.

Orang nombor wahid Umno, Datuk Seri Najib sendiri mengulas dan menunjukkan rasa kurang senangnya kepada Ku Li. Pemimpin “mulut banyak” Rais Yatimpun sama. Di Kelantan, dua orang pemimpinnya iaitu Tok Pha dan Awang adek menyerang Ku Li. Apa yang jelasnya tindakan disiplin akan dikenakan ke atas Ku Li.

Pokoknya, di mana salahnya penerangan Ku Li itu? Kita berbincang soal royalti hak rakyat Kelantan melalui kerajaan yang memerintah sekarang ini iaitu PAS dan Pakatan Rakyat. Kerajaan ini sah. Menang melalui proses demokrasi yang umno agung-agungkan itu. Kenapa mereka menolak tuntutan rakyat ini? Seolah-olah ada agenda lain yang boleh menguntungkan Umno?

Kedua, siapa Stopa Mamat dan Awang Adek yang mahu menyanggah Ku Li dalam hal ini? Mereka berdua belum terlibat dalam politik lagi semasa Ku Li menangani masalah ini. Apakah Tok Pha dan Awang Adek lebih arif daripada Ku Li yang terlibat secara langsung dengan perjanjian ini?

Ketiga, Apa hak Tok Pha dan Awang Adek mahu mempertikaikan tuntutan ini? Rakyat Kelantan lebih ramai dari mereka berdua hatta dengan jumlah ahli Umno di Kelantan sekalipun. Kalaulah Umno boleh mengadakan siri penerangannya di sebuah hotel baru-baru ini, jadi apa salahnya penerangan sebegitu juga di buat di stadium?

Sepatutnya mereka berdua bertungkus lumus untuk menjayakan hasrat rakyat Kelantan untuk melihat royalti menjadi milik mereka seperti apa yang diperolehi oleh rakan-rakan mereka di Sabah, Sarawak dan Terengganu. Ini tidak… mereka berdua pula yang menjadi batu penghalangnya..

Nampaknya pemikiran dan tindakan Tok Pha dan Awang Adek hanya setaraf  dengan Brehim Ali. Begitu juga dangkal dan bodohnya  dakwaan Si Rais Yatim itu yang mengatakan orang yang hadir mendengar ceramah Ku Li telah diupah. Buat malu PHD yang kamu miliki sahaja……


Responses

  1. DR.RAIS BIN YATIM…dulu bakar jambatan tapi kini bukan baiki jambatan yang dah dibakar tetapi dah buat jambatan emas.

    Wahai Dr. tidakkah tuan Dr. berasa malu bila mengatakan kegadiran di malam penerangan royalti minyak di Kelantan itu DIUPAH.

    Siapa nak upah sebegitu ramai manusia yang datang.Cuba Dr. buat pengiraan tahun satu sekolah rendah iaitu kalau seorang dari mereka dibayar RM5.00 cuba Dr.darabkan dengan lebih kurang 100,000 orang BERAPA JUMLAHNYA Dr?.

    Kalau bayar dengan duti royalti yang Dr. putar beltkan itu bolehlah.

    Ucapan memalukan sebagai seoran PhD holder.

  2. sebenarnya dua orang kuat umno lelantan tu beria-ia benar nak wang ehsan itu, bukan apa-apa,
    pengalaman terenganu dulu pun kita telah tahu, sebenarnya tok pa nak jadi dato deris, kerana wang itu dimiliki oleh dia sebagai ketua [perhubungan umno kelantan. Hari-hari ttok pa pikir bila lagi nak pegang duit minyak ni.

  3. Alhamdulillah! kerajaan pimpinan TOK GURU telah melakukan apa yang terbaik untuk rakyat Kelantan. Kasing sayang yang beliau telah curahkan kepada rakyat Kelantan menyebabkan hati ku terasa cemburu. Sempatkah aku memiliki seorang Ulamak /Umara yang begini dalam hidup ku.
    Aku menempah tiket kapal terbang untuk solat hajat bersama TOK GURU. Peluang yang besar dan tak mungkin aku akan lepaskannya. Aku solat dengan tenang bersama puluhan ribu dipadan stadium, dan aku menitis air mata sambil mengaminkan doa yang dibaca TOK GURU.
    Selepas solat hajat bersama TOK GURU aku balik ke hotel dan terlena. Keletihan dan kepuasan telah menguasai diri ku. Tidur ku bukan semata-mata tidur, tidur ku diiring mimpi. Namun mimpi tetap merupakan mimpi.
    Muka TOK GURU datang dengan muka berseri-seri, sambil membawa sebiji KEK yang besar dan terhias dengan manisan yang mengiurkan. Semua yang ada kelihatan gembira dan tersenyum puas melihat KEK tersebut. KEK tersebut diletak di atas meja yang besar dan disuatu tempat yang agak tinggi supaya dapat dilihat oleh semua hadhirin.
    Dalam kegembiraan para hadirin tersebut, tiba-tiba mata ku nampak sesuatu yang menjijikan. Dibawah meja terdapat beberapa ekor biawak sedang menghulurkan lidahnya untuk menjilat KEK tersebut. Lidah biawak tersebut bercabang dua dan terdapat air liur yang melilih. Ada di antara biawak tersebut memakai kopiah putih.
    Aku menghampiri TOK GURU dan berkata kepadanya ” sebelum dibawa KEK ini tolonglah TOK GURU halau biawak ni dahulu atau masukkan kedalam lubang biawak”. TOK GURU kata kepada ku, :” Dema gi ambil bate nyapus tolong kawe hambak bewak ni”. Aku tersedar daripada mimpi sebelum aku sempat aku pergi mengambil penyapu untuk memukul biawak tersebut.
    Adakah ini hanya mimpi orang bermimpi, atau mimpi yang mempunyai isyarat supaya aku bertindak? atau ……..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: