Posted by: manjanik | Januari 30, 2010

Rais lupa dia “bakar jambatan”

Pendirian Ku Li Mengenai Royalti Minyak Mengejutkan – Rais

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini melahirkan rasa amat terkejutnya dengan perubahan pendirian bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah yang Kelantan berhak mendapat royalti minyak berbanding pendiriannya sebelum ini.

Beliau berkata kenyataan Tengku Razaleigh pada Khamis lepas yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukan wang ihsan adalah bertentangan dengan kenyataan yang dibuat pada Oktober 2000, dan kenyataan terbarunya itu mengelirukan rakyat, terutama penduduk Kelantan.

Rais berkata demikian kepada Bernama apabila diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh mengenai isu royaliti minyak yang dibuatnya semasa berucap pada majlis solat hajat dan ceramah perdana royalti petroleum di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan pada Khamis lepas yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada 31 Oktober 2000, media melaporkan Tengku Razaleigh berkata daripada segi undang-undang, negeri-negeri di Semenanjung tidak ada hak terhadap minyak yang ditemui di luar kawasan pentadbiran masing-masing.

Oleh itu, Tengku Razaleigh yang merupakan pengerusi Petronas pada tahun 1974 yang terbabit dalam perjanjian berhubung pemberian wang ihsan itu kepada kerajaan negeri terbabit, termasuk Terengganu dan Kelantan, berkata pembayaran wang hasil minyak oleh Petronas kepada kerajaan negeri terbabit bukan diberi kerana ada dasar ianya hak negeri terbabit.

Kenyataan itu dibuat oleh Tengku Razaleigh bagi mengulas pembayaran wang ihsan yang dipertikaikan oleh anggota PAS pada persidangan Dewan Rakyat.

Rais berkata kenyataan Tengku Razaleigh pada tahun 2000 itu amat nyata bahawa semua negeri di Semenanjung tidak mempunyai hak di bawah Akta Petroleum 1974, dan ” apabila Ku Li ubah pendirian dua malam lalu, ini satu perkara yang sangat mengejutkan bagaimana beliau boleh sanggup tukar pendirian benarnya yang dilahirkannya akhir Oktober 2000 dengan semata-mata berhadapan dengan ribuan orang.”

Kenyataan terbaru Tengku Razaleigh itu mengelirukan rakyat, terutama sekali di Kelantan yang harus diperbetulkan kedudukannya daripada segi undang-undang iaitu negeri-negeri di Semenanjung tidak ada hak terhadap minyak yang ditemui di luar kawasan pentadbiran masing-masing, katanya.

“Bagi negeri yang memikirkan untuk membuat tuntutan ke atas royalti minyak seperti Kelantan, tidak berhak di bawah mana-mana Akta Petroleum kerana berada di kawasan antarabangsa yang Persekutuan berhak.

“Ini adalah kedudukan undang-undang antarabangsa dan juga undang-undang negara.

“Akta Petroleum berbeza dengan peruntukan Akta Pelantar Benua yang mana Sabah dan Sarawak tertakluk bawahnya,” katanya.

“Sekiranya hendak jadi orang tengah tidak menjadi masalah, tapi saya berharap beliau tidak kemukakan tuntutan dan pandangan bagi pihak PAS dan parti pembangkang kerana beliau masih Ketua Umno bahagian Gua Musang, dan saya berharap rakyat faham keadaan sebenar,” katanya.

Di BACHOK, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Umno Kelantan terkilan dengan kenyataan Tengku Razaleigh itu.

Beliau berkata ketika kerajaan pusat memberikan wang ihsan bagi menggantikan royalti minyak kepada Terengganu ketika diperintah PAS pada 1999 hingga 2004, Tengku Razaleigh ketika itu antara tokoh yang lantang menyokong keputusan kerajaan pusat.

“Ketika itu Ku Li (Tengku Razaleigh) menyokong pendirian kerajaan pusat memberi wang ihsan kepada Terengganu tetapi apa yang berlaku sekarang disebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Muzakarah Ahli Sunnah Wal-Jamaah Parlimen Bachok hari ini.

Dr Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata kenyataan itu bertentangan dengan kenyataan Tengku Razaleigh yang disiarkan oleh beberapa akhbar pada akhir tahun 2000 dan awal tahun 2001.

Katanya ini termasuk laporan Berita Harian keluaran 1/11/2000 antara lain melaporkan bekas Menteri Kewangan itu mengesahkan bahawa bayaran yang dibuat Petronas kepada kerajaan Terengganu sejak dulu lagi bukan royalti minyak

Sumber : BERNAMA

MANJANIK: Semasa Rais bersama berjuang dengan Ku Li, beliau pernah bersumpah bahawa jambatan yang menghubungkan beliau dengan Umno telah dibakar. Ini bermakna beliau tidak dapat lagi kembali kepada Umno. Hebatnya sumpah seorang Rais..

Sekarang sumpah beliau entah ke mana. Jadi persoalannya sejauhmana kita boleh percaya kepada orang yang tidak tepati sumpah dan mengotakannya?

Jadi, jangan Rais ingat dia seorang sahaja yang tahu mengenai undang-undang. Ramai lagi yang pakar dan berkecuali tetapi menyokong apa yang Ku Li  perkatakan…


Responses

  1. Sekor lagi makyeh nak jadi juara pengampu penguasa jahat.

    Malang sungguh negara ini mendapat pemimpin yang bercakap lain buatnya lain.Paling malang adalah orang yang telah menjadi pemilih dan memilih pemimpin-pemimpin yang sebegin.

    Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kepada sesiapa yang ditakdirkan untuk tidak memilih orang yang bukan hak.Sekurang-kurang kitsa terselamat untuk dipersoal “Kemudian hari”

    MENTERI JOGET NI DAH BINA SEMULA JAMBATAN TAPI KALI INI JAMBATAN EMAS.

  2. Ku Li pun pernah bersumpah dulu semasa parti semangat 46 wujud dan akhirnya langgar sumpah

  3. Rais hanya alat UMNO untuk menegakkan benang yang basah. Kalau sudah tertulis dan dipersetujui, OKU pun pasti faham kenapa Kelantan beria2 mahu duit royalti, bukan wang ihsan. Sekali ihsan, selamanya ihsan. Anak cucu kita memang xkan sempat merasa. Yang jadi anak cucu JPP je la yang dapat makan hasil bumi sendiri.. Kan?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: