Posted by: manjanik | Januari 25, 2010

Kenapa Tok Pha tak ketepikan sentimen politik Umno dalam hak royalti?

Kerajaan Kelantan Diminta Ketepikan Sentimen Politik Dalam Rundingan Wang Ihsan

KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta Kerajaan Kelantan mengenepikan sentimen politik dalam rundingan pemberian wang ihsan demi kepentingan dan kebajikan rakyat.

Beliau berkata, pemimpin PAS tidak harus mengamalkan konfrantasi politik berterusan tanpa mengira masa.

“Yang penting rakyat mendapat faedah dalam bentuk apa sekalipun,” katanya kepada pemberita pada majlis penutup pertandingan boling Jabatan Pembangunan Persekutuan, di sini semalam.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak tawaran Kerajaan Pusat menyertai jawatankuasa rundingan pemberian wang ihsan yang akan diagih kepada rakyat dalam masa terdekat.

Mustapa berkata, pemimpin politik perlu menggunakan pendekatan yang positif dalam menangani isu itu demi kepentingan rakyat.

“Tujuan kerajaan menjemput wakil kerajaan negeri menyertai jawatankuasa pengagihan wang ihsan itu menunjukkan sikap terbuka Kerajaan Pusat demi untuk kepentingan rakyat negeri ini,” katanya.

Sumber: BERNAMA

MANJANIK : Senang dan mudahnya Tok Pha bercakap. Bukankah Kerajaan BN yang menafikan hak royalti kepada rakyat Kelantan? Kalau sama sahaja antara ehsan dan royalti, kenapa ada royalti di Sarawak, Sabah dan Terengganu?Kenapa tidak guna ehsan saja?

Tok Pha cukuplah nak menafikan kerajaan Pusat tidak menganaktirikan Kelantan. Bukankah KAMU sendiri sudah mengakuinya di dalam Sidang DUN yang lepas?

Jangan KAMU ingat KAMU jah cerdiknya Tok Pha…. rakyat Kelantanpun cerdik juga.



Responses

  1. sepatutnya kerajaan malaysia yang seharusnya menepikan sentimen politik. bukan kah royalti sepatut nya di beri melalui kerajaan negeri.

  2. ore kelate doh cerdik dos wes kecek biar berlapik la jangan dok nok tipu ore klate tok pa. jangan duk jadi bodoh la kan pilihan raya 13 mampos terus umno klte takbir

  3. Amba setuju sangat lah Kerajaan Negeri tidak menyertai jawatankuasa wang Ihsan. Kita tuan rumah, demo naik rumah kita halau kita lepas tu ajak dok sekali sebagai penumpang rumah asal kita. Tu lah cara BN buat kerja lo ni.

    Royalti minyak hak Kelantan, dema tak sey bui walau pun jelas hok Kelantan. Lepas tu demo bui atas nama Ihsan ko Jabatan Pembangunan Persekutuan iaitu Kerajaan haram di Kelantan. Mana aci Tok Pha anak setawa weh. Tu kaki nyalak nak buat ceramah di Hotel dengan gabungan artis tua tersohor di Kelantan iaitu Tok Pha. Tok Awang dan Tok Him. kalu belum ni gapo TOk Him tak kata ko dua artis tua dok nyalak di Kelantan. Hok Sorang dok bilang buah sebeh, amba MB, amba Mb, amba MB.

    Tok Him pulak gi bodek juga, bodek jugak, bodek juga Tok Guru minta laluan tanding di Pasir Mas. Lepas bui tanding gomo tok guru. Basa nate tak kene budi orang. mampus la mu Berehim.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: