Posted by: manjanik | Januari 24, 2010

Dari RM400 ke RM600 – Elaun Penghulu(Ketua Kampung) Kelantan

Elaun Penghulu Di Kelantan Naik Kepada RM600 Sebulan

KOTA BHARU: Seramai 786 penghulu di seluruh Kelantan boleh menarik nafas lega apabila mulai bulan ini elaun mereka dinaikkan sebanyak RM200 ke RM600.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, dengan kenaikan elaun itu diharapkan kesemua penghulu itu dapat menunaikan tanggungjawab terhadap penduduk di kawasan mereka dengan lebih berkesan lagi.

“Kenaikan elaun ini sebenarnya sudah diluluskan sejak 2007 lagi tetapi disebabkan kerajaan menghadapi masalah kewangan, kenaikan itu ditangguh sementara,” katanya kepada pemberita selepas perasmian penyampaian amanat dan angkat sumpah pelantikan penghulu Kelantan 2010-2011 di Balai Islam di sini, hari ini yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut bersetuju menubuh Koperasi Penghulu Kelantan yang kini sudah beroperasi demi menjaga kebajikan mereka.

Nik Aziz ketika berucap meminta semua penghulu tidak merokok serta mampu menjadi imam kepada penduduk.

Katanya, penghulu adalah imej kepada kerajaan negeri dan jika mereka tidak mengamalkan perkara itu (menjadi imam) sudah tentu rakyat akan memberikan imej negatif kepada kerajaan.

“Saya sedih penghulu ini ramai antaranya merokok dan menunjukkan lagak merokok di tepi jalan dan saya juga minta agar tabiat merokok ini dijauhi serta jadilah contoh yang baik seperti menjadi imam,” katanya.

Untuk itu Nik Aziz berkata, pihaknya juga akan memberi borang pengakuan sama ada penghulu itu mengamalkan sembahyang secara berjamaah, solat tahajjud dan dhuha seperti yang diamalkan pemimpin Islam.

Sumber: BERNAMA

MANJANIK: Dalam serba kekurangan, Kerajaan Kelantan tetap prihatin. Kenaikan elaun para penghulu adalah salah satu bukti betapa kecaknaan Kerajaan pimpinan PAS terhadap kakitangannya.

Apabila kerajaan berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat, walaupun kita tidak kaya dan berharta seperti BN/UMNO, kita juga mampu memberi imbuhan yang besar kepada kakitangan.

Duit sedikit tetapi berkat lebih baik dari banyak tetapi merempat.


Responses

  1. masih ada penghulu yang tak reti membaca,di angkat menjadi tok penghulu….dan masih ada di kalangan tok penghulu yang sama-sama main judi dengan orang kampung.tak percaya siasat…insyallah akan terjumpa jawapanya.

    MANJANIK: Mohon Jalur cahya maklumkan penghulu mukim mana..akan kami rahsiakan.. terima kasih.

  2. saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaaan kelantan pimpinan tok guru kerana sedar tentang tanggunjawab kepada penghulu.penghulu boleh juga di panggil orang kanan wakil rakyat di tempatnya bertugas(kampung)dengan kenaikan elaun ini,saya mengharapkan penghulu2 seluruh kelantan dapat memberi khidmat yang lebih baik untuk anak2 mukimnya.pada pihak kerajaan pantau lah dengan sebaik2nya mengenai kegiatan penghulu ini,mereka ini perlukan bimbingan dan panduan bagi mereka mendepani dengan rakyat bawahan.jika penghulu gagal orang akan melihat kegagalan pemerintah.

    Manjanik: Terima kasih atas pandangan yang baik ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: