Tutup segera kedai jual nombor ekor
![]() |
Beberapa orang penduduk membuat bantahan melalui kain rentang bagi membantah kegiatan dua kedai nombor ekor haram yang beroperasi di Kampung Batu Enam, Kuala Terengganu, semalam.
|
KUALA TERENGGANU 21 Jan. – Penduduk Kampung Batu Enam di sini bimbang terhadap kewujudan dua kedai menjual nombor ekor di kampung berkenaan yang dikhuatiri akan menimbulkan masalah sosial khususnya kepada golongan muda.
Wakil penduduk kampung, Mustafa Ismail berkata, dua buah kedai yang terletak kira-kira 50 meter antara satu sama lain itu mula dibuka secara haram sejak beberapa tahun lalu.
Ekoran itu, katanya, kira-kira 60 penduduk kampung berkumpul dan pergi ke kedua-dua kedai tersebut untuk meminta pemiliknya menghentikan operasi semalam.
”Kami berbincang dengan pemilik kedai berkenaan dan mereka berjanji untuk menghentikan perniagaan itu bermula hari ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Mustafa berkata, para penduduk mengambil tindakan itu bagi mengelak suasana kampung menjadi tidak harmoni dengan kehadiran kaki judi dan nombor ekor.
”Sebelum ini, saya difahamkan tindakan menutup kedai itu telah diambil oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), namun kedai terbabit dibuka semula tidak lama kemudian,” katanya.
Beliau menegaskan, pihaknya akan membuat laporan kepada polis, MBKT dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sekiranya kedai terbabit masih meneruskan operasi mereka.
Dalam pada itu, beliau akan meminta pihak berkuasa memantau keadaan di kampung tersebut bagi mengelak sebarang perniagaan haram beroperasi di situ.
Sumber: Utusanonline.com
MANJANIK: Kerajaan BN ni sah ke nak hapuskan judi, hak kerajaan PAS dulu tolong hapuskan pun dia tak leh nak jaga lagi. Barangkali BN rasa kecik sangat kot masalah judi ni kalu nak dibanding dengan masalah projek pembangunan. Sikit lagi bukan bangunan dah runtuhnya… kerajaan BN sendiri pulok. Apapun syabas kepada penduduk Batu Enam yang prihatin.
Tinggalkan Jawapan