Posted by: manjanik | November 29, 2009

GST – Awang Adek bercanggah dengan PM

GST: Kenyataan Awang Adek meragukan

SHAH ALAM – Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dikenakan dalam masa terdekat hanya propaganda, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee

“Sebelum ini Awang Adek membuat kenyataan di Sidang Dewan Rakyat bahawa GST baru di peringkat kajian dan tidak akan dikenakan dalam masa terdekat.

“Tetapi tidak sampai seminggu kenyataan itu dibuat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengeluarkan kenyataan bahawa Rang Undang-Undang GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang Dewan Rakyat (pada 23 Disember),” katanya.

Kiam Wee yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata, Awang Adek mengakui rakyat Malaysia belum bersedia, walaupun negara jiran yang berpendapatan lebih rendah telah melaksanakannya.

“Ketika menjawab soalan saya di Parlimen pada 18 November lalu, beliau ada mengatakan kajian dalam pelbagai aspek perlu dijalankan sebelum cadangan ini diumumkan,” katanya.

Kiam Wee berkata, rakyat belum bersedia menerima cadangan penubuhan GST kerana pendapatan majoriti rakyat masih rendah ketika ini.

“Hanya 6.7 peratus daripada 27 juta rakyat yang wajib membayar cukai dan hanya 15 peratus daripada mereka adalah golongan pekerja.

“Ini jelas menunjukkan 85 peratus golongan pekerja di Malaysia masih mempunyai pendapatan kurang daripada tahap diwajibkan membayar cukai,” katanya.

Menurutnya, terdapat mekanisme percukaian, lain selain GST, yang boleh dilaksanakan kerajaan dalam mencapai matlamat melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi.

“GST hanya wajar dilaksanakan apabila majoriti rakyat berupaya meningkatkan pendapatan mereka sehingga melepasi tahap diwajibkan cukai,” katanya.

Kerajaan merancang mengenakan cukai GST pada kadar empat peratus bagi menggantikan kadar cukai sekarang sekitar lima hingga 10 peratus.

Sumber: Sinarharian


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: