Posted by: manjanik | November 28, 2009

Siapa “Kolonel Mat”?

Wujud konspirasi jatuhkan Nik Aziz

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sedar konspirasi pihak tertentu, yang didalangi ‘Kolonel Mat’ untuk menjatuhkan beliau sudah lama dan berterusan.

“Usaha ini bukan baru, usaha ini selama-lama. Kita parti ni seperti orang berniaga, kalau kita pergi ke kedai A dia nak jatuh kedai B, pergi kedai B dia nak jatuh kedai A.

“Begitu juga parti politik, saya bawa parti Islam. Kita ada Ibrahim Libya, kena bunuh. Kita ada 13 Mei Tok Guru di Kelantan ini kena ‘bubuh’ dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman beliau di Pulau Melaka, semalam.

Ditanya siapa dalang di sebalik konspirasi tersebut, beliau berkata: “Ini cerita lama. Saya sebut nama (Kolonel Mat) semalam fasal ini barang sah dan sahih.”

Mursyidul Am Pas itu menyifatkan dalang itu sebagai salah seorang yang khianat kepada Kelantan.

Sumber: Sinar Harian

MANJANIK

Apa yang diberitahu oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang “Kolonel Mat” sebagaimana  berita di atas sememangnya wujud. Akan tetapi bukan sebagaimana yang kebanyakan blogger paparkan di dalam blog masing-masing. Bukan al-marhum ayahanda kepada “kickdefella” dan juga bukan sebagaimana yang digambarkan oleh orang-orang yang memusuhi Dato Husam Musa.

“Kolonel Mat” hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja yang sedang memerhati tingkah laku dan gerakkerja beliau. Siapa dia, tinggal di mana, asal usul dari mana, berkawan baik dengan siapa hanya beberapa orang itu sahaja yang tahu. Apapun “Kolonel Mat” sememangnya wujud.

Modus operandinya dengan menyelinap beramah mesra dengan  pemimpin-pemimpin tertentu disertai perancangan yang licik. Sememang ianya tidak disedari oleh pemimpin tersebut. Dengan gaya strateginya “sayang kepada PAS” dan mahukan PAS lebih berwibawa dengan menukar pemimpin-pemimpin tertentu, beliau menunjukkan simpatis yang tinggi.

Beberapa orang blogger juga terlibat dengan perancangan beliau dan kadangkala menggunakan media massa. Licik tetapi tetap tidak lepas dari pemerhatian orang-orang tertentu.  Blogger-blogger ini pula begitu ghairah mengatur susun siapa yang mereka mahu jatuhkan dan siapa yang perlu dinaikkan. Seolah-olah PAS ini parti mak bapak dia.

Apapun yang dominan dalam gerakkerja ini adalah UMNO. “Kolonel Mat” adalah dari spesis itu cuma bermuka-muka dengan PAS dan pimpinannya. Walau bagaimanapun diharapkan :kolonel Mat” menyedari bahawa selain dia merancang, ada orang lain juga merancang terhadapnya dan sudah pasti perancangan Allah s.w.t adalah terbaik dan benar.

Kita tengoklah nanti apakah “Kolonel Mat” berhenti dari kerja-kerja jahat beliau atau kita yang kena hentikannya. Apapun “kolonel Mat” kena sedar beliau sudah dikenali……


Responses

  1. mengenali identiti ‘kolonel mat’ bukanlah satu pencapaian yang perlu dibanggakan. mengenalpasti siapa “yang dominan dalam gerakkerja” ‘kolonel mat’ adalah satu pencapaian.

    “yang dominan dalam gerakkerja” ‘kolonel mat’ bukan asing bagi pas. ia merupakan seteru berdaftar pas sejak 1951 lagi. melihat ke belakang, apakah ‘kolonel mat’ tu wujud hanya semasa tgna? apakah yang membolehkan kelatan dimagerankan pada 1977 dulu bukan hasil kerja ‘kolonel mat’ masa itu?

    mengenalpasti “yang dominan dalam gerakkerja” tidak sukar. apabila kita kenal musuh kita, kita sedaya upaya akan cari apa muslihat musuh. ‘kolonel mat’ tidak akan berjaya dalam misinya tanpa kerjasama orang dalam. tugas utama “yang dominan” ialah mengenalpasti siapa yang perlu disasarkan. ‘kolonel mat’ hanya orang penghubung di antara “yang dominan” dengan “sasaran” yang telah dipilih untuk memusnahkan ketahanan pihak lawan.

    dalam politik, kerja2 untuk melumpuhkan pihak lawan tidak akan terhenti malah akan digandakan kerana kemusnahan musuh dilihat boleh menguntungkannya.

    yang penting bagi pas ialah mengenalpasti siapa orang dalam yang telah, dengan sukarela, secara terpaksa, menjual diri/dibeli, oleh ‘kolonel mat’. individu/kumpulan yang terlibat perlu diambil tindakan kerana sudah banyak maklumat parti sudah dibocor kepada ‘kolonel mat’ melalui sukarela/terpaksa/dibeli tadi. mengenalpasti mereka dan tidak mengambil apa2 tindakan terhadap mereka hanya mendedahkan betapa lemahnya parti yang dasarnya islam, yang bernama pas ini! dasarnya sahaja islam, tetapi tindaktanduknya jauh sekali.

    episod ‘kolonel mat’ ni boleh dikaitkan dengan ‘pertemuan dalam gelap dan unity government’. ‘kolonel mat’ dalam episod ‘pertemuan dalam gelap’ bukan rahsia lagi. orang2 dalam yang terlibat juga dikenalpasti. tiada apa tindakan diambil oleh pas. betapa lemahnya pas dalam menangani isu tersebut membolehkan “yang dominan” dengan ‘kolonel mat’ yang sama meneruskan dengan unity govenrment. melalui orang dalam yang sama.

    pas tidak mampu mengambil tindakan terhadap ‘kolonel mat’, apakah pas juga tidak mampu mengambil tindakan terhadap orang dalam yang telah sanggup menjadi agen lawan bagi menghancurkan pas?

  2. Bhai..

    Pergh… ayat lu tue memang kena pada tempatnyer.. kita tengok biler plak Kolonel Mat nih akan tersungkur…

  3. kita tunggu dan lihat..apa kata TGNA nanti

  4. tulisan yg tiada fakta. camna aku nak caye?

  5. Apabila ada Kolonel Mat, mesti ada ketuanya yang berpangkat Jeneral. Mesti juga ada pembantu-pembantu yang berpangkat Leftenan Kolonel, Mejar, Kapten, Leftenan, Sarjan Mejar dan sebagainya.

  6. Salam..

    hmm…. aku dok tunggu2 nie kolonel mat muncul sebab kena cungkil… sama2 kita panaskan kolonel mat nie…

    Tungguuuu…..

  7. Saya dah dapat meneka kolonel Mat, Tok Guru sudah mengenali Kolonel Mat tapi anak dan menantu tak mengenalinya. Kolonel Mat ini sangat merbahaya, dia adalah didikan umno. Hari ini dia adalah pemuka kpd Pas, dia boleh mengawal dan menguasai pimpinan Pas dgn wang ringgit. Nak tahu lebih jelas marilah kita sembahyang hajat ramai ramai kat stadium yang di imani oleh Tok Guru mintak di tunjuk siapa Kolonel Mat

  8. ..Kol Mat ???..satu watak yang sengaja dicipta untuk melindungi seseorang dalam PAS sendiri supaya orang kata memang benar tidak ada perpecahan dalam PAS..apa yang berlaku adalah perbuatan musang berbulu ayam..watak Kol Mat dicipta untuk menyelamatkan seseorang yang telah tersilap perhitungan strategik dalam permainan politik..

    ..lihatlah apa yang berlaku sekarang..dengan terciptanya watak Kol. Mat, masing-masing dok sibuk mencari dan mengejar bayangan Kol Mat..cerita skandal ‘Sponsor Pakej Haji Gate’ dan ‘CEO-PMBK Gate’ telah reda dan berita dari Radio Hanoi pula mengatakan CEO AAFahmi kemungkinan besar tidak akan letak jawatan CEO kerana yang silap dan salah dalam isu ialah Penasihat Undang yang tidak beri nasihat yang betul..TGNA pula orang yang amat jujur nak lantik menantu kerana ikut sunah Nabi..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: