Posted by: manjanik | November 3, 2009

Wakil rakyat UMNO/BN didakwa seleweng, 8 pertuduhan.

kemaskini 12.59pm Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dihadapkan dengan lapan pertuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 bagi projek yang tidak wujud.

Wakil rakyat Umno itu, yang juga bekas ADUN Sungai Air Tawar, dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000.

kemaskini 12.25pm Bekas pegawai menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri dituduh memperdaya seorang ahli perniagaan sejumlah RM50,000 yang didakwa akan digunakan untuk program Pakatan Rakyat tahun lalu.

Bekas pemimpin PKR Selangor itu juga dituduh memalsukan dokumen untuk membuka satu akaun parti itu.

Mohd Sahri mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000.

kemaskini 12.15pm Pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chua How, dituduh membuat tuntutan palsu RM2,500 kepada Majlis Perbandaran Sepang berhubung pembelian bendera.

Pembantu kepada Ronnie Liu itu dihadapkan dengan pertuduhan pecah amanah sekeping cek bernilai RM5,000.

Macc dpp appled bail at Rm16000.

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Syafeera Mohd Said membenarkan ikat jamin RM10,000.

kemaskini 11.50pm Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dan bekas pegawai menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri kelihatan di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum pendakwaan dijalankan.

Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berjalan tidak lama lagi selepas mereka menunggu kira-kira tiga jam.

Mohd Yahya dan pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chua How, dijangka akan dituduh dahulu sebelum tiga yang lain.

Pembantu kepada Ronnie Liu tiba kira-kira jam 8.30 pagi, setengah jam selepas Abd Rahman (foto).

Mohd Yahya, bekas pegawai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tiba kira-kira 8.45 pagi.

NONESuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadual mendakwa lima orang ahli politik, pembantu mereka, dan seorang pengarah syarikat.

Kecuali Wong, empat lagi yang bakal didakwa tidak dinamakan.

Kelima-lima mereka akan dituduh bawah Akta Pencegahan Rasuah dan juga Kanun Keseksaan.

Kira-kira 100 orang, termasuk ahli-ahli parlimen (MP) Umno, berhimpun di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Antara MP yang hadir ialah datuk Halimah Mohd Sadique (Tenggara), Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong), Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu), Mohamad Shahrum Osman (Lipis), Ahmad Hamzah (Jasin), and Hamim Samuri (Ledang) and Salleh Kalbi (Silam).

Halimah berkata, wakil-wakil rakyat BN yang hadir itu mewakili Kelab Penyokong Kerajaan.

Menurutnya, kira-kira 70 penyokong Umno dari Sabak Bernam turut hadir.

Sementara itu Ronnie, yang turut hadir di mahkamah, berkata SPRM telah menjalankan siasatan terhadap 20 wakil rakyat Selangor dan turut merampas fail-fail daripada mereka.

“Wong adalah yang pertama, tetapi dia mungkin bukan yang terakhir,” katanya.

Menurut Ronnie, pembantunya itu akan diwakili empat peguam, yang diketuai oleh Cha Kee Chin, juga ADUN Kepayang, Negeri Sembilan.

Wong disiasat SPRM berhubung peruntukan bagi kawasan DUN Sungai Pelek, yang diselianya.

Sumber : Malaysiakini


Responses

  1. peduli aper dgn adun yang kena tangkap tuh. biarkan-biarkan. Cuma ana nak mencelah ttg dr Asri. kalau dah nak lantik jadi pengarah Jadim, lantik je lar, tak yah tunggu lama. Nakhaei boleh turun punya. walaupun dia dikatakan akan tamat tempoh pada 2012. pastu cuba-cuba menyondol kat PAS pulak dan ajak Halim tu sekali.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: