Posted by: manjanik | Oktober 1, 2009

PAS berpotensi di Bagan Pinang

Selama dua hari berada di Dun Bagan Pinang khususnya di UPU Kg Bagan Pinang, saya dapati PAS memang mendapat sambutan secara silent. Kebanyakan penduduk di kawasan taman-taman ini terdiri daripada orang-orang yang berpendidikan dan peka dengan isu semasa serta tidak mudah untuk dikelirukan.

Secara diam-diam mereka menaruh kepercayaan kepada calon PAS berbanding dengan calon BN yang bagi mereka “bukan orang tempatan” kerana sebelum ini Isa tidak bertanding dan juga tidak mengundi di sini.

Sebenarnya mereka mahukan calon muda dan bukannya orang lama yang dikitar semula. Calon BN bagi mereka juga sudah sepatutnya berundur dari politik dan memberi ruang serta peluang kepada pelapis baru. Isa Samad bagi mereka tidak sepatutnya dicalonkan semula kerana pemimpin Umno yang mahukan beliau ada agenda tersendiri berbanding pengundi yang mahukan pemimpin mereka seorang yang bersih dan tidak kontroversi yang boleh memalukan bukan sahaja Bagan Pinang tetapi juga Port Dickson itu sendiri.

Apapun, saya melihat petugas-petugas PAS dari Kelantan yang sudah menziarahi rumah ke rumah mendapat sambutan yang  baik cuma mereka masih takut-takut kerana Umno sudah berakar umbi di sini.  Sudah hampir 200 buah rumah sudah diziarahi oleh petugas PAS Kelantan khususnya muslimat dan gerak kerja pemuda.

Ada dikalangan tentera juga mahu bertemu sendiri dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sering bertanya bila beliau akan datang ke Kg Bagan Pinang.

Ini adalah petanda awal bahawa Umno/BN tidak semudah itu untuk memenangi PrK kali ini. PAS sudah bersedia bersama dengan perubahan yang rakyat mahukan.

Pengundi-pengundi yang cerdik pandai yang berada di dalam kawasan Prk ini sudah tentu tidak akan membiarkan diri merek ditipu lagi sebagaimana yang sebelum ini.

Kita mengharapkan keberanian pengundi-pengundi khususnya pengundi pos yang melibatkan kalangan tentera bersedia untuk menzahirkan keberanian mereka sebagai seorang perwira dan bukannya seorang pengundi yang lembik.

Kita tunggu dan lihat……Insyaallah mereka berani dan bersedia ke arah itu.


Responses

  1. aku mendoakan kemenangan kepada yang haq dan kalah teruk untuk yang menaungi kebatilan. amiin.

  2. Marilah kita beramai-ramai bersolat hajat supaya UBN dan calonnya sekali dapat ditumbangkan dalam PRK Bagan Pinang ini. Kita juga pakat-pakat solat hajat memohon kepada Allah semoga hati pengundi-pengundi terbalik menyokong calon Pakatan Rakyat. Dah lama dah kita beri peluang UBN memerintah negara ini, apa yang kita dapat daripada mereka???????fikirkanlah…….

  3. hidup pas…………


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: