Posted by: manjanik | September 30, 2009

ISA SAMAD – Pergi Jahanam dengan nasihat Tun M

Kini terbukti!  UMNO tidak menhiraukan nasihat bekas pemimpin  mereka sendiri. Persetankan soal moral dan akhlak asalkan apa yang mereka kehendaki tercapai. Itulah yang terjadi di PRK Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Tun Mahathir awal-awal lagi sudah memberi nasihat supaya Tan Sri Isa Samad tidak dipilih sebagai calon. Namun nasihat dan pandangan itu tidak didengari oleh pemimpin Umno khususnya Presiden Umno sendiri. Apa yang penting bagi mereka asalkan boleh menang, siapapun  jadi calon tidak menjadi masalah. Seolah-olah Umno di Bagan Pinang tiada orang yang berwibawa untuk di calonkan.

Di mana laungan dan jeritan mahukan Umno yang bersih kalaulah isu inipun tidak mampu diselesaikan.Mungkin bagi pemimpin BN/Umno kesalahan dalam parti tidak boleh dikaitkan dengan rakyat di luar. Salah rasuah itu kerana pemilihan Umno sahaja dan perlakuan rasuah itu tidak salah dalam masyarakat. Inilah UMNO!..  memisahkan Agama dengan politik. Apakah mereka fikir rasuah dalam politik tidak masuk neraka???

Para pengundi di Bagan Pinang terdiri dari orang-orang yang ada pendidikan dan boleh berfikir tanpa perlu di dorong dengan politik wang. Mereka perlu menggunakan kekuatan pemikiran rasional mereka untuk menunjukkan sokongan atau bantahan kepada perlakuan yang jijik ini. Sekiranya orang yang cerdik pandai ini juga tidak mampu menilai baik buruk, benar salah maka kepada siapa lagi kita hendak sandarkan pengharapan dalam  menegakkan kebenaran ini.

Di dalam Pilihan raya kecil yang telha lalu UMNO/BN menggunakan isu calon muda dan calon tua. Mereka memperlekehkan PAS dan Pakatan Rakyat apabila meletakkan calon yang berumur berbanding calon mereka. Kini apa lagi alasan BN sekiranya diambil kira alasan faktor umur.

Isa Samad bukan sahaja sudah berumur tetapi juga orang yang pernah melakukan rasuah dan juga pemimpin veteran yang sepatutnya sudah bersara dari arena politik untuk memberi peluang kepada pelapis muda. Ini alasan biasa UMNO.

Calon PAS kali ini ialah calon muda jika nak dibandingkan dengan Isa Samad. Zulkefly Mohamad Omar bukan calang-calang orang di Negeri Sembilan.  Apakah alasan BN kali ini.

Apapun BN tidak boleh tidor lena kali ini walaupun di kubu kuat mereka. 5000 orang pengundi pos bukan suatu alasan untuk mereka rasa menang mudah kerana terbukti semasa pilihanraya kecil parlimen Telok Kemang dahulu, undi pos memberi petunjuk positif  kepada pembangkang sekiranya mereka tidak dipaksa dan tidak berlaku penipuan dalam pengundiannya.

Kita tunggu dan lihat – peranan pengundi yang mempunyai pemikiran yang waras kerana tahap pendidikan yang mereka ada, realiti undi pos, isu-isu dan beberapa perkara lagi yang mencorakkan halatuju kemenangan mana-mana pihak yang bertanding kali ini.

Semalam semasa ceramah pengumuman calon di adakan, dapat dilihat kaum Cina dan India tanpa rasa janggal dan segan berada ditengah-tengah kelompok melayu khususnya golongan muda. Mereka berdiri atas Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN kali ini.

Inilah yang membimbangkan BN dan Umno.

Advertisements

Responses

  1. bn bimbang ke? aku takut cam ade udang di sebalik batu jek apa yang jadi skang ni. kan?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: