Posted by: manjanik | September 15, 2009

Anak Tun M ahli lembaga pengarah pengeluar arak terbesar Filipina

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Ketika kerajaan negeri Selangor melalui Exco agamanya berusaha keras untuk menghalang umat Islam di negeri itu dari terjebak dengan ketagihan arak, anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dilantik sebagai pengarah dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina.

“Ini adalah urusan perniagaan sahaja,” kata Mirzan sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu.

Menurut Mirzan, beliau sedang berusaha agar penglibatan SMC dengan arak hanya akan tinggal 15 peratus sahaja tahun depan.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran beer Filipina. Syarikat ini telah mengeluarkan San Miguel Beer sejak lebih 100 tahun lalu. Beer ini dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Ia dijual di 60 negara di seluruh dunia, lapor laman webnya.

Menurut Mirzan dalam suratnya itu, syarikat itu sedang berubah haluan ke infrastruktor, kemudahan awam dan tenaga yang diperlukan oleh negara Filipina.

Dengan apa yang dilakukan oleh Mirzan, ia lebih besar kesannya berbanding ketagihan arak secara individu kerana Mirzan akan menyumbangkan tenaga, wang dan fikirannya untuk memajukan perniagaan arak ini.

Namun Mirzan, anak sulong Dr Mahathir ini dalam suratnya menolak perkara itu.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya mahu membantu San Miguel membina pendekatan baru dan harapan saya apabila ianya berjaya akan memberikan kesan baik kepada negara dan rakyat,” kata Mirzan.

Berlawanan dengan Mirzan, kerajaan negeri Selangor sedang berusaha mengawal jualan arak ini agar ia tidak diminum oleh orang Islam.

Satu peraturan baru sedang dirangka untuk mengawalnya kerana beer tidak memerlukan sebarang lesen untuk dijual. Yang dikawal oleh undang-undang yang ada hanya liqour sahaja.

Usaha ini dibuat ekoran bantahan umat Islam negara ini apabila kedai 24 jam menjual beer secara bebas kepada rakyat negara ini termasuk kepada umat Islam.

Ia menjadi parah apabila golongan remaja mengambil kesempatan membeli arak ini selepas waktu tengah malam untuk mengelak dari dilihat oleh orang ramai.

Mereka kemudiannya menghabiskan masa tengah malam dengan meminum arak dan kemudiannya tidak segan untuk terlibat dengan aktiviti kurang sihat termasuk merempit dan pecah rumah dan seterusnya terjebak dengan pelbagai jenis kelakuan tidak bermoral lagi.

Sumber : Harakahdaily

MANJANIK : Dosa besar

Dalam Islam arak adalah haram. Sesiapa yang meminumnya dianggap melakukan dosa besar. Hukum mengenai haramnya arak bukan ciptaaan mana-mana ulama atau pemimpin parti politik.

Ia terkandung di dalam al-Quran, Surah al-Maidah 5:90 (maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman. Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.

Dalam satu hadis yang masyhur, Nabi Muhammad s.a.w. menyifatkan arak sebagai ibu atau kepala kepada segala maksiat. Hukum haram arak itu pula tidak terbatas hanya kepada peminumnya, sebaliknya itu turut diharamkan kepada beberapa pihak lain yang terlibat dengan penyediaan arak.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Dalam persoalan arak ada 10 orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuat, pengedar, peminum, pembawa, pengirim, penuang, penjual, pemakan hasil wangnya, pembayar dan pemesannya”. (hadis riwayat Anas)


Responses

  1. dalam armno (kodong) semua halal…
    melacor kalau dharurat hahal – kata mashit tah la….
    arak halal- nak sebat kartika pun susah…..
    judi halal…..haram kalau takder lesen dari armno..
    ratu bikini halal – itu pasal mufti ishak bahrom kena tendang dengan madey kutik…
    rasuah halal- armno kata politik wang @komesen@duit kopi@duit kocek @macam-macamla…
    bunuh altantuya dan teoh halal….
    rogol cewek bawah umur halal…
    berarak kepala lembu halal..
    sembah tugu halal- itu dolah dan najib selalu sembah tugu pada hari pahlawan….

    TAPI ADA JUGAK YG DIHARAMKAN ARMNO…
    royalti minyak utk kelantan haram….
    perhimpunan aman haram…
    tazkirah di surau@masjid haram…
    buat kuil haram….
    bubar dun perak haram…
    kempen pilihanraya tak gunakan harta kerajaan haram…
    tutup aurat bagi suami najib haram…

  2. hmpph … take beer,

  3. Pas pandai mengupat saje buat kejo semua pasal kena tego kalo dok di tegur duduk sajo tgk telatah ore.ore buat kejo semua nya di gossip.kemajuan kat kelate semua atah kejo armno ..pas pandai komen sajo kejo nya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: