Posted by: manjanik | September 10, 2009

Najib cipta aqidah baru untuk Umno – Nik Aziz

KOTA BHARU, 10 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno supaya memperbetulkan pengertian sebenar aqidah di sisi Islam. Ini kerana tiada aqidah lain kecuali Islam sahaja.

Menurutnya, kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan PAS jangan sekali-kali mempersoalkan aqidah Umno seolah-olah menggambarkan pemimpin Umno menganuti aqidah lain.

Kata beliau ‘aqidah Umno’ yang cuba dibawa pemimpin tertinggi parti itu sebenarnya fahaman yang salah kerana manusia tidak boleh mencipta aqidah sendiri.

“Manusia tak boleh membuat aqidah sendiri, begitu juga PAS tidak boleh memperkenalkan aqidahnya sendiri kecuali berpegang pada aqidah atau ajaran Islam sebenar,” katanya di pejabatnya hari ini.

Baru-baru ini Perdana Menteri ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Kuala Krai meminta PAS jangan menuduh Umno Islam pada luaran sahaja. Beliau juga mengingatkan PAS jangan sekali-kali mempersoalkan aqidah orang Umno. Ini, kata Najib, boleh timbulkan kekalutan dan kekeliruan dalam masyarakat.

Nik Abdul Aziz berkata, apabila Umno membuat aqidah sendiri, ia jelas menggambarkan aqidah baru ciptaan parti itu.

“Kalau pun kita ada dasar parti, dasar parti itu mesti diselaraskan dengan Islam dan bukannya membuat aqidah sendiri,” ujarnya.

Kata beliau apabila dasar parti mengikut acuan Islam sudah tentu ia tidak memberikan masalah kepada sesiapa juga.

Katanya, kerana itu beliau sering mengingatkan pemimpin Umno supaya mengubah dasar parti dari kebangsaan kepada Islam kerana ia selaras dengan aqidah sebenar.

“Kerana itu tiap-tiap orang mukmin akitivitinya kerana Allah, jadi saya hairan bila Umno menyebut istilah ‘aqidah Umno’,” ujarnya.

Kata Nik Aziz juga, apabila manusia menolak hukum Allah, tarafnya seumpama setinggan di bumi ini.

Sumber : Harakahdaily.net


Responses

  1. hai..naik heran aku dengan nik ajis ni….siapa pulak yang mencipta atau dicipta..

    nik ajis yang cipta “bila pangkah PaS terus masuk syurga…

    ini akidah apa ni..???

    dah le nik ajis oii… berhenti le jadi orang..

  2. ORANG UMNO RETI KO GAPA DIA AKIDAH TU.

    LAM KEN TUKAR DENGAN FEKAH.

    AKIDAH MESTI TETAP DAN TAKIN BAGI SETIAP DIRI ITU SENDIRI TAK LEH NAK DENGAR HAK ORE TU CAKAP . LEPAS DENGAR ORE NI CAKAP . AKIDAH NI TAK LEH LAGU RU.TAK BOLEH TUKAR TUKAR.

    KALU FEKAH TAK PA BOLEH DENGAR IMAM NI CAKAP DAN BOLEH PAKAI DAN DENGAR IMAN TU CAKAP JUGA BOLEH PAKAI.

    KALU NAK MENDALAMI ILMU TAFSIR ALQURAAN BOLEH LAYARI http:// serupasekal.blogspot.com dan http://edjohn1888.blogspot.com

    ngepen getek nih nak suruh tahu takut tukar akidah dengan fekah.

  3. kepada pikat_godang,

    Tgk dengan mendalam dan buat kajian, jgn ckp Nik Aziz yang cipta.

    Kalau mengaku diri tu Islam, kenapa tolak hukum Islam, Nak ikut gak sistem kafir? hang kafir ke? Wallahualam, nak tahu diri tuh terletak di antara yang mana, banyak2 la mengkaji al-quran, jgn bace surat khabar aje, nanti mengekor aje macam kambing


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: