Posted by: manjanik | Julai 16, 2009

Kenapa PAS umum menang 2,000 undi?

Kenapa PAS umum menang 2,000 undi?

Tindakan PAS menghebahkan kemenangan calonnya pada jam 3 petang semalam bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, bertujuan melumpuhkan kempen BN dua jam sebelum pengundian tamat, kata penasihat pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Ia dibuat oleh pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun bahawa calon PAS Mohd Fauzi Abdullah sudah menang dengan majoriti hamper 2,000 undi.

Abdul Fatah dilaporkan berkata, kemenangan itu berdasarkan kepada bancian jentera pilihanraya PAS terhadap proses pengundian setakat jam 3 petang.

Malah penyokong PAS telah mula meraikan kejayaan Mohd Fauzi dan mengucap tahniah kepadanya selepas Fatah menghebah kemenangan tersebut.

Bagaimanapun, apabila pengumuman rasmi dibuat pada malamnya, Mohd Fauzi mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti tipis 65 undi sahaja.

Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Mengulas mengenainya, Wan Abdul Rahim berkata, ‘serangan psikologi’ itu bertujuan untuk menarik sokongan pemilih Manek Urai supaya mengundi calon PAS dalam pilihanraya kecil semalam.

“Kenyataan tersebut diharap dapat melumpuhkan keghairahan kempen jentera BN dua jam yang terakhir untuk mendapatkan undi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya mengenai faktor kemerosotan sokongan terhadap calon PAS kali ini, Wan Abdul Rahim mengakui terdapat pengundi yang terpengaruh dengan tawaran dan janji yang dibuat oleh BN.

Beliau mendakwa, BN membuat tawaran yang berbentuk ugutan,dan berunsur rasuah.

Kekalahan di Laloh mengejutkan

“Seperti nak bina jambatan yang menghubungi Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru, menjadikan Manek Urai kawasan agropolitan dan sebagai anak angkat kerajaan persekutuan.

“Ia mempengaruhi pengundi dan kita tidak mampu untuk melawan serangan di Manek Urai pada dua hari terakhirnya,” katanya sambil menambah laporan polis sudah dibuat berhubung perkara tersebut kelmarin.

Menurut Wan Abdul Rahim lagi, PAS mengalami kekalahan di lima daripada sembilan pusat mengundi di DUN tersebut.

Katanya, PAS kalah di Manek Urai Baru, Manek Urai Lama, Manjor, Temalir, Laloh tetapi menang di Chuchoh Puteri, Lata Rek, Sungai Peria dan Sungai Sok..

Mengulas lanjut, beliau juga berkata kekalahan di peti undi Laloh adalah “suatu yang mengejutkan” kerana terdapat pengundi yang tidak puas hati Mohd Fauzi dipilih sebagai calon PAS.

“Kita tidak berkesempatan untuk menanganinya,” katanya sambil menambah kekalahan di Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor memang sudah dijangka dari awal.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS menang di semua pusat pengundian, kecuali di Manjor.

Sumber : Malaysiakini.com

MANJANIK

Kita menerima satu SMS yang diforward oleh seseorang yang rapat dengan pemimpin BN. SMS tersebut dari Datuk Ahmad Maslan yang meyatakan sekiranya peratus  keluar mengundi mencapai tahap 82% maka BN akan menang.

Beliau juga mengarahkan semua jentera BN memberi perhatian kepada pengundi-pengundi BN yang belum keluar mengundi supaya pergi mencari dan mengambil mereka dalam tempoh 2 jam. Beliau juga mengarahkan supaya semua jentera kempen BN tidak meninggalkan pusat pembuangan undi.

SMS itu diterima jam 2 lebih. Kami berbincang apa yang perlu dilakukan. Salah satu caranya ialah dengan menghebahkan bahawa PAS sudah menang besar. Taktik ini dibuat supaya jentera BN lemah dan jentera PAS bersemangat.

Ternyata ianya berjaya!

Selepas penyokong-penyokong BN melihat Timbalan Presiden mereka diiringi trafik menghala ke Kuala Krai dikuti dengan pemimpin-pemimpin lain menyebabkan mereka mengiyakan bahawa BN telah kalah.

Dalam masa 2 jam lebih, penyokong-penyokong BN di pusat-pusat pembuangan undi telah lengan. Mereka telah meninggalkan tempat tersebut dan sekaligus diisi dengan jentera dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Ini sekaligus melemahkan gerakkerja mereka.

Itulah hakikat sebenarnya..


Responses

  1. sabar la…
    dah menang, kan?
    ok la tu

  2. MAJLIS ILMU HUJUNG MINGGU INI :
    SAMBUTAN ISRAK WAL MIKRAJ NABI S.A.W

    Tetamu Undangan Khas YSNS, Tuan Habib Umar Bin Abdul Rahman Al Jiffri dari Jeddah & Madinah al Munawwarah.

    Tarikh : 17 Julai 2009 ( Jumaat )

    Masa : 07.00 malam

    Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan, 71350 Kota, N. Sembilan.

    Muslimin/Muslimat dijemput dan dipersilakan hadir beramai-ramai bagi menyambut dan memperingati majlis Israk wal Mikraj Nabi Muhammad s.a.w ini.

    AHAD di masjid TAMAN TAR Ampang penceramah yang sama serta mulai jam 6.00 petang

    http://pondokhabib.wordpress. com

  3. PAS Menang dalam kekalahan adalah disebabkan oleh ego pemimpin Jentera pilihanraya PAS Kelantan.
    Melokalitilah…….. kononya…….
    Gam -mengegamkan penceranah yang tidak sijiwa dengannya….
    entah macam-macam strategi.
    UMNO menyerang PAS dengan DAP boleh berkawan dengan UMNO tak boleh berkawan, berpelok,,,adakah Islam DAP labih baik daripada Islam UMNO??? tanya sepanduk yang dipasang oleh UMNO.
    Sebab 2 Lim dari DAP telah diberi ruang khas berceramah kepada pengundi yang majoritinya Melayu/Islam 96%. Orang Cina hanya 56 orang. India 23 orang sahaja.
    Tetapi pemimpin PAS dari kalangan yang berlatar belakang Ulamak. di haramkan bukan saja berceramah, tetapi masuk kawasan Pilihanraya Manek Urai.

  4. tahniah PAS dan YB Fauzi kerana berjaya mencipta sejarah memenangi pilihanraya kecil kelantan yang biasa nya di menangi bn. walaupun menang tipis, tapi ia tetap menang. RM40j hilang begitu saja.

  5. Strategi strategi juga tapi bukankah itu dikira berbohong???? Tapi bohong PAS tak berdosa, yang berdosa bila UMNO je yang berbohong.

    PAS MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK MENCAPAI CITA-CITA POLITIK….SEDANGKAN UMNO MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK MEMARTABATKAN AGAMA DAN BANGSA….Mana lebih baik????? Lu pikirlah sendiri!!!

  6. Salam~

    Bukankah TG2 pernah mengajar, “matlamat tidak menghalalkan cara?”. Kadang-kadang atau lebih tepat lagi selalunya, teori adalah jauh lebih mudah dari praktis. Cakap tak serupa bikin?.

    MANJANIK

    SIla tuan lihat sejarah peperangan di zaman Rasullullah SAW dan juga peperangan-peperangan di dalam Islam. Contohnya, Dalam misi intelijen Rasulullah juga pernah melakukan propaganda untuk memperlemah kekuatan musuhnya. Dalam kisah, pernah suatu ketika kekuatan musuh gabungan porak-poranda dan bercerai-berai akibat tidak adanya kekompakan diantara mereka akibat propaganda yang dilancarkan Nu’aim bin Mas’ud Al-Ghathafany, mantan musuh yang kemudian bergabung ke pasukan Islam.

    Rasulullah juga pernah melakukan tipuan yang kratif untuk mengecoh lawan dalam peperangan. Suatu kali, ketika Rasulullah berencana akan berperang dengan kaum Quraisy. Di sebuah tempat, di Marru Dzahraan, tempat Rasulullah dan pasukannya bermarkas, beliau memerintahkan seluruh pasukannya menyalakan obor.

    Nyala obor 10.000 orang pasukan Islam itu kemudian bercahaya ke seluruh penjuru kota hingga kaum Quraisy melihatnya dari kejauhan. Melihat cahaya api pasukan Islam, Abu Sofyan berkata, “Belum pernah saya melihat malam seperti terbakar ini dan belum pernah pula saya melihat ada pasukan seperti ini!” Cerita itu kemudian cepat tersebar dari mulut ke mulut hingga sampai ke para pemimpin kaum Quraisy dan pasukan kafir.

    Akibat taktik itu, Rasulullah berhasil mengecoh lawan dengan mengesankan pasukan muslimin luar biasa banyaknya hingga membuat nyali pasukan musuh menjadi ciut. Sebagaian kaum kafir bahkan berlarian memeluk Islam agar aman, sebagian lainnya tetap melawan meski sudah tak lagi memiliki keberanian akibat sudah kalah secara psikologis. Dan Rasulullah akhirnya mampu menguasai Mekah tanpa ada perlawanan yang berarti.

    Yang lain baca sendiri…

    Wassalam….

  7. Barisan Nasional must be made to pay for their shameless and diabolic behaviour. They and only they are responsible for the death of the young Teoh Beng Hock.

    Why is MACC only investigating non-BN politicians who legitimately took political control of the state government from BN?

    Why is MACC not investigating any of the BN politicians against whom reports have been lodged?

    It seems obvious that the MACC and police are all lackeys and running dogs of the BN government, jumping to at their every beck and call.

    They have no self respect, no sense of right or wrong and I am ashamed and disgusted to be called Malaysian.

    The blame lies on all of us for voting the BN, for not being able to form a cohesive and united group to wrest power from the egotistic BN mob.

    Despite what they have been saying about the British, they left us a good legacy, with decent laws and a democratic system.

    The BN slowly but surely whittled away at the foundations of our nation and brought us down to this lowest of low point in Malaysia history.

    It is time for the opposition to unite under a single banner without reference to race or religion and take on the multi faceted and splintered BN.

    Anwar, Zaid, Karpal, Lim and the rest, this is a wake up call.

    Think like you are the next government. Be prepared with a list of pledges that you will introduce if you get the opportunity to form the next government.

    Put the country and its people first and let your personal party politics take a back seat for a change.

  8. Malaysians are very naive.

    It is pretty clear that the MACC is operating like the German or Soviet secret police of the ruling party to punish opposition members.

    How more transparent can they get? We must be all completely idiots to even discuss MACC.

    Something like the MACC has to be completely independent or not in existence at all.

    This is truly outrageous, as would be the case if the Mafia ran the police force.

  9. If only the malays are a bit smarter, then BN won’t win. The problem is malays are too damn stupid that they keep voting for BN. I don’t know what poison BN gave to make them in this state.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: