Posted by: manjanik | Jun 29, 2009

K’tan guna saluran politik, diplomasi tuntut royalti minyak – Husam

Kerajaan Kelantan akan menggunakan saluran politik dan diplomasi untuk mendapatkan bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion daripada kerajaan pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri juga mendapatkan pandangan dari beberapa firma guaman mengenai aspek teknikal, namun langkah itu masih di peringkat strategi.

Beliau berkata pihaknya yakin isu tuntutan royalti minyak dapat diselesaikan melalui saluran politik dan diplomasi, lapor Bernama.

“Saya yakin Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) akan pertimbangkan surat yang diberikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya menjawab soalan ADUN
Pengkalan Kubor (PAS), Datuk Noor Zahidi Omar di sidang DUN Kelantan hari ini.

Husam berkata, beliau yakin kerajaan pusat akan mempertimbangkan pemberian royalti itu kerana Terengganu, yang pelantar minyaknya terletak 220 kilometer di perairan negeri itu menerima bayaran royalti minyak.

Katanya, pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer dari perairan Kelantan, maka jarak lebih dekat itu mewajarkan kerajaan pusat membuat bayaran royalti minyak kepada Kelantan.

Beliau berkata nama pelantar minyak berkenaan juga menggunakan nama bahasa Melayu, iaitu antaranya pelantar bunga raya, pelantar cakerawala dan pelantar bintang.

Katanya kesemua nama pelantar di dalam bahasa Melayu membuktikan
ia milik syarikat Malaysia, sekaligus Kelantan juga berhak membuat tuntutan royalti minyak.

Beliau berkata, kerajaan negeri hanya meminta antara RM850 juta dan RM1bilion dari kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum.

Beliau berharap tiada diskriminasi dilakukan terhadap Kelantan dalam bayaran royalti itu seperti yang pernah berlaku kepada Terengganu semasa PAS memerintah pada 1999 hingga 2004 iaitu peruntukan itu ditukarkan kepada wang ehsan.

Sumber : Malaysiakini.com


Responses

  1. kena minta biar buleh….banyak pitistu

  2. Pak Chu tak dok mikir lain ko selain dari pitih ?
    Kena kabar sikit Pak Chu demo tu orang kata rumah kata pergi, kubor kata mari….cukup la dok mikir bab pitih. Ni mikir lebih pada Mat Pauh, buat kija sikit nak pitih, nak pitih….jangan gitu Pak Chu.

    Masalah royalti minyak kena ingat barang ni hak rakyat Kelantan bukan hok Dato Husam. Husam berjuang nak suruh bulih supaya rakyat Kelantan sene. Meme BN jahat….kalu tak jahat orang tak panggil BN pulok. Dia sanggup buat apa saja asal matlamat hok dia nak tercapai. Imam Sayuti Al Tajjali nak ngulas tapi tak dok fakta. Demo tu padan dok nulis kitab Tajjalli jah. Tak soh dok nulis hal politik la. Barang ambik tepi jalan pun demo tulis…Orang bui pitih demo puji, bila tak leh pitih demo keji. Orang serupa demo Imam Sayuti Al Tajjalli boleh Taubat doh… Gi Mekkah taubat banyak minta tuhan ampun dosa hak dok fitnah orang. Lepas tu demo kena jumpa satu persatu orang hok demo fitnah minta maaf, kalu orang maaf lepas demo tapi kalu orang tak maaf tak lepas…kena guam depan Allah di akhirat. Mak teh nak nasihat ko Imam Sayuti Al Tajjalli, cukup doh la buat kija mengaibkan orang, dok fitnah orang, dok kata macam-macam …. lamakan orang dedah cerita demo getek.. ! Mak Teh sendiri ada banyak hal boleh dedah tapi tak sampai hati nak dedah serupa hok demo buat.
    Jadi sampai doh masa demo bersara nulis benda-benda hok kabur takut jadi fitnah.

    Mak Teh nak royat satu saja hak demo tulis cerita tak betul iaitu JPN gomo pitih Perhubungan dan bagi tak sama rata ke Kawasan-kawasan. Hok demo masuk dalam golongan kedua selepas Yang Dipertua hak demo sebut tu. Sebenarnya Yang di pertua hok demo sebut tu faham doh benda sebenar, tapi kerana adanya perasaan hasad dengki royat benda tak betul ko demo. JPN atau Jabatan Pilihanraya Negeri tidak ada Bendahari sebab Bendahari dia adalah Bendahari Perhubungan. Tidak ada peruntukan untuk kawasan-kawasan dari JPN. Yang ada Perhubungan kepada Kawasan, tu pun waktu pilihanraya umum dulu. Lo ni sip mana ada..kalu waktu pilihanraya dulu semua kawasan berpuas hati dari segi pembahagian termasuk kawasan hok royat ko demo tuuuu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: