Posted by: manjanik | Jun 27, 2009

SIAPA DIA CALON PAS?

fauzi 2Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa sebenarnya calon PAS bagi Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai. Ramai yang tertanya-tanya siapa dia?

UMNO pula sedang menjalankan “Operasi menghina”  calon PAS. Mereka mula memomokkan bahawa calon PAS “buta huruf” dan tidak berpendidikan tinggi. Dengan kata lain mereka menyebut calon yang tiada standard.

Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 @ Abe Uji merupakan anak ke enam daripada lapan adik beradik. Empat daripadanya mendapat pendidikan tinggi sehingga ke luar negara.

Seorang lagi kakaknya, Prof Dr Aminah pensyarah kanan di UKM; ketiga, Ibrahim seorang peniaga buah-buahan; keempat, Sabariah ketua jururawat di Hospital Temerloh.

ImageKelima, Mohd Yazid, pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya. Manakala dua adiknya iaitu Razali memiliki syarikat perunding di Pulau Pinang dan adik bongsu, Zaidi lepasan bidang IT di universiti, Australia.

Mohd Fauzi mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood.

Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.

Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas.

Sebenarnya Abe Uji pernah terpilih sebagai calon pada tahun 1999. Semasa taklimat kepada calon sedang dijalankan di kediaman Resmi Menteri Besar, Dato Abdul Halim Abdul Rahman yang ketika itu menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan memberitahu yang beliau ditukar dengan calon yang lain.

Beliau dengan hati yang terbuka dan tiada kelihatan sedikitpun di riak wajah beliau rasa kurang puashati dan kecewa menerimanya bahkan terus membantu calon yang bertanding pada masa itu. INILAH satu sifat dan sikap yang calang-calang orang memilikinya.

Keikhlasan dan istiqomah beliau tiada taranya.

Beliau juga mudah ditemui. Seorang yang merendah diri dan suka membantu sesiapapun.

Jadi, apa yang diisukan oleh UMNO itu secara tidak langsung juga telah menghina dan merendah-rendahkan orang Manek Urai yang rata-ratanya adalah tidak berpendidikan tetapi sesetengahnya lebih kaya dari orang-orang UMNO yang berpendidikan.

Apa yang teruk laginya ialah secara tidak langsung juga mereka sendiri telah menghina orang-orang UMNO yang tiada pendidikan tinggi di Manek Urai.

Oleh itu jangan kamu menghina orang Manek Urai!


Responses

  1. jange binbe jangan rusing.

    pada pendapat amo ore manik ura mesti kenal abe uji ni.

    semuga abe uji dapat menjoriti yang mengkagumkan.

    saing lam abe uji dari temerloh dulu hak dok jale gel kuala krai.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: